SUAPANKU terhenti apabila merasakan ibu memerhatikan aku yang sedari tadi menyuapkan nasi dan lauk kegemaranku ke dalam mulut.Dah kenapa ibu tengok semacam?Tau la aku makan lahap sangat.Yala lapar sangat lepas pulang sekolah
"Kenapa ibu?"soalku hairan kepada ibu
"Ehh xada apa..makan lah..berselera anak ibu ni makan" balasnya lalu kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya
Aku menyambung kembali suapanku.Namun tidak lama begitu,aku menyedari ibu memberi isyarat mata kepada abah.
Lalu aku membuka mulut"Ibu ngan abah ada nak cakap apa² ke ni? Asyik main mata je dari tadi..Bersemut dah Iqbal kat sini ni"ucapku membuatkan mereka tersentak
"Ehh mana ada"jawab abahku dengan pantas
"Abang je la yang bagitau"ucap ibuku pula
Aku memandang wajah kedua orang tua ku dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
"Bagitau apa ni ibu? Ada apa² ke yang ibu dan abah sorok dari Iqbal?"soalku dengan perasaan sangsi.Lain semacam
"Ehemm..besok Iqbal free x?"soal abahku membuatkan aku tambah bingung.Dah kenapa abah ni?Nak ajak aku pegi date ke?
"Free je..kenapa bah?"soalku kembali setelah menjawab pertanyaan abah
"Baguslah kalau macam tu..besok Iqbal ikut abah ngan ibu"balas abah kepadaku
"Nak pegi mana abah?Ada jamuan kat hotel ke?Iqbal oke je kalau makan² ni"gurauku sambil tersengih-sengih
"Lebih kurang lah..tapi kat rumah Pak cik Mus kamu"balas abahku membuat sengihanku hilang
Aku terdiam seketika setelah mendengar ucapan abahku.Bukan aku x suka dengan Pak cik Mus tapi aku x suka dengan anak dia yang sekor tu.Aku still x boleh nak lupakan kisah lalu yang hampir merenggut nyawaku
"Urgent ke abah?"soalku sambil memandang ke wajah abah
"Macam tu lah..kalau x urgent, abah x ajak kamu..tau sangat kamu x nak pegi"jawab abah
"Dah tu Iqbal kena ikut lah?"soalku lagi namun abah hanya menganggukkan kepalanya tanda aku 'wajib' ada di sana
Aku menghela nafas berat lalu berkata"Ok lah..Iqbal ikut abah ngan ibu besok..bila nak pegi?"soalku
"Lepas isyak kita pegi"balas abahku lalu aku membalasnya dengan anggukan.
Aku menyuap kembali nasi ke dalam mulutku.Aku mendapati ibu dan abah bertukar senyuman tanda happy kerana aku setuju.Haih lahh..nasib sayang
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
"Kau rasa lah kan, apa maksudnya kalau abah aku tiba² ajak pegi jamuan kat rumah rakan dia?"soalku kepada Naim lalu menggigit kuih donut yang ibu bekalkan kepada ku sebelum bertolak ke sekolah
"Bagi aku lah kan Iq,yang aku tengok kat drama² TV..kalau ada 'pertemuan' yang berhubungan 2 keluarga ni selalunya ada bau² nak kahwin"ucap Naim membuatkan aku dengan pantasnya memalingkan kepala ku ke arahnya.
"Kau biar betul Naim..Jangan main² ngan aku"balasku lalu meletakkan kembali kuih donut tadi kembali ke dalam bekas berwarna purple muda.
YOU ARE READING
Will You Love Me ?
RomanceHanya disebabkan masa lalu yang hampir merenggut nyawanya,Iqbal Daniel membesar dengan rasa kebencian selama 13 tahun terhadap sepupunya,Afina Aulia. "Ibu..budak tu lah yang tolak Iqbal jatuh kolam"-IQBAL DANIEL Kehidupan Iqbal bertambah parah ap...