chapter 13 - terdetik

3.3K 9 0
                                    

" sorry Dahlia, aku terpaksa tinggalkan kau dekat sini." Zakwan keluh kecil, kemudian dia keluar dari dalam kereta. Buka pintu. Gendong Dahlia keluar dari dalam, kemudian dia ambil sapu tangan yang sudah diletakkan cecair lalu dia cekup mulut Dahlia.

" Emmpphh.. ummpphh.."

Sehingga Dahlia pengsan, kemudian dengan pergelangan tangan Dahlia berikat, Zakwan cempung Dahlia yang tidak sedarkan diri itu dicampakkan Dahlia ke dalam sungai.

" Sial lah mana Zakwan?! Aku suruh dia cuci perempuan sundal tu, dia pergi hilangkan diri pulak!"
" Saya rasa ada terjadi sesuatu tu yang Zakwan larikan diri bos,"

Semenjak Zakwan buang Dahlia dalam sungai, dia menghilangkan diri. Orang-orang Tuan Daniel mencari Zakwan dengan bermacam cara tetapi hasilnya cuma gagal.

Sebenarnya, Zakwan serah diri di balai polis. Dia membuat laporan terhadap Tuan Daniel.

" Jangan bergerak! Sila beri kerjasama!" Tiba-tiba beberapa orang anggota polis menyerbu masuk ke dalam markas Tuan Daniel membuatkan mereka tidak sempat untuk melarikan diri.

Tuan Daniel memberontak, seorang anggota polis terpaksa lepaskan satu das tembakan ke arah bahu kanan Tuan Daniel sehingga dia rebah.

Sedang orang awam memancing di sungai, mereka ternampak seorang perempuan seperti terapung-apung.

" Ada orang lemas!" Jerit orang awam lelaki itu yang sedang fokus untuk pancing ikan.
" Ya Allah.. cepat selamatkan dia!" Memandangkan orang awam itu merupakan seorang anggota bomba, dia berenang untuk menyelamatkan Dahlia.
" Ni budak yang viral hilang tu kan? Alhamdulillah..."
" Call polis cepat!"
" Ye..."

" Alhamdulillah, mana kau jumpa kakak aku?" Haidar sangat bersyukur kerana ada orang menemukan kakaknya.
" Dekat tengah semak samun, mujur waktu tu kereta aku rosak dekat area situ. Lepas tu orang awam yang memancing dekat sungai tu bagitau kakak kau lemas dengan tangan berikat dekat belakang."
" Aku risau sangat fikirkan kakak aku, terima kasih Redza aku tak tahu macamana nak balas budi kau."
" No hal Haidar, oh ye I have a good news for you."
" What?"
" Shark dengan orang upahan dia kena tangkap."
" Alhamdulillah.. betul? Ya Allah aku bersyukur sangat."
" Yes,"
" Aku harap kakak aku selamat je, dan aku akan make sure orang yang buat kakak aku terima balasan setimpal atas apa yang dia buat selama ni."
" Kakak kau dah sedar." Redza nampak Dahlia cuba buka kelopak mata.
" Alhamdulillah kak ngah.. kak ngah."

MANGSA [VICTIM]Where stories live. Discover now