Chapter 3

90 2 0
                                    

"AKU terima nikahnya Afina Aulia Binti Mustafa dengan mas kahwin 200 ringgit tunai"ucapku sekali lafaz.

Dengan izin Allah,majlis akad nikah ku dan Afina berjalan dengan lancar.Walaupun aku tidak menginginkan perkahwinan ini,namun aku merasa lega kerana aku hanya perlu melafazkannya sekali sahaja.

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan ini juga dapat mengumpul beberapa ahli keluarga yang berdekatan.Aku dapat  melihat senyuman kegembiraan yang terpapar di wajah Mak Tok.

Alhamdulillah,Mak Tok telah keluar dari hospital 3 hari yang lepas.Doktor menyarankan Mak Tok agar dia tidak terlalu aktif.Oleh sebab itu,abah dan ibu telah bersetuju ingin menjaga Mak Tok di rumah kami.Dan hal ini juga menyebabkan Afina terpaksa tinggal sebumbung denganku.

Aku melemparkan badanku ke atas katil empuk ku.Lega dapat rehat.Seharian aku tidak dapat menikmati cuti hujung mingguku.Aku mengeluh seketika akibat kata² ibu tadi masih terngiang-ngiang di mindaku.

'Kalau kamu berdua nak jalankan tanggungjawab kamu sebagai suami isteri malam ni,ibu xkesah..lagipun tinggal 4 minggu je lagi kamu sekolah..lepas tu dah habis'

Lamunanku tersentak akibat dari ketukan pintu bilikku.Aku bangun untuk membuka pintu dan melihat Afina sedar berdiri di hadapan pintu bilikku.

"Kau nak apa?"soalku kepadanya apabila melihatnya tercegat di depan pintu dengan beg bagasinya.

"Ibu suruh saya naik bilik"balasnya tidak menatap mataku. Takut mungkin.

"So?"soalku lagi membuatkan dia mengangkat mukanya memandangku bingung

"Ibu x bagitau ke yang dia suruh kita duduk sebilik?"soalnya membuatkan aku hairan

"Kenapa pulak macam tu?Bukan kat bawa ada bilik kosong ke?"soalku tanpa membalas soalan nya

"Ibu kata Mak Tok dah duduk kat bilik bawah tu,so x yah susah naik turun tangga"balasnya lagi

"Kalau awak x nak saya duduk sebilik,saya boleh je tinggal ngan Umi saya"ujarnya lagi lalu mulai mengheret beg bagasi hitamnya.

"Ehh x yah mengada..dah dah masuk cepat"balasku risau kalau Mak Tok tau hubungan mereka tidak seperti yang diharapkan Mak Tok.Dah lah senyuman Mak Tok tadi membuatkan dia merasa sayu apalagi melihat wajah sedih nenek kesayangan nya itu.

Aku menutup pintu kembali setelah Afina memasuki bilikku.
Dia memerhati setiap penjuru bilik lalu meletakkan bagasinya di suatu sudut.

"Kalau kau nak mandi,tu bilik mandi yang depan dia tu tandas"ucapku lalu dia menganggukkan kepalanya tanda faham

"Jangan bagi sepah bilik ni..aku pantang kalau bilik bersepah"tambahku lagi lalu turun ke bawah ingin berborak dengan Mak Tok

"Okay"jawabnya sepatah lalu mula masuk ke dalam bilik mandi

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Setibanya aku di bawah,aku terus mencari kelibat Mak Tok tapi tidak kelihatan.

"Mak Tok mana,bah??"soalku sambil mataku meliar mencari sosok Mak Tok

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Will You Love Me ?Where stories live. Discover now