Projek :Hidup Berdikari -Bab 2: Sekolah dan Teringat-

13 1 0
                                    

Apabila kami sekelas penat berjihad naik ke tangga ,ada seorang rakan sekelas saya bertanya kepada saya.

'Weh, kau pergi ke program tu' tanya seorang rakan sekelas saya

Saya pun cakap 'Mungkin kot.Sebab aku tak tunjuk lagi surat tu kat parent aku' .Sebenarnya aku malas nak layan ,asyik soalan yang sama sahaja.Selepas itu kami pun masuk ke dalam kelas dan membuka kasut.

Kelas kami ada jubin jadi ,kenalah membuka kasut apabila mahu masuk kelas.Tapi kadang-kadang agak menjengkelkan sebab nak keluar kelas pakai semula kasut dan apabila nak masuk pula buat terbalik pula.Kena buka kasut.Dan ulang sampai balik.Korang tahulah macam mana perasaannya.

Ok.Sambung semula cerita tadi.Selepas membuka kasut kami pun masuk ke kelas untuk memulakan p.d.p.c.Tetapi disebabkan masa pertama ialah PJ (Pendidikan Jasmani) jadi kami sekelas kena cari cikgu paling selek (memilih) sekali yang pernah kami belajar selama ini.Kelas kami tidak boleh pula PJ tetapi kelas lain boleