lantai yang suci kosong,ditenungnya.Pikirannya sedang memikirkan kata-kata yang baru sahaja dilontarkan oleh ayah kandungnya
flashback
pinggan yang dihidangkan didepan lelaki tua yang bermuka bengis itu ditolaknya kuat sehingga terjatuh dan mengeluarkan bunyi yang nyaring dan tidak sedap didengar .Gadis yang menyaksikan situasi itu terdiam dan menbisu kaku disebelah lelaki tua ,wajahnya bertukar pucat namun mulut seperti dikunci ,tidak mampu melontarkan sedikit pun perkataan dari bibirnya
Lelaki tua tadi merenung wajahnya tajam sepeti binatang buas yang ingin menerkam mangsa ,setelah hampir satu menit situasi yang menegangkan itu berlaku ,barulah bapanya melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar ''ingat sikit tau yang kau tu aku bela dari kecil sampai sekarang dah besar pun kira bersyukurlah ,kalau ikutkan hati aku dari kau lahir aku dah buang kau jauh-jauh,HIDUP PUN BAWAK SIAL!!!''hati gadis itu seperti hancur, hatinya kini berbisik 'lagi bagus kalau abah buang je mai dari dulu,daripada seksa hidup mai macamni' jika memang benar dia yang mengbawa sial dalam hidup bapanya ,biar sahaja nyawa nya kembali dipeluk tuhan yang maha esa. Air matanya jatuh tidak berhenti seperti air terjun,hatinya cuma berharap jiwa dan rohnya hilang diambil tuhan sahaja pada malam tersebut
Bapanya yang masih meletakkan pandangan yang tajam terhadap wajah pucat mai, sambung menengking mai ''aku tak peduli ,apa pun yang jadi kau kena khawin dengan jantan tu kalau tak ,aku sanggup bunuh kau mai ,aku sanggup buat apa pun asal aku selamat daripada terus pandang muka hodoh bodoh kau ,ingat!!!!'' setelah melontarkan kata-kata kesat, kakinya pun melangkah keluar dari rumah kayu yang hampir roboh itu
Mai yang mendengarkan hempasan pintu yang dibuat oleh bapanya ,terus berlari dan menutup pintu,jiwanya buntu tiada lagi perkara yng dia mampu melainkan menuruti arahan orang tua yang menengkinnya ,jika tidak nyawa nya bakal diambil
flashback endSetelah mengingatkan kembali perkara yang berlaku malam tadi ,hatinya kini terasa seperti semakin dicengkam ,nafas nya mula terasa sempit penyakit panic attack mula menekan dirinya ,dengan nafas yang tercungap-cungap tanganya cuba mengusap dada agar kembali tenang semula ,lidahnya yang terketar-ketar sesekali berzikir .
Dalam hatinya cuma mengharapkan pertolongan dari tuhan yang maha suci,dan sedia menerima segala keputusannya