"Welcome back to SEMSARIA guys, any motto hidup terbaru sempena new year?"
Hana menyapa dua sahabatnya yang sedang bersantai di pondok cendawan berhadapan dengan dewan. Hana tersenyum lebar saat menghampiri Deera dan Amani. Deera mengangkat bahu menandakan tiada apa yang hendak di perbaharui pada tahun ini manakala Amani sedang ralit memandang skrin telefonnya.
"Bosan ahh korang ni, takda benda nak gosip ke?" Hana melabuhkan punggungnya disebelah Amani. Hana mencuri pandang skrin telefon Amani. 'Aih ralit sangat minah ni' bisik hati Hana.
"Kau asal ni dekat-dekat aku?" Amani menolak manja bahu Hana.
"Alah share ahh sikit benda apa yang kau baca tu?" rajuk Hana.
"Hmm ni confirm Hana taktahu apa-apa ni, maklumlah cuti asyik melancong je, chat pun harap sepatah tak berbalas" Deera menyampuk, ada nada geram disebalik ayat tersebut. Mana taknya, dia menghantar pesanan whatsapss kepada Hana, tapi Hana langsung tidak pernah membalas, adapun balasannya cuma OKAY, JAP, NANTI AKU BALAS EH.
"CERITA APA NI?? aku dah tertinggal bas?" Hana mengoncang bahu Amani di sebelahnya. Badan Amani turut bergegar dek goncangan Hana.
"Ishhh kau ni jap, aku tengah fikir nak start dari mana." Amani membalas
"Hmmmm, secara ringkas dan padat gosip dia adalah Yara dan Zakwan dah break-up" Amani menyambung
Terbuntang mata Hana mendengar balasan Amani, Hana memandang Deera meminta kepastian dan Deera membalas dengan anggukan yang bererti apa yang disampaikan oleh Amani tadi adalah benar sekali.
"TAKK, ASAL WEHH? YARA TAK CERITA PUN DALAM GROUP?" Hana terus menyoal dua rakannya.
"Kitorang pun taktahu sangat, ni baru tahu pagi tadi bila Deera ternampak tweet Yara" Amani menyerahkan phonenya yang terpapar tweet Yara. Tangan Hana terus mencapai phone tersebut dengan penuh tanda tanya.
[TWITTER]
__araaaaa @yratihani14
Okay guys, new confession!!! Saya kembali single :// (shuuutt.... and unavailable ehe)
Reply:
bihanbihan @cahayabihan789 : Yara dah break ke dengan Zakwan huhuhu?
Smilly00 @Mila_Angkasa : Lahhh kapal saya dah karam.. Whyy araaaa?
Yutahandsome @Hurain67 : Okay, i dont believe anymore dengan cinta.
Zac__ @AdZackwan14
Please stop tagging me dekat tweet dia. We already end up. COMPLETELY END UP.
"Wehh kau rasa en kenapa eh?" Hana terus mempersoalkan. Hana masih tidak percaya dengan perkara tersebut.
Mana taknya, pasangan Yara-Zakwan ni adalah antara pasangan paling popular dekat SEMSARIA bukan sekolah je, dekat media sosial pun mereka popular walaupun belum sampai title 'influencer' tu
"Entah lah, Yara tak roger apa-apapun. Tapi haritu dia cakap kat aku, dia rasa zakwan dan Bits ada something.." Deera berhati-hati menyampaikan perkataannya, takut tersilap kata habis terbongkar rahsia Yura yang dia ketahui.
"Tapi Yura tahu en Zakwan dan Bits tu dah lama kawan, takkan jealous kut?" Amani bertanya. Pertanyaan Amani hanya dibalas dengan gelengan tidak tahu dari Deera.
"Tu aku rasa dia tahu je, tapi entahlah aku tak berani nak komen apa-apa. Korang jangan cakap apa-apa pulak eh pasal apa aku cakap ni pasal Bits. Aku taknak lah Bits dan Yara rasa awkward nanti" Deera memberi amaran.
YOU ARE READING
LIFE OF SEVEN-TEENS
Roman pour AdolescentsKehidupan berusia 17 tahun bukanlah semudah dan seindah yang digambarkan di dalam cerita fiksi, 17 tahun bererti anda bersedia menempuh dunia pengorbanan. Pengorbanan? Nikmatilah hasil penulisan ringkas dari saya :)