Teringat peristiwa seram yang aku alami ketika pertama kali dijangkiti Covid19 masa tahun 2020. Ketika itu aku baru balik dari kampung setelah bercuti 3 hari akibat kecemasan kerana abang sulung telah meninggal dunia tapi bukan disebabkan covid. Masa tu SOP sangat ketat dimana kita kena ambil permit kalau merentas daerah.
Dipercepatkan cerita, selepas sampai semula ke tempat kerja (aku bekerja sebagai kerani dalam ladang kelapa sawit), aku mula berasa tidak sedap badan dan sakit-sakit akibat dijangkiti Covid! Aku merupakan orang pertama yang dikuarantinkan dari Ladang A. Tetapi Pusat Kuarantin tidak disediakan di Ladang A. Hanya Ladang D yang menyediakan PK selaku ladang central. Ada ladang lain seperti B,C,E,F dan G turut menghantar pesakit Covid ke PK yang sama. Oleh yang demikian mana-mana pesakit covid dari company yang sama akan dikuarantinkan di PK Ladang D yang mana kedudukannya agak jauh juga dari ladang-ladang lain. Walau bagaimanapun, kami semua saling mengenali sesama kami juga.
Aku dihantar ke Ladang D untuk menjalani kuarantin dan Ladang D ni agak asing juga bagiku sebab jarang ke sana cuma aku kenal juga semua executive, staff dan kerani di sana. Salah seorangnya adalah Mr. Danny yang sebelum tu sudah pernah meluahkan perasaan suka terhadap aku.. ehekkk
"Anne nanti ko stay di rumah no 05.. bekas rumah staff tapi kebetulan sekarang rumah tu kosong. Jangan risau, ada gas ada air juga di sana. Cuma tv tiada. Nanti malam makan, kami letak dalam tapau saja tu simpan di balkoni. Jangan ambil hati ah" Kata Danny apabila ternampak aku duduk di truck double cabs. Senyum-senyum dia. Kesian ah aku kena suruh duduk diluar hehe.
"OK no problem bah Danny. Saya ada bawa maggie cup juga.. tidak payahlah susah-susah." Balasku malu-malu tapi sebenarnya waktu itu sakit dan beratnya kepala betul-betul diluar mampu bincang sudah. Kalau boleh aku cuma mahu terus baring dan tidur. Badan panas membahang tapi sendi-sendi semua sejuk jadi aku mau berbungkus dengan selimut tidak mahu diganggu.
"aiya ko pucat oh. Kau ok jugakah? Ada juga ubat tahan sakit ka? Minyak cap kapak?" tanya Danny menunjukkan keprihatinan dia.
"Ok juga ni cuma demam sikit. Tapi biasa laitu kalau covid" jawabku cuba tersenyum. Kalau boleh tidak mahu berbual lama. Aku mahu segera dihantar ke rumah no 05.
Selepas siap pendaftaran di luar klinik Ladang D, aku dihantar oleh driver dari Ladang A yang memang sudah ditugaskan untuk menghantarku ke PK petang itu. Jam lebih kurang 6:20pm semasa aku sampai di rumah tersebut. Rumah di sana berkembar. Rumah no 05 berkembar dengan rumah no 06 maksudnya rumah ke2 paling hujung. Tidaklah jauh sangat dengan rumah no 04 cuma aku tidak pasti siapa penghuni di sana. Rumah no 05 sudah hidup sedia lampu di koridor cuma di dalam agak malap sebab lampu dimatikan. Aku masuk, nyalakan salah satu lampu di ruang tamu, kunci pintu kemudian masuk ke master room dan nyalakan lampu sambil menggalas beg pakaian. Bahan makan aku letak diatas meja yang kosong di ruang tamu. Aku masuk ke bilik air kemudian duduk diatas katil yang tidak beralas. Nasib baik aku ada bawa kain sarung bolehlah dijadikan alas tempat berbaring. Bantal cuma 1 itupun tidak bersarung memaparkan peta-peta unik dipermukaannya. Masa tu aku sudah mula menyesal sebab tidak membawa sarung tambahan untuk menutup permukaan bantal tersebut. Dalam sakit-sakit tu, aku masih terfikir untuk mencari sarung bantal. Jadi aku ambil keputusan untuk menggunakan langsir di ruang tamu untuk membungkus bantal tersebut. Yang penting kesan-kesan air liur itu tersorok.
Aku keluar dari master room menuju ke ruang tamu dan agak terkejut juga ruang tamu dalam keadaan gelap. Dalam hati, mungkin lampu rosak sebab semasa aku hidupkan sebelum tu, ok saja pun. Aku capai suis kedua bersebelahan dengan suis pertama tadi dan lampu kedua terpasang. Apa yang mengejutkan ialah suis yang aku hidupkan sebelum itu dalam keadaan off. Ada orang mungkin di bilik lain, bisik hatiku. Aku pun tidak terfikir bertanya dengan Danny semasa pendaftaran tadi.
Memikirkan ada orang lain di rumah yang sama, aku mula berasa serba salah untuk meneruskan niat mahu mengambil sehelai langsir untuk membungkus bantal aku.
"Ah.. inda apalah,tutup pakai tshirt sajalah. 14 hari saja pun.. " belum habis bermonolog, HP di atas katil berbunyi adanya panggilan masuk. Jadi aku cepat-cepat masuk ke bilik dan menjawab panggilan dari Danny.
"Ko tidurkah Anne? Ok juga ko sana? Dalam jam 7:30pm ada makanan tu ah. Saya sendiri yang akan hantar di tempat kau. Ada apa-apa yang ko perlu ka?" Bertubi-tubi soalan dia. Boleh saja aku bagitau yang aku perlu cadar tilam dan sarung bantal tapi segan pula. Jadi aku bagitau yang semua ok tidak perlu apa-apa. Lagipun dia bujang, mana mungkin ada extra cadar.
Selepas membentangkan kain sarung diatas tilam dan menutup permukaan atas bantal dengan tshirt hitam, aku mula berbaring cuba menikmati keempukkan tilam di master room itu. Badan sakit-sakit seperti baru lepas dihempas ke lantai simen, kepala berdenyut, tulang temulang terasa lemah, sesekali otot-otot mengeras, pandangan berpinar, mata terasa panas dan bila dipejamkan terasa katil beralun seolah-seolah sedang berbaring di atas bot di tengah lautan.
Teeeee deeeettttt!