Pada suatu hari,seorang guru memberitahu kami akan ada satu program yang dianjurkan oleh sekolah kami di Sungai Congkak.
Program itu dinamakan Program Unit Beruniform.Saya tidak sabar mahu pergi tetapi harganya cukup mahal.Tetapi tidak semahal ke Langkawi.Harga ke program ini hanyalah seratus lebih sahaja.Tetapi seratus juga dikira mahal.
Tetapi hanya 120 murid sahaja boleh pergi ke program tersebut.Maknanya tempatnya terhad seperti tiket wayang.Jadi semua murid berebut untuk mendapat kan surat kebenaran untuk pergi ke program tersebut.
Bukan seperti surat kebenaran ke Langkawi.Semua orang seperti orang gila mahukan surat kebenaran tersebut.Tetapi kelas kami senang sahaja.Cepat-cepat pergi ke bilik guru untuk mendapatkan surat tersebut.Kemudian pergi ke kedai buku untuk 'fotostate' surat kebenaran tersebut tersebut.Tetapi ia hanyalah cuma sia-sia kerana saya tidak pergi.
Hampir separuh kelas kelas kami pergi ke Langkawi .DASAR ANAK SULTAN! Nasib baik minta kebenaran cikgu untuk 'fotostate' surat kebenaran ke Langlawi.Kalau cikgu tahu kami buat tanpa kebenaran cikgu,habis kena penampar.Bak kata orang inggeris'Work harder make easier,make easier work harder'.
Ok.'Back to the story'.Seperti cerita sama seperti dekat Langkawi tadi.Saya mengambil surat kebenaran itu di bilik guru.Tapi saya tak 'fotostate' untuk kawan-kawan saya kerana mereka tidak mahu.
Sebenarnya yang surat kebenaran untuk pergi Langkawi itu 'fotostate' guna duit kawan saya.Dan untuk program itu saya memang tidak ada duit pada waktu itu untuk 'fotostate' surat kebenaran itu.
Selepas mendapat surat kebenaran dari bilik guru,saya terus membaca butiran di dalam surat kebenaran tersebut.Apabila masuk ke kelas semula saya terus mengajak kawan saya untuk pergi ke program itu bersama saya.Seolah-olah saya ini 'sponser' dan cikgu upah saya.
Kringg.....
Tiba-tiba saya terdengar lonceng sekolah berbunyi.Lonceng yang amat disukai oleh murid-murid iaitu lonceng balik! Tanpa membuang masa saya terus menyimpan surat kebenaran itu di dalam beg galas saya.Kerana apabila surat itu hilang 'No turning back ,because it's limited.
Apabila sudah meletakkan semua barang di dalam beg galas saya,sata terus ke tempat jagaan saya yang telah ditetapkan oleh guru pengawas.Selepas semua murid tahun 5 sudah balik,apa lagi?Saya pun balik bersama meraka.
Tetapi saya terpaksa menunggu abang saya darjah 6 di pondok untuk balik bersamanya.Apabila abang saya sudah sampai kami pun balik berjalan kaki kerana rumah kami dekat sahaja dari sekolah kebangsaan.
Apabila sudah sampai di rumah,saya mahu menunjuk surat itu kepada ibu bapa saya tetapi saya tidak mahu membuang masa.Kalau tidak saya akan terlambat untuk menaiki van untuk pergi ke sekolah agama pula.Tanpa membuang masa,saya pun mempersiapkan diri untuk pergi ke sekolah agama pula.
**************************************************
-Terima kasih kerana membaca 😊-
-Harap maaf jika ada tersilap kata (tertaipo)-
-Bab 1 coming soon-
YOU ARE READING
Projek :Hidup Berdikari
Non-FictionKisah hidup sebenar seorang budak tahun lima dari Sk Permaisuri Nur Zafirah [Sekolah Lelaki dan Perempuan] pada tahun 2022 yang apabila dia dapat memasuki program yang dianjurkan oleh sekolahnya. Kisah hidup yang mencabar apabila dapat memasuki prog...