6

195 5 0
                                    

Before reading this chapter,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!~

Tegang. Itu yang Insyirah rasakan sekarang. Sekarang , dia ditemani Luqman dan 2 lagi lelaki yang dia tidak kenali. Kalau tak sebab hal semalam , tentu dia tidak berada disini.

-flashback ,

"Astagfirullah!" Jerit Nathan. Dia yang non muslim pula tiba beristigfar disana. Insyirah yang mendengar jeritan Nathan terus bangun dari perbaringannya.

Habislah riwayatnya. Luqman yang masih terbaring dikatil itu dipandang sekilas. Masih tak sedarkan diri mamat ni. Tuan Louise hanya memandang kearah apa yang jadi melalui celah pintu.

Nathan cepat-cepat menarik Luqman lalu memandang tajam kearah Insyirah. "Perempuan... Kau ikut aku." Katanya tegas. Insyirah sudah meneguk air liur kasar.

Apa akan jadi pada dirinya sekarang? Insyirah memandang kearah Tuan Louise dengan pandangan kasihan. Tuan Louise hanya mengangkat bahu saja. Nasib Insyirahlah kena hadap mereka lepas ni.

Dia hanya memandang pemergian Insyirah dengan Nathan dari jauh.

-end of flashback

Sekarang , dihadapannya ada Nathan , Luqman dan ketua mereka , Ezwan. Tangannya diramas sesama sendiri. Rasa gugup pula.

"Jadi , Nathan cakap dia nampak kau dan Luqman berdua-duaan. Betul ke?" Tanya Ezwan dengan tegas. Luqman yang duduk disebelah sudah merasa tidak senang.

"B-betul. Tapi , saya hanya hantar dia ke bilik tu je..." Terang Insyirah perlahan. Tak berani dia nak tinggikan suara. Silap-silap , nyawa dia melayang.

"Kalau kau hantar dia je , kenapa kau tak keluar dari bilik tu , Insyirah?" Tanya Ezwan lagi. Yelah. Logik apa. Hantar lepastu blah.

Ini yang dia dengar dari Nathan , Insyirah ada dalam bilik itu. Bukan itu saja , Nathan kata posisi mereka juga begitu intim.

Insyirah hanya diam tanpa membalas apa-apa. Jujur , sekarang dia menyesal pula sebab berada dalam bilik tu lama-lama semata-mata nak tengok kekacakan Luqman dari dekat.

"Malam ni , korang kahwin. Muktamad." Kata Ezwan. Luqman dan Insyirah sudah tergamam. Kahwin?! Ezwan dah gila ke apa?!

"Tapi tuan-" Belum sempat Luqman mencelah , dia sudah dihadiahkan dengan pandangan tajam milik Ezwan. "Apa? Cakaplah? Kau nak bantah?" Kata Ezwan dengan sinis.

Luqman hanya mampu mengeluh. Ini juga salahnya sebab menarik tangan Insyirah sampai posisi mereka kelihatan begitu intim waktu itu. Jadi , mahu tidak mahu , dia harus akur saja dengan arahan tuannya.

Insyirah pula , terdiam sendiri. Dia baru saja menginjak umur 20 tahun dan baru ingin merasa bebas seketika namun akhirnya , dia akan berstatus isteri kepada jejaka yang baru ditemuinya buat pertama kali.

'Apalah nasib aku kali ni?...'

-Sementara itu ,

Hana yang berada diluar rumahnya merasa sedikit hairan apabila melihat beberapa kasut lain tersusun rapi di tepi pintu rumahnya.

Harini , dia terpaksa bergegas pulang dari kolejnya kerana ibunya mengatakan bahawa ada tetamu bertandang kerumah mereka. Jadi , dia disuruh pulang tanpa alasan jelas.

Dia pun melangkah masuk kedalam rumahnya sambil memberi salam. "Assalammualaikum! Ibu?" Telinga Hana mendengar jelas suara-suara yang sedang berborak diruang tamu.

Kakinya dilangkah cepat menuju ke ruang tamu. Matanya melihat kearah pasangan tua yang amat dia kenali. "Ibu? K-kenapa mama papa kat sini?" Tanyanya hairan.

Dia tidak menyangka bahawa Tengku Karmila dan Tengku Malik iaitu orang tua Ezwan merupakan tetamu yang bertandang kerumah mereka.

"Eh~ anak ibu dah balik.~ Ni ibu dengan ayah tengah bincang pasal pertunangan kamu dengan Ezwan sebenarnya." Kata Ibunya.

Hana yang mendengar kata-kata ibunya itu terus tergamam. Tunang? Jadi , kata-kata Ezwan tempoh hari bukanlah main-main.

Tengku Karmila dan Tengku Malik memandang kearah Hana yang masih berdiri kaku. Mereka hanya mampu tersenyum kecil. Dulu , mereka datang meminang Hana untuk anak sulung mereka.

Sekarang , tujuan mereka kembali lagi untuk meminang gadis tersebut buat kali kedua tetapi untuk anak bongsunya. "Hana , Ibu tahu perkara ini tergesa-gesa untuk Hana tapi ini semua atas permintaan Ezwan sendiri."

Hana hanya mampu diam seketika. Memang baginya , hal ini terlalu cepat untuk dirinya. Bahkan dia sendiri takut jika dia tidak mampu menjadi isteri dan menantu yang baik pada saat ini.

"Macam inilah , kami bagi Hana tempoh 3 hari untuk fikirkan hal ini. Hana buatlah solat istikarah. Minta petunjuk dariNya. Nanti lepas 3 hari , kami datang balik untuk dengar jawapan Hana sendiri." Kata Tengku Malik pula.

Hana mengangguk perlahan. Ada betulnya kata-kata Tengku Malik itu. Baik dia buat solat istikarah untuk meminta petunjuk.

Hana pun meminta izin untuk pergi ke biliknya memandangkan ibunya masih rancak berbual dengan Tengku Karmila. Dia masih belum dapat hadam tentang apa yang berlaku harini.

—Malam hari di Bangkok , Thailand.

Dengan berwalikan ustaz dan bersaksikan Ezwan dan beberapa orang saksi lain , kini Luqman telah bergelar sah menjadi suami kepada Insyirah.

Luqman tidak menyangka , umurnya menjejak 26 tahun sudah memiliki pasangan hidup dan harus menakul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami.

Insyirah pula , hanya diam sepanjang akad dijalankan. Dirinya bingung. Sepatutnya , gadis diusianya sibuk dengan hal sendiri dan merasakan kesenangan.

Tapi sekarang , dia sudah bergelar isteri kepada Luqman. Jadi , dia sekarang harus patuh akan arahan suaminya. Cincin yang berada dijari manisnya dipandang seketika.

Jika ibunya masih ada , pasti ibunya tidak menyangka bahawa anak gadisnya sudah berkahwin diusia yang boleh dikatakan muda.

"Jom." Kata Luqman sambil memegang tangan Insyirah. Gadis itu hanya diam dan mengikuti langkah Luqman. Ezwan dan Nathan hanya memandang pasangan itu berlalu pergi.

"Tuan? Tuan tak rasa ke benda ni terlalu terdesak untuk Luq?" Tanya Nathan sambil menyilang tangannya didada. Ezwan hanya menggeleng. "Tak. Lagipun , kita dah buat benda yang betul." Terangnya secara dingin.

Nathan hanya mengangguk faham. Betul juga apa kata Ezwan itu. Nanti tak pasal-pasal , ada jadi buah mulut kalau tahu apa yang terjadi antara pasangan itu.

Luqman sekarang memandu ke sebuah hotel terdekat. Songkoknya sudah lama lesap. Insyirah hanya memandang ke luar tingkap.

"Aku tahu benda ni masih mengejutkan diri kau. Tapi percayalah , aku akan jaga kau. Mulai harini , kau adalah tanggungjawab aku." Kata Luqman sambil memandang kearah Insyirah.

Walaupun baru sehari mengenali gadis itu , namun dapat dia rasakan suatu aura yang menarik dirinya untuk menjaga gadis itu. Insyirah membalas pandangan Luqman sambil mengangguk.

Mereka tiba di hotel tersebut dan mereka memesan bilik untuk satu malam. Tiba di bilik , Insyirah memandang kearah Luqman yang sedang membuka baju melayunya.

Entah kenapa , tiba-tiba dia rasa takut pula. Luqman yang perasan dirinya diperhati itu terus melangkah dekat kearah Insyirah.

Dagu Insyirah dipegang lalu kepalanya didonggak sedikit untuk melihat wajah cantik itu. "Aku takkan sentuh kau , jangan risau." Katanya sambil menghadiahkan sebuah kucupan pada dahi Insyirah.

Luqman pun masuk ke bilik air untuk mandi , meninggalkan Insyirah yang masih kaku disitu.

Insyirah memegang dahinya yang masih terasa hangat akibat ciuman dari Luqman itu. Mukanya mula memerah. Adakah... Dia mula suka pada Luqman?

TO BE CONTINUED

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now