Ketika di sekolah agama saya berasa gembira dan teruja jika dapat menyertai program tersebut.Tetapi juga berasa sedih jika tidak dapat pergi.Dan saya terlalu berangan dan terlupa saya di sekolah agama.Saya perlu fokus untuk mendapat 8A untuk UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa).
Beberapa jam sudah berlalu...
Dan beberapa jam telah berlalu waktu p.d.p.c pun sudah berakhir.Jika p.d.p.c sudah tamat ,maknanya kelas tambahan UPKK sudah pun bermula.Saya dan rakan-rakan yang lain pun bergegas ke kelas tambahan.Semasa di kelas tambahan, saya sekali lagi berangan tentang program itu.
Dan apabila kelas tambahan sudah tamat masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Iaitu WAKTU BALIK! Tetapi van saya dan van kawan saya tidak sampai lagi.Jadi kami bermain banyak permainan seperti 'pistol' , sorok-sorok dan banyak lagi.Tetapi selalunya budak tahun 5 dan tahun 6 selalu seri.Sebab ada seorang budak tahun 6 ini nama dia Zul yang pandai main pistol.Patut asyik seri sahaja.
Ada seorang guru yang digelar muallim (guru lelaki dalam bahasa arab) yang selalu suruh kami untuk membaca buku.Mestilah dahlah balik lambat mesti ada banyak masa.Tapi selalunya kami berpura-pura membaca buku ataupun menyorok dalam tandas.
Apabila van kawan saya sudah sampai mereka pun balik.Tidak lama selepas itu van kami pun sampai.Tinggal budak yang pandai main pistol itu sahaja yang tinggal.Apabila di dalam van saya pun membayangkan tentang tempat program itu.
Apabila sampai ke rumah, saya seperti melupakan sesuatu.Tetapi saya hanya menghiraukan sahaja.
--------------------------------------------------
Keesokan harinya.....
Semasa saya dan keluarga sedang sarapan, baru saya teringat tentang program itu.Saya mahu memberitahu ibu bapa saya.Tetapi jika saya memberitahu ibu bapa saya pada pagi-pagi buta ini mesti mereka akan hiraukan.Jadi saya bercadang untuk memberitahu ibu bapa saya pada malam nanti.
Apabila semua kelengkapan sekolah sudah siap, maka saya dan abang saya pun bertolak berjalan kaki ke sekolah.Semasa saya meletakkan beg galas saya di dalam dewan, saya mendapati banyak murid berborak mengenai program tersebut.Ia bagaikan isu hangat.Tiba-tiba ada seorang kawan sekelas saya sapa kepada saya.
'Weh kau pergi tak program itu' tanya seorang kawan sekelas saya
Saya pun berkata
'Tak tau lah.Tak bagi tau parent aku lagi' kataku
'Weh kau dah siap kerja BM?' tanya dia lagi
Dan baru saya sedar yang saya belum lagi siap kerja Bahasa Melayu.Tanpa membuang masa saya terus siapkan kerja tersebut.Mestilah guru bm saya ialah guru pengawas.Kalau tak siap mesti kena pecat.Tapi tak ada lah sampai karangan bagai.
Kringg.....
Selepas mendengar bunyi lonceng semua murid berdiri untuk menyanyikan lagu paling 'cringe' sekali.Saya rasa semua orang tahu.Lagu itu macam lama 3 minit.
Disebabkan lagu inilah banyak kali rasa nak pitam.
Selepas lagu itu habis, kami akan membaca doa dan seterusnya cikgu akan bagi sepatah dua kata tapi sebenarnya lebih.Dan apabila selesai semua itu kami pun masuk ke kelas untuk memulakan p.d.p.c.
**************************************************
Terima kasih kerana membaca😊-
Harap tiada silap kata (tertaipo)--
-Bab 2 coming soon-
YOU ARE READING
Projek :Hidup Berdikari
Non-FictionKisah hidup sebenar seorang budak tahun lima dari Sk Permaisuri Nur Zafirah [Sekolah Lelaki dan Perempuan] pada tahun 2022 yang apabila dia dapat memasuki program yang dianjurkan oleh sekolahnya. Kisah hidup yang mencabar apabila dapat memasuki prog...