HSL (4)

3 1 0
                                    

Hari ini hari Ahad.. yepp, hujung minggu belum tamat lagi. Joohyun akhirnya bangun dari katilnya. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia tidak dapat tidur kerana kerjadian semalam yang masih menghantuinya. Dia pun memeriksa telefonya, namun tiada mesej atau calls dari Eunwoo. Eunwoo kisah ke dengan dirinya ? fikirnya.

Joohyun hanya mengeluh dan membaling phone nya ke katil. Dia pun menukar pakaiannya ke pakaian sukan. Dia mahu menenangkan fikirannya.

Setelah siap, Joohyun pun keluar. Sebaik sahajaJoohyun melangkah keluar dari gatenya, dia ternampak Jaehyun juga sedang keluar dari gatenya. Dia juga berpakaian sukan hari ini. Mereka berdua menjadi kekok.

Jaehyun pun menghampiri Joohyun. "Mesti kau tak boleh tidur kan malam tadi.."- Jaehyun

Joohyun mengangguk. "Kau okay ke ?" - Joohyun

Jaehyun hanya mengangguk dan tersenyum. Tiba- tiba dia menyentuh dahi Joohyun dan juga dahinya. "uhmm..suhu kau dah semakin okay. Baguslah." - Jaehyun

Joohyun tersentak. Dia terkejut dengan tindakan Jaehyun lagi. Dia pun mengingat kembali kata- kata Eunwoo kepadanya tentang Jaehyun menyukainya. Dia puas untuk tidak memikirkannya. Mereka berdua pun mula berjalan sama.

"Kau pun tak dapat tidur ke ? Appa kau marah kau lagi ke ?" - Joohyun

Jaehyun mengangguk. "Appa menemukan borang kerjaya yang aku dah isi. Aku isi..untuk menjadi seorang pelukis." - Jaehyun

Joohyun bersimpati. Dia tahu sebanyak mana Jaehyun menyukai melukis. Dari kecil Jaehyun memang berbakat dalam melukis. Dia selalu mendorong Jaehyun untuk terus berusaha. Namun, ibu bapanya sentiasa menentang impiannya. Mereka menyuruhnya untuk menjadikan melukis sebagai hobi dan fikirkan masa hadapan yang benar. Mereka bertegas mahu dia menjadi seorang doktor seperti saudara- maranya.

Joohyun menepuk bahu Jaehyun. "Keep fighthing for it. Aku sentiasa sokong kau." - Joohyun

Jaehyun hanya tersenyum. "Macam mana kau dengan Eunwoo ? Pasal semalam.. aku minta maaf." - Jaehyun

Joohyun menggelengkan kepalanya. "Bukan salah kau pun. Salah dia yang emosi tiba tiba." - Joohyun

"Kau dengan dia dah okay ke  ?"

" Dia ada buat apa apa yang buat kau sedih ke ?"

"Jap ! Ke sebab tu kau tak boleh tidur ?"

Joohyun terketawa kecil. "Wehhh.. chill bro." - Joohyun

"Memang betul pun dia buat aku sedih. Sebenarnya date kami berdua semalam teruk sangat jadi.. huh.. aku tak tahulah. Dia tak call aku mesej aku pun sejak semalam. Bukan ke sepatutnya dia minta maaf ?" - Joohyun

Muka Joohyun menjadi monyok. Jaehyun memandang Joohyun dengan mata yang sedih.

"Kalau dia minta maaf sekarang.. sudah tentu..sudah tentu aku akan maafkan dia." - Joohyun

Langkah Jaehyun terhenti seketika. Joohyun yang leka bercakap pun terhenti. Dia sedar Jaehyun tiada di sisinya sebaliknya di belakangnya. Ketinggalan 1 meter.

"Eo.. kenapa ? Kau tak sihat ke ?" - Joohyun

Jaehyun hanya merenungnya serious. "Apa yang kau suka sangat tentang Eunwoo tu ?" - Jaehyun

Joohyun bingung. " Eh ? Jaehyun aa.. apa yang kau maksudkan ni ?" - Joohyun

Jaehyun menutup matanya dan menghembus nafasnya dalam. Dia membuka matanya kembali. Dia kelihatan sangat kesal.

"Apa yang kau suka sangat dengan Eunwoo tu sampai kau boleh maafkan perbuatan dia ?!" - Jaehyun

Kali ni volume suara Jaehyun meninggi sikit membuatkan Joohyun tergamam.

[MalayFF] 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟 𝗟𝗢𝗩𝗘𝗥 ᴶᵉᵒⁿᵍ ᴶᵃᵉʰʸᵘⁿWhere stories live. Discover now