🌹BAB 1🌹

87 3 0
                                    

Tahun 2017~

Adelia POV

"Kenapa....Aku nak tanya kenapa...Kenapa ibu ngan ayah tetiba nak aku balik rumah diorang selama ni diorang yang buang aku.... 17 tahun aku duduk ngan atuk tetiba nak aku balik...."cakap aku seorang di dalam bilik.

Aku ni tak boleh nak lawan atuk sebab atuk yang jaga aku dari bayi lagi.Dia yang didik aku untuk jadi berdikari.

Jadi kalau aku gi rumah ibu ayah aku balik siapa jaga atuk.Siapa nak gurau ngan atuk.Sedangkan aku ni ngan adik beradik kandung pun aku tak kenal.Haih...

Esok dahla kena gerak ke rumah ibu yang kat johor tu rumh atuk kat pahang kot....biarla dorang datang sini...

Esoknya,

Atuk dari subuh lagi tak tegur aku ni aku tengah jalan ke rumah ibu aku...Atuk aku tak sedih ke...

Dalam perjalan nak ke Johor, tiba-tiba atuk cakap"Kamu Fia dekat rumah ibu ayah nanti jangan nak memberontak sangat..mereka buat semua tu bersebab jangan nak bermasam muka dengan mereka."

Selama ni atuk jarang cakap yang panjang-panjang tetiba harini atuk lain macam pula...Aku pun balas "okay atuk"seringkas mungkin..

Beberapa jam kemudian aku dah sampai kat rumah ibu aku....aku pun tak ada perasaan sangat sebab aku membesar ngan atuk...jadi aku tak ada rasa nak nangis ke apa sebab atuk pun kata jangan bazirkan perasaan ngan benda yang remeh...

Aku tengok keluar tingkap ada 4 orang tengah tunggu kami....Atuk lambai tangan ke ayah aku kot aku pun tak pasti.Atuk kata "Turun, kita dah sampai"

Mungkin bagi orang lain muka aku ni selalu buat muka poker face sangat tapi aku sendiri tak tahu nak bagi reaction macam mana.Jadi aku keluar kereta yang lain senyum kat atuk tapi aku just diam yelah tak tahu nak bagi reaction macam mana jadilah macam ni.

Aku nampak ayah dengan ibu salam atuk sekali dengan adik beradik aku..."Fia tunggu apa lagi salam ibu ayah kamu ni"aku pun dah macam lembu dicucuk hidung, ikut je apa yang atuk cakap..

Aku salam ayah dengan ibu baru nak lepaskan tangan daripada ibu, ibu tarik aku masuk dalam pelukannya dan mencium pipiku.Aku pun tak tahu nak buat apa aku biarkan je.

Ibu kata kat aku"Selamat pulang anak ibu".Aku pun angguk kepala je....korang paham-pahamlah aku tengah blur.Ketibaan aku ni dialu-alukan sangat dah kenapa.

"Mari kita masuk" ayah memimpin jalan untuk masuk ke rumah besar itu.Aku tak masuk, aku tunggu kat depan rumah dulu saja nak asingkan diri.Atuk pun tahu perangai aku dia biarkan je.

Aku pun pergilah pondok rumah tu...Tengah pikir apa nasib aku untuk masa akan datang...

Yelah kau bayang aku dah biasa duduk berdikari dengan atuk tetiba kena duduk dibawah pengawasan ibu ayah aku pulah...bukan nak jadi biadab tapi normallah kalau aku tertanya-tanya kenapa sekarang dorang nak kutipbaku balik...tengah termenung sorang-sorang ni ada budak lelaki muda 3 tahun dari aku tegur "kak, ibu panggil kau suruh masuk".."okey" aku pun masuk rumah tu...

Kau bayangla selama ni aku duduk kampung yang ada pokok kelapa tepi ruma h tu...masuk rumah mewah macam ni mau tak ternganga aku...tapi aku still kekalkan reaction aku poker face..

Aku masuk duduk sebelah atuk "Asal kamu duduk sebelah aku ni....Pi lah duduk sebelah ibu kamu tu...lama dia nak jumpa kamu tapi aku tak bagi penat ibu kamu menahan rindu tu...pi sana..."

Aku pun ikut jelah cakap atuk pindah duduk sebelah ibu aku...cuma aku pelik kenapa atuk cakap macam tu...and aku start tak sedap hati...

Tiba-tiba atuk start cakap "Fia sebanrnya ada kisah kenapa kamu duduk ngan atuk 17 tahun tanpa tahu siapa ibu dan ayah kamu...macam berginilah..biar atuk cerita"..."Abah betul ke nak cerita" ayah menyampuk pula aku dah tartanya-tanya kenapa situasi macam serius sekarang ni...

"Aku kena cerita juga kat cucu aku ni dia kena tahu sebab apa dia kena tinggal dengan aku 17 tahun kat kampung tu tanpa tahu ibu ayah dia siapa..."..."Okay... kalau itu yang abah rasa"

"Fia sebenarnya bukan apa kamu tinggal dengan atuk kat kampung tu selama 17 tahun..Ini semua demi kebaikan kamu Fia.."Atuk diam seketika dan tarik nafas dan hembus sebelum sambung cerita semula dan aku diam je sebab menanti apa yang berlaku sampai aku kena tinggal ngan atuk 17 tahun tanpa melihat wajah ibu ayah aku..

"Atuk buat semua sebab 17 tahun dudlu masa ibu kamu masih mengandungkan kamu, mereka kena serang dengan musuh syarikat atuk yang sekarang ni ditanggung oleh ayah kamu...masa tu kamu masih 8 bulan tapi ibu kamu terpaksa lahirkan kamu awal sebab kekurangan darah akibat kemalangan semasa ibu dan ayah kamu ingin membuat check up..jadi kami terpaksa ambil keputusan untuk bedah demi selamatkan nyawa ibu kamu dan kamu... kamu tahu ibu kamu sempat koma sebulan lebih dan ayah dengan abang kamu cuma koma selama 2 minggu...kamu tahu tak apa perasaan atuk masa tu atuk rasa hancur sebab tiada yang nak semangatkan atuk...jadi atuk ambik keputusan mintak tolong dengan sahabat atuk untuk bantu siasat dan atuk dapat yang penjahat tu sebenarnya sahabat atuk juga yang buat..atuk dikhianati oleh sahabat sendiri dan atuk terpaksa buat laporan sebab dia dah sempat hancurkan keluarga kita..."atuk terhenti sekejap masa cerita..ya aku tahu atuk masih rasa sakit tu...

"Atuk masa tu dah buat laporan dan kamu tahu dia dah lari pergi keluar negara dan hilangkan diri di negara luar...tapi rezeki atuk ada seorang ni bantu atuk siasat untuk cari bukti-bukti dan kumpulkan bukti...jadi masa ayah kamu dah sedar atuk berbincang dengan ayah kamu untuk atuk akan jaga sendiri kamu selama 17 tahun di rumah yang atuk bina di Pahang tu...tapi atuk masih lagi waras nak ambik kamu selepas ibu kamu sedar koma supaya kamu masih dapat rasa degupan jantung ibu kamu macam mana...lepas sebulan je ibu kamu jaga kamu bagi kamu susu badan dia..atuk terus buat pengumuman bahawa kamu cucu kedua atuk telah meninggal di media massa...jadi dapat elakkan musuh untuk serang keluarga kita lagi...dan bendanya menjadi...atuk jadi berkawan dengan seorang yang bantu atuk siasat mencari bukti ni susah senang kami bersama tapi dia dah meninggal sebab serangan jantung...jadi sekarang ni atuk akan mintak ayah kamu menggumunkan bahawa kamu sebenarnya masih hidup kerana selamani kamu di sorok demi keselamatan kamu...selama kamu dengan atuk atuk ajar kamu jadi dingin ni bukan sebab nak kamu jadi kurang ajar dengan ibu ayah kamu...atuk tahu kamu terasa hati dengan merka tapi ini semua demi keselamatan kamu...dan dua tahun seterusnya atuk dapat tahu yang ibu kamu mengandungkan adik kamu atuk tahu dan atuk gembira dan dalam msa yang sama atuk risau benda lama akan terulang jadi kehamilan ibu kamu disorok sampai bulan ketujuh jadi pihak musuh tak dapat berbuat apa selain biarkan kerana meteka tiada persediaan untuk gugurkan ibu kamu...dan adik kamu dilahirkan dengan selamat tapi lepas ibu kamu berpantang mereka terima serangan dari pihak musuh tapi syukur tiada kecederaan yang berlaku pada keluarga kita cuma saja bodyguard kita saja yang cedera...dan sampai sekarang kita masih zone berjaga-jaga supaya kita tak diserang musuh...jadi ayah kamu akan umumkan yang kamu masih hidup pada minggu depan di media supaya kita dapat bersiap untuk mereka serang kali seterusnya..."aku terdiam sekajap,"Jadi atuk nak ayah umumkan yang Fia masoh hidup dekat media minggu depan...tapi atuk sedar tak yang umumkan kewujudan Fia ni boleh jejaskan keselamatan Fia."Aku tahu atuk dah ada plan dalam pikiran dia tapi aku nak juga tanya atas sebab yang akan menjadi watak utama dalam pengumuman tu aku nanti.

"Ya, keputusana tuk dah muktamad ayahbakamu akan umumkan kewujudan kamu pada minggu depan..jadi kamu tak berhak buat keputisan kamu sendiri....dengar sahaja arahan atuk dan kamu akan selamat.."..Aku terdiam wow...aku rasa menarik macam atuk dah plan clean gila..."Ya,okay kalau itu yang atuk nak Fia ikut but don't regret it" kata aku sambil tersenyum sinis dan aku yakin atuk tahu apa maksud senyum aku ni tapi dia diamkan saja..

TBC~

DIA MILIKKUWhere stories live. Discover now