Aksa

9 1 0
                                    

Citta
Citta; maksud hati.
.
.
.
.
.

Agung tidak terlalu mengingati bila kali terakhir dia dibuat terpuruk oleh wujud di sekelilingnya. Tidak kira beratus atau bahkan beribu orang cuba mendekatinya dengan niat ingin menghancurkan sekeping hati yang jauh dari kata rapuh itu, selalu saja sang lelaki dapat mengelakkan diri daripada terus tenggelam di dalam lembah kehancuran itu.

Sejak kecil lagi, Agung telah diajarkan dengan erti sebenar hidup dari sekadar bernafas di muka bumi ini. Katakan saja luka apa yang tidak pernah dirasai sang lelaki, Agung dengan mudah mampu menjawabnya, tanpa perlu merasai luka-luka yang terlihat mengerikan itu. Kerana hingga saat ini, seorang Agung masih berpegang pada kata-kata yang selalu diucapkan oleh sang bapa.

Anak laki-laki harus kuat.

Hanya itu, dan dia masih mampu bertahan hingga detik ini.

"Kita harus berhenti."

Mendengar sahaja ucapan yang dituturkan oleh sang gadis yang kini menjadi lawan bicaranya tika ini, Agung hanya mendiamkan diri, tidak memberi tanda-tanda bahawa soalan itu akan dijawab walau ianya hanya sekadar anggukan kepala.

Agung ingin ketawa sekarang. Lebih tepatnya, dia ingin ketawa pada dirinya sendiri. Sungguh tidak disangka, akhirnya dia telah berada di posisi ini, posisi di mana segalanya sungguh terasa berat untuk diputuskan. Padahal suatu ketika waktu dahulu, dia pernah bersumpah untuk tidak akan terjebak dengan permasalahan jiwa anak remaja yang masih belum ditampar oleh kerasnya realiti sebenar hidup.

Namun kini? sang lelaki sedang bermati-matian untuk tidak meruntuhkan tembok perasaannya, yang mungkin akan pecah pada bila-bila masa sahaja jika tidak ditahan dengan sepenuh hati.

Hanya demi sang gadis.

Agung perlahan meluruskan anak matanya tepat pada lawan bicaranya yang tika ini hanya diam, bersembunyi di dalam ruangan kenderaan berjenis empat tayar yang telah lama menemani wujud sang lelaki, yang hanya berdiri di bawah rintihan gerimis sang hujan yang perlahan menyerang sekujur tubuhnya.

Ah, mereka sungguh terlihat seperti berada di dalam filem yang selalu ditonton oleh orang-orang sekitar.

"Sebelum kamu pergi.." Tangan sang lelaki bergerak, cuba mengambil sesuatu di dalam poket kecil seluarnya. Dan bila ianya telah berada di dalam genggaman tangan—jelas hanya sesuatu yang kecil, Agung dengan perlahan menghulurkannya tepat di hadapan wajah sang gadis yang berada dibalik tingkap itu. Refleks, indra pandangan sang gadis terhenti pada huluran tangan sang lelaki.

Hanya pemetik gitar.

Mungkin sesiapa saja yang melihat situasi ini akan mentertawakan sang lelaki, kerana memberikan sesuatu yang jelas tidak berharga, dan tidak ada gunanya pula jika disimpan. Namun jika saja mereka tahu, ianya adalah satu-satunya harta paling berharga milik sang lelaki yang tidak ada gantinya jika dicari lagi.

Melihat sahaja pemetik gitar yang berada di dalam huluran tangan Agung itu, mata sang gadis tanpa izin terus saja bergenang. Dia tahu erti dari benda kecil itu. Sungguh dia tahu, jika ianya bukanlah hanya sekadar pemetik gitar biasa.

