The End

339 26 2
                                    

Dah lebih sebulan Han Na meninggalkan Jimin. Hari ini Jimin ada fan signing di Busan. Jimin masih tidak dapat melupakan Kim Han Na dalam ingatannya. "Weh, Chim chim okay ke tak ni?" JHope sebagai ahli yang bertanggungjawab sebagai seorang mood maker dalam ahli BTS cuba untuk tanya Jimin. "Jimin okaylah hyung! Lagipun ramai lagi perempuan yang cantik di luar sana tengah menunggu kita. Kan Hope hyung??" Jimin tersenyum paksa. Dia bukannya nak sangat menggatal kat luar sana. Lagipun dia masih muda untuk memikirkan itu semua. Biarlah takdir yang menentukannya. "Jomlah, dah tiba masanya untuk kita keluar. Kesian mereka menunggu tengah panas."

"Kejap hyung, Jimin nak ambil air jap!" Jimin mengambil botol air mineralnya di beg miliknya. Tiba-tiba sekeping gambar terjatuh sewaktu Jimin mengambil airnya. Jimin tersenyum seorang diri bila dia melihat gambar tersebut. "I will do my best today!" Jimin menyimpan kembali gambar tersebut dan menuju ke arah ahli BTS yang dah lama menunggunya. "Sorry guys!! Jimin lambat" Jimin tersengih ke arah membernya. "Dahlah jom! Kita dah lewat ni" Rap monster selaku leader BTS mengajak mereka untuk keluar.Keluar je mereka, peminat-peminat semua menjerit. Sekali lagi Rap Monster sebagai ketua yang berdedikasi memberikan ucapannya manakala member yang lain mengambil tempat duduk masing-masing "Ok korang kita akan mulakan fan signing sekejap je lagi. Harap korang boleh beratur elok-elok" Peminat-peminat yang hadir menurut perintah Rap Monster dan beratur. Fan signing mereka pun bermula. Selepas dua jam fan signung ni berjalan akhirnya tamatlah sudah. Mereka semua balik ke hotel mereka dan berehat sebelum balik ke Seoul pada esok hari.

Perasaan Jimin terubat sikit apabila melihat peminat-peminatnya bersungguh-sungguh cuba menggembirakannya. Dia sangat bersyukur apabila dianugerahi peminat yang memahami perasaannya. 'Han Na semoga berbahagia di sana. Jangan pernah bimbangkan oppa dekat sini sebab oppa dah ok. Oppa tak akan berhenti mencintai Han Na because you are my first and my last. Berbahagilah dekat sana sebab oppa akan sentiasa berbahagia di sini. It is our last farewell Han Na. Goodbye Jahgiyaa' Jimin mengakhiri coretan terakhirnya di sebuah buku yang menjadi sejarah tentang dia dan Han Na.

-----------------------------------------------------

'Our Love??'

"Sayang, buku apa ni??" tanya seorang wanita yang sedang sarat mengandung kepada Jimin. "Oh, miabhe sebab tak ceritakan dekat awak pasal ni dulu." Jimin menerangkan segala-galanya kepada isteri tetcintanya. "Oh, jadi sayang ni berada di tangga kedualah ya!!" Park Hae Won isteri kepada Park Jimin yang sah terasa hati dengan pengakuan Jimin. "Yaaa.. Hae Won listen to me okay?? Nope, sayang adalah wanita yang berada di tempat pertama dalam hati saya." Jimin menerangkan keadaan sebenar kepada isterinya yang mengandung 8 bulan. "Habistu Han Na unnie??"

"Dia berada di tempat yang tersembunyi di dalam hati saya. Only Han Na and I know where is that place!" Jimin mencuit hidung isterinya manja. "Dah tak ada orang yang boleh menggantikan sayang dalam hati oppa. I will always loving you my sweetheart. I have a favor to you?" Hae Won hanya mengangkat keningnya yang bermaksud 'apa??' "Tolong jadi ibu yang baik untuk anak-anak kita dan tolong jangan jemu melayan kerenah suami awak yang nakal ni." Jimin mencium dahi isterinya. Dia sangat bertuah memiliki isteri yang sangat memahaminya serta Jimin memang dah tak sabar sangat untuk menantikan kelahiran anak kembarnya.

-THE END-

Haruman (Just One Day)Where stories live. Discover now