chapter 11 - play victim

2.5K 6 0
                                    

Jururawat yang menjaga Dahlia hairan kenapa Dahlia tidak hyper macam biasa. Dia hanya duduk diam membisu. Dari mata dan air muka  Dahlia seperti dia sedang ketakutan.

" Lia? Lia ok ke? Kenapa senyap je? Jom kak Sara bawa jalan dekat taman nak?" Nurse yang  mesra disapa kak Sara oleh Dahlia mengajaknya keluar ambil udara segar. 

Dahlia geleng kepala, selalunya waktu begini Sara tahu Dahlia mahu keluar ke taman sebab itu dia datang. Tak lama kemudian Dr. Zakwan masuk ke dalam bilik Dahlia.

" How are you Lia?"
" Dr, Sara risau la selalunya Lia tak macam ni. Diam membisu. Selalunya dia lah paling hyper."
Zakwan senyum dengar kata Sara. Mungkin dalam kepala Dahlia melekat akan semalam tetapi tidak terungkap dalam kata.
" Jangan risau Sara, biasalah ada masanya Lia hyper kadang-kadang diam. Dia bukan orang normal macam kita."
" Mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan Dr,"

" Eh, kenapa Shark ada dekat hospital sakit jiwa adik kau Dar?" Setelah diperiksa lokasi terkini Daniel, mereka dapat jejak.
" Hah? Tak boleh jadi, esok aku kena discharge adik aku jugak. Tak kira kena bawak dia lari dari sini."
" Makin berleluasa suspek kita Haidar. Liat betul nyawa dia."
" Tak ape, biar aku settle." Haidar mahu pulang ke rumah abangnya Haris untuk membincangkan perkara itu.

" Haidar fikir nak keluarkan Lia dari rumah sakit jiwa tu abang,"
" Kenapa pula Dar? Kan lebih baik Dr yang merawat dia disana? Risiko Haidar kalau dia tinggal dengan kita. Bila kak ngah dah pulih barulah dia tinggal dengan kita."
" Kak ngah dalam bahaya, suspek acik sedang menyamar jadi doktor di hospital sakit jiwa tempat kak ngah tu along. Sekarang dia target kak ngah je."
" Ya Allah!"
" Along sabar ye, biar Haidar buat kerja Haidar. Esok pagi Haidar akan discharge kak ngah dan kak ngah dibawah jagaan polis dengan rapi."
" Kenapa ada sanggup buat kak ngah macam tu, tak berhati perut langsung!"
" Jangan sedih ye, Haidar akan pastikan bila bukti semua cukup, orang tu akan terima pembalasan setimpal!" Kerja sebegini sebagai penyiasatan begitu mudah baginya hanya celah gigi sahaja.

" Betul ke Lia nak discharge? Sunyi lah hospital ni nanti. Dalam banyak-banyak pesakit dia lah penghibur kami walaupun dia tak normal." Sara rasa sedih apabila dia dengar Dahlia mahu keluar dari situ.
" Yelah, pandai buat lawak pulak tu walaupun kadang-kadang merapu. Dia tu pun baik pada awalnya dia normal macam kita semua sebenarnya, saya dengar cerita dari adik dia yang polis tu,  Dahlia jadi macam ni pun sebab teraniaya dengan bos dia sendiri."
" Tak apa, lepas ni kita boleh lawat dia dekat rumah. Dah jangan sedih sedih."

Zakwan curi-curi dengar perbualan jururawat Sara dan juga Fatin. Dia hentak dinding dengan perasaan yang sangat marah apabila dapat tahu perkara tersebut. Kemudian Zakwan menelefon bosnya untuk memberitahu hal ini.

" Hello bos, saya ada berita buruk nak bagitahu."
" Berita buruk apa tu? Kau jangan buat suspen Zakwan."
" Adik dia... nak discharge Lia esok pagi."
"What?! Shit! Make sure jangan bagi Lia terlepas Zakwan, kalau tak teruk aku kerjakan kau! Dan jangan harap aku bayar kau!"
" Baik bos,"

Panggilan telefon dimatikan. Zakwan berasa serabut dan tidak tenang duduk apabila mendapat tahu hal ini. Tambahnya pula dengan ugutan bosnya itu.

" Dr Wan, saya baru dapat info esok pagi Dr. Wan kena bergerak awal jam tujuh  pergi hospital swasta untuk ganti tempat Dr. Hakim,"
" Dahlia discharge pukul berapa esok?"
" Pukul sembilan Dr,"
" Hmm terima kasih."

Jam empat petang waktu Zakwan pulang ke rumah kerana jadual shif nya sudah habis. Sudah thum print dia pun pergi ke pondok guard untuk berjumpa dengan Razi.

" Hey Dr. Wan! Dah nak balik ke?"
" Ye, Razi esok adik Dahlia nak discharge kakak dia."
" Hah?! aduh! Rosak lah plan kita macam ni Wan! Punah punah!"
" Aku nak kau lengah-lengahkan masa diaorang. Make sure sampai adik Dahlia tak jadi keluar dari sini."
" Apa susah? Kita kidnap dia la bawak lari dari sini."

SKIP

" Kau tahu tak kenapa aku jadi macam ni? Sebab perempuan semua sama!"
" Bos, ex fiance bos yang buat perangai. Kenapa tak balas dendam dekat dia je? Kenapa orang yang tak bersalah jadi mangsa?"
" Kau jangan nak persoalkan kenapa ye, kalau kau nak kerja lama dengan aku. Baik kau diam je. Get ready. aku nak jual perempuan ni dekat Siam,"
" Emmpphh ummphh.." Dahlia dalam ikatan meronta ronta apabila Tuan Daniel mahu jualnya.

MANGSA [VICTIM]Where stories live. Discover now