Chapter 1

278 9 1
                                    

- Di pagi hari yang indah dimana burung berkicauan dan matahari yang mula naik menandakan hari mahu pagi.Cahaya matahari yang baru terbit telah mula menerangi bilik seorang gadis yang berusia 23 Tahun.Sinaran matahari membuat si gadis itu terjaga dari lenanya.Ia membuka matanya perlahan-lahan dan mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam.Gadis itu perlahan-lahan turun dari katilnya menuju ke bilik air untuk mencuci muka.Gadis itu menatap wajahnya di cermin.Cermin itu memantulkan sosok gadis yang cantik dan memiliki natural skin tone.Gadis itu merupakan Adeline Kiarana.

-Adeline keluar dari biliknya setelah mandi dan turun ke bawah lalu menuju ke meja makan.Dia menarik kerusi makan tersebut dengan perlahan lalu duduk di atasnya.Dia duduk berhadapan dengan ayahnya.

"Good morning papa" ucapnya sambil memberikan senyuman kepada ayah kandungnya

Lelaki yang berusia 55tahun itu tersenyum hangat kepada anak bongsunya "Good morning too anak papa.Mana Nev? Tak bangun lagi ke?"belum sempat Adeline menjawab pertanyaan ayahnya,muncul suara sosok yang dicari.

"Morning everybody" ucap jejaka tersebut sambil menuruni tangga dan menuju ke meja makan.Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Adeline.Ya,jejaka yang tinggi dan memiliki kulit hitam manis itu adalah abang kandung kepada Adeline,Andevin Nevan.

"Papa cari Nev ke tadi?" Nevan melihat kearah ayahnya yang lagi asyik membaca surat khabar.

"Saja je cari,mana tahu kamu tersekat dalam toilet.Kamu punya lambat mengalahkan perempuan" usik ayahnya

"Alah lambat 10 minit je.".

Adeline hanya mendengar perbualan mereka berdua sahaja.Ibu Adeline yang muncul dari dapur dengan membawa teh hangat berjalan kearah meja makan.

"Nev kenapa tidak makan?Nanti kamu lambat."Kata ibunya lalu mengambil tempat duduk disebelah suaminya.

"saje nak tunggu mama." ucap Nevan sambil tersenyum.Dia mengambil roti dan menyapunya dengan jem nanas.Adeline bangun dan menuangkan teh untuk ibu,ayah dan abangnya lalu dia menuangkan untuk dirinya sendiri.

"Adel kamu ni nak kemana?" Ucap ibunya yang perasan dengan pakaian anak perempuannya.Adeline yang baru ingin menggigit roti tersebut terhenti apabila ditanya oleh ibunya. "Adel nak cari kerja." jawapan yang diberikan oleh Adeline menyebabkan mereka bertiga terkejut.Nevan yang tadinya menikmati roti yang dimakan olehnya,tidak sengaja menjatuhkan roti tersebut diatas pinggan kerana terkejut dengan apa yang dikatakan oleh satu-satunya adiknya.

"Kerja?Kau nak cari kerja!?" katanya tidak percaya sambil menggoyang-goyangkan badan Adeline.

"Kenapa kamu tiba-tiba nak cari kerja?." ujar ayahnya yang masih terkejut dengan apa yang dikatakan oleh puterinya.

"Papa, Adeline dah dewasa.Sudah tiba masanya Adeline kerja untuk bantu papa cari duit.Papa banyak benda nak kena tanggung.Bil air & elektrik semua.Bayar rumah,bayar kereta,bayar yuran pengajian bang Nevan lagi.Tu belum lagi duit beli barang dapur."

"Tapi papa masih boleh kerja dan sara kamu semua" kata ayahnya yang menolak keinginan anaknya yang ingin bekerja.

"Papa, please!I'm already 23 years old" pinta Adeline memujuk ayahnya yang keras kepala seperti batu granit.Ayahnya mengeluh perlahan lalu dia memandang isterinya yang diam tidak berkutik kerana tidak tahu berkata apa lagi.Dia mengeluh sekali lagi.

"Bagi papa bincang dengan mama nanti." katanya sambil menyambung makan.Nevan yang hanya diam dan menatap kearah ayahnya ikut mengeluh perlahan kerana dia rasa bersalah.Seharusnya diusia Adeline, Adeline dapat menyambung sekolah,ditambah lagi dengan keputusan cemerlang Adeline.Namun begitu,Adeline membuat keputusan tidak menyambung sekolah kerana Adeline tau dengan kondisi keluarganya.

Mereka semua menyambung makan tanpa mengatakan apa-apa.Sarapan pagi tadi yang riuh rendah tiba-tiba berubah menjadi hening....



Vote + Comment thank you!

Chapters 2 Coming Soon!
Maaf kalau ada kekurangan.
This is my first story
No copyright!

My Property.Where stories live. Discover now