"Jagalah. Jiwaku ada di dalamnya."
Kata-kata yang diucapkan dari lubuk hati paling dalam, buatkan sang gadis kembali merasa sebak yang tidak tertahan. Memori suatu ketika dulu kembali menjengah, membiarkan sang gadis tenggelam di dalam kenangan yang tidak dapat diulang kembali.

Kerana suatu waktu dahulu, sebentuk pemetik gitar inilah yang selalu mewakili perasaan seorang Agung saat wujudnya ingin meluahkan segala rasa yang ada pada sang gadis, melalui setiap alunan muzik yang dimainkan olehnya. Namun kini, segalanya telah berakhir. Tidak akan ada lagi indahnya alunan suara yang selalu didengarinya.

Ah, sungguh menyakitkan.

Perlahan jemari sang gadis menyambut huluran sang lelaki, bersamaan detak jantung yang sedang berdegup sama lajunya dengan derasnya hujan saat ini. Semoga saja sang lelaki tidak mendengar degupan jantung yang berada di luar kawalan sang gadis ini.

"Dengan ini, kamu harus tahu jika jiwaku masih dekat denganmu, sejauh apapun kamu pergi." Lembut kata itu dituturkan, buatkan hati sang gadis kini dipenuhi dengan rasa hangat yang sedang menjalar ke segenap ruang hati.

Sejenak, ada rasa bersalah yang bertandang bila sang gadis melihat seorang Agung yang masih teguh berdiri di bawah derasnya air hujan, walau tubuhnya sudah memberikan tanda-tanda untuk rebah ke tanah. Sang lelaki sungguh nekad untuk mengejar kenderaan ini, sehingga tidak menghiraukan sekujur tubuhnya yang sudah basah kuyup bahana dimandikan oleh sang hujan.

Katakan, dimana lagi sang gadis dapat mencari wujud seperti ini?

"Semoga tuhan mempertemukan kita kembali, tidak peduli seberapa lama, bahkan untuk seribu tahun lagi."

Sunyi.

"Karena sampai kapanpun, aku akan tetap menunggu kepulangan bintangku." Berakhir sahaja ucapan itu diungkapkan oleh sang lelaki, gugurlah air mata sang gadis yang sejak tadi cuba ditahannya.

Jika diberikan peluang walau hanya seketika, ingin saja dia berlari mendapatkan wujud sang lelaki yang sedang menatap wajahnya sedalam-dalamnya itu. Namun sekali lagi, dia sedar jika segalanya tidak akan pernah berjalan sesuai keinginannya.

Kerana pada akhirnya, tidak ada cara lagi untuk mereka disatukan, walau seberapa keras mereka mencuba.

Demi menyelamatkan hati dan akal warasnya daripada terus tenggelam di dalam kesedihan yang tiada penghujungnya, sang gadis memilih untuk mengakhiri pertemuan terakhir mereka, membawa maksud tidak ada lagi indahnya wajah yang akan ditatap.

Mutiara kecil yang menghiasi seraut wajahnya segera disapu, sebelum tangan ditepuk perlahan pada kerusi pemandu, mengarahkan sang pemandu yang hanya diam sedari tadi untuk segera meninggalkan kawasan pergunungan ini.

Namun sebelum kenderaan itu benar-benar meninggalkan sang lelaki sendirian, sang gadis sempat memberikan patah kata pada Agung sebagai penutup bagi pertemuan perpisahan ini.

"Maafkan saya." Sejurus itu, kenderaan tersebut terus membelah jalan, dan meninggalkan hanya sang lelaki sendirian dengan bertemankan luka-luka yang tidak ada habisnya itu.

Ironisnya, sang hujan juga memahami suasana hati sang lelaki, jadi dibiarkan titisannya semakin deras membasahi tubuh sang lelaki, sengaja ingin menemani sendu yang tak berlagu itu. Dan detik ini, dia mengakui batasnya sebagai anak laki-laki yang kuat, kerana setelah sekian lama, asa seorang Agung akhirnya berantakan lagi.

_____

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CittaWhere stories live. Discover now