ANDREA memasukkan pakaian terakhirnya ke dalam luggage. Selesai juga kerja mengemas pakaian dan segala barang keperluan sepanjang dua tahun dia menginap di apartment ini. Sedih pula dia hendak meninggalkan apartment yang banyak memberi kenangan sepanjang dia menyambung pengajian Master di University of Melbourne kerana dia perlu pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan tugasan semester akhir sebelum melayakkan diri untuk bergraduasi.
"Kau dah siap kemas ke?" Tanya Salwa, rakan baik merangkap coursematenya.
Andrea mengangguk, "Dah, kau?"
"Aku awal lagi dah settle. Tak sabar nak balik KL," ujar Salwa teruja.
"Elehh, tak sabar nak jumpa buah hatilah tu. Untunglah, balik nanti boleh dating," sindir Andrea. Dia tahu Salwa sudah mempunyai kekasih hati. Cinta jarak jauh katanya.
"Tu lah kau, orang suruh cari boyfriend kau tak nak. Jual mahal," Salwa membalas sindiran Andrea.
"Daripada cari boyfriend, baik aku cari suami terus," seloroh Andrea dengan tawa terlepas dari celah bibirnya.
"Haa, confirm berderet yang offer nak jadi suami kau!"
Mana taknya, Andrea memiliki rupa paras yang sempurna, berkulit putih bersih, dengan raut wajah pan asian, kecantikannya persis Miss World! Siapa yang akan menolak untuk memperisterikan rakan baiknya itu? Salwa yang perempuan pun tidak jemu memandang wajah mulus Andrea.
Lebih menarik, Salwa sendiri pernah menghantar penyertaan bagi pihak Andrea menyertai pertandingan ratu cantik dunia. Mengamuk habis Andrea apabila mengetahui namanya telah disenarai pendek dalam pertandingan tersebut. Terus ditolak mentah-mentah. Kata Andrea, dia tidak suka dirinya menjadi pusat perhatian orang ramai.
"Ya ya je kau. Siapalah yang nak dekat aku ni?" Andrea mencebik, sengaja nada suaranya dibikin sedih.
Seumur hidupnya, Andrea belum pernah bercinta. Dia tidak minat untuk menjalinkan hubungan cinta memandangkan rakan-rakan sekelilingnya selalu berdepan dengan situasi putus cinta. Lagilah dia seriau. Sebab itulah, dia tidak mahu membuang masa bersedih gara-gara cinta dan lelaki. Lebih baik dia single dan bercinta dengan diri sendiri, because self-love is the best love! Gitchuu.
Mahu saja Salwa menyekeh kepala Andrea apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut rakannya itu.
"Kau ni, punya ramai yang suka kau. Takkan satu pun kau tak berminat?"
Andrea seraya mengangguk. Dia sendiri naik rimas dengan semua lelaki yang tidak putus-putus menghantar bunga, surat dan hadiah kepadanya. Mereka fikir dengan cara seperti itu boleh memenangi hatinya ke? Sorry, no!
"Susahlah kau ni. Rapat sangat kau tutup hati tu. Aku haraplah sebelum kau balik Malaysia nanti, kau terlanggar jodoh yang boleh buka hati kau. At least, takdelah kau balik dengan tangan kosong."
"Kau ingat ni cerita hindustan, langgar-langgar je kahwin?" Andrea sudah menggelengkan kepala, "Dah, jom siap. Sembang pasal jodoh ni karang, kita ke mana, flight ke mana."
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi waktu Melbourne. Jadual penerbangan mereka dijadualkan dalam masa tiga jam lagi. Dah boleh lah mereka bersiap untuk ke airport.
***
SELESAI urusan check-in, Andrea dan Salwa berjalan di ruang legar airport sementara menunggu gate di buka.
YOU ARE READING
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]
RomanceCaptain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, past...