BAB 4

32.8K 1.3K 38
                                    

KETUKAN pada pintu bilik kedengaran, namun Andrea hanya mengabaikan ketukan tersebut. Dia tidak berminat untuk mengambil tahu tentang gerangan yang mengganggu tidurnya di awal pagi.

"Rea... kamu tak bangun lagi ke?" Soal Dato' Abraham dari luar bilik Andrea.

"Ya Allah, Rea... dah pukul berapa ni? Bangunlah, kamu kena masuk office kan hari ni?" Dato' Abraham sudah bercekak pinggang. Boleh pula anak daranya tidur lagi sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi.

"Rea tak nak masuk office..." Jawab Andrea perlahan.

"Kenapa pula? Semalam bukan main seronok dapat masuk situ." Dato' Abraham pelik dengan sikap anaknya.

"Rea rasa tak seronok lah... Rea nak cari company lain."

"Tak seronok sebab kamu masih baru. Cuba masuk dulu, nanti seronoklah."

"Takpelah... Rea tak nak masuk dah." Andrea menarik selimut hingga menutupi wajahnya. Dia hanya ingin tidur.

"Rea... Kamu jangan nak buat perangai macam ni. Malu papa nanti dengan Tan Sri Zul Azhar. Dah, bangun cepat. Dah lapor diri, kamu kena tunjuk contoh yang baik."

Andrea mencebik. Contoh yang baik macam mana kalau CEO sendiri pun perangai tidak boleh dicontohi. Eeeiii... ni lah sebab dia tidak mahu meneruskan projek di syarikat itu. CEO itu sendiri yang mematahkan semangatnya. Belum apa-apa, sudah mahu menggugurkan permohonannya. Takkan lah dia nak bertebal muka pergi ke syarikat itu lagi?

"Zara Andrea..." Nada suara Dato' Abraham sudah naik seoktaf.

"Yela, Rea bangun..." Andrea bangun dengan berat hati. Dia tiada pilihan, hanya cara ini sahaja yang boleh menghentikan bebelan papanya di pagi hari.


***


ANDREA turun ke bawah selepas dia berpuas hati dengan penampilannya. Dia mengenakan checkered blazer berwarna coklat. Hujung rambutnya pula di curl kan sedikit untuk menaikkan seri pada gayanya. Wajah pula disolek dengan solekan office look. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

Andrea turun ke bawah. Papanya sedang membaca surat khabar sementara menunggunya bersiap. Cepat-cepat dia menapak ke dapur untuk membancuh minuman dan bersarapan. Sambil dia meneguk, sambil dia berfikir. Dia masih dilema dengan permintaan Tan Sri Zul Azhar yang memintanya untuk kekal, tetapi Aaryan pula sebaliknya. Patut ke dia meneruskan kajian di syarikat itu walaupun sudah dihalau oleh CEO syarikat itu sendiri? Nak dengar cakap CEO ke Chairman ni?

"Rea... apa yang termenung panjang tu?" Mak Nab menegur.

"Takde apa Mak Nab," Andrea tersenyum kelat.

"Yela tu, Mak Nab ni bukan baru kenal kamu semalam. Ni mesti tengah ada masalah kan?" Mak Nab memandang wajah anak gadis majikannya yang nampak sedikit muram.

Betul lah tu, memang Andrea tengah ada masalah. Wajahnya jelas menunjukkan betapa besarnya masalah yang dihadapi Andrea saat ini.

"Kenapa ni, Rea? Nak cerita dekat Mak Nab tak?"

Andrea berfikir. Mak Nab selalu menjadi pendengar setia dia.

"Mak Nab, kalau ada orang tak suka Mak Nab, apa yang Mak Nab akan buat?"

"Mak Nab buat tak tahu. Dia tak suka kita tu dia punya hal lah. Yang penting, kita tahu diri kita macam mana. Kenapa Rea? Ada orang tak suka kamu ke?"

Andrea mengangguk lemah.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Where stories live. Discover now