Teeeee deeettttt! Kedengaran bunyi hon motor di hadapan balkoni. Namun aku tidak segera keluar, yalah jaga jarak kan. Lagipun malu pula mahu berjumpa dengan Danny meskipun kami belum rasmi jadi couple. Masa dia meluah perasaan melalui Whatsapp 2 minggu sebelum itu, aku cuma menjawab supaya tunggu masa yang sesuai untuk berdepan barulah cerita tentang perasaan. Hahaha dan sekarang masanya untuk bertentang mata cuma keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan pula. Selama 2 minggu itu aku memang selalu memikirkan pasal dia sejak dia memulakan luahan cintanya. Cuma kadang-kadang line internet di Ladang A agak teruk sejak PKP mungkin orang telco tidak dapat datang buat maintenence di menara mereka. Jadi kami tidak kerap bermesej cuma tidaklah juga pernah dalam sehari tanpa bertanya khabar.
"Anne! Kau sudah tidurkah? Ni ada tapau nasi ayam untuk kau.." Kedengaran suara Danny di luar memanggilku.
"Ok Dan.. Thank you ah. Letak saja di rak kasut, nanti saya ambil". Aku tidak berniat untuk keluar dari bilik. Biarlah kami tidak bertemu dulu. Malu.
"Kau tidak mau keluar sekijapkah?" tanyanya lagi.
"Tidak la Dan saya tiada mask bah ni". Aku memberi alasan.
"Tidak apa bah Anne, saya pakai mask juga ni.."
"Besok sajalah Dan, saya betul-betul rasa tidak sihat sekarang. Kasi tinggal saja tu tapau diluar, nanti saya ambil. Sorry Dan menyusahkan kau pula."
"Bah tidak apalah. Kau mesej saja kalau kau perlu apa-apa ah.. saya balik dulu" Akhirnya dia mengalah dan kedengaran bunyi pagar koridor ditolak sebelum bunyi motor menghilang dari pendengaran saya.
Aku gagahi diri untuk bangkit bangun dan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, sekali lagi aku terkejut apabila mendapati ruang tamu bergelap lagi. Hanya lampu dari koridor yang mencuri masuk dari celah-celah langsir yang terselak ditiup kipas. Aku biarkan saja ruang tamu bergelap, mungkin pesakit lain tidak mahu membazir tenaga letrik kemudian aku membuka pintu untuk mengambil tapau yang diisi kedalam plastik biru yang terletak di atas rak kasut. Hanya 1 tapau. Dalam plastik biru itu juga terdapat 1 lagi plastik kuning berisi cadar tilam dan sarung bantal! Wow how thoughtful he is! Berbunga-bungalah hati aku ni. Bunga yang harum macam pewangi kain Daia yang warna merah tu. Jantung pun berdebar-debar, mungkin debaran cinta! Hehehe.. Cadar dan sarung bantal 1 set. Putih, bersih dan wangi bercorak bunga Petunia biru lembut.
Aku membuka penutup lunch box untuk melihat makanan yang PK sediakan. Nasi ayam kukus tapi tidak berselera untuk menjamahnya. Aku mencuit sedikit kulit ayam untuk merasainya kemudian meletakkan semula makanan tersebut di atas meja solek. Aku menggantikan kain sarung dan tshirt dengan cadar dan sarung bantal yang diberi oleh Danny, sebelum mencapai HP untuk menghubunginya bagi berterima kasih atas keprihatinan dia, tetapi batalkan semula niat memandangkan belum terlalu lama dia bergerak, nanti pula dia perasan yang aku sengaja mengelak dari bertemu dengan dia sebab sebaik sahaja dia pergi, aku sudah tahu yang dia bawakan barang-barang lain selain dari nasi ayam. Niat aku, biarlah selepas 30 minit baru hubungi dia tapi akhirnya aku tertidur sampai ke jam 2am.
Jam 2am aku terjaga dari tidur kerana rasa kesejukkan yang amat menusuk tulang. Aku cuba bertahan untuk tidak bergerak kerana badan terasa amat sakit tetapi selimut tidak mampu menepis angin dari kipas yang sedang berputar di siling padahal level kelajuan hanyalah 3. Mahu tidak mahu, aku terpaksa juga bangkit untuk memperlahankan kelajuan kipas dan ketika itulah aku mendapati soket di bilik itu dalam keadaan rosak. HP pula sudah hampir kehabisan cas jadi terpaksa mencari soket di ruang tamu. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, hatiku sudah siap sedia bahawa pasti gelap yang menyambut dan tepat sekali sebab aku tidak nyalakan lampu semasa mengambil makanan tadi. Aku terus menuju ke suis lampu berhampiran dengan pintu depan dan menyalakan lampu. Namun..
"Matikan lampu!" suara garau menghalangku.
"Makkkk! Apa kau bu..." aku hampir terduduk kerana terkejut.
"Matikan lampu!!" suara lelaki itu memintas pertanyaanku. Otomatik jariku mematikan semula lampu itu dan segera masuk kembali ke master room kemudian cepat-cepat mengunci pintu. Dengan jantung yang berdebar-debar aku mengalihkan perabot kusyen kayu ke belakang daun pintu bilik sebagai penghalang tambahan. Hatiku menyumpah-nyumpah kesal dengan cara petugas menangani PK. Patutkah pesakit wanita dikumpul bersama pesakit lelaki? Sudahlah tiada makluman awal.
Lampu kamar aku nyalakan dan cuba menghubungi Danny untuk bertanyakan hal itu tetapi bateri betul-betul kosong dan HP mati sendirinya. Geram. Kenapa Danny tidak maklumkan kepadaku awal-awal? Haishhh! Bunga-bunga hati yang berkembangan sebentar tadi mula layu sebab aku rasa teraniaya.
Hati tertanya-tanya siapa lelaki itu sebab aku tidak sempat melihat wajahnya kerana dia duduk dikusyen dan membelakangku, mengadap tingkap yang sedikit terkuak langsirnya. Tapi yang pasti dia memakai cap warna khakis.
Walaupun berbaring tetapi aku tidak berani melelapkan mata risau andainya lelaki itu cuba-cuba memecah masuk kedalam master room. Bermacam perasaan yang bermain difikiran. Sampai hati petugas menempatkan aku serumah dengan pesakit lelaki. Danny tidak risaukan keselamatan akukah?
![](https://img.wattpad.com/cover/345921436-288-kbd9173.jpg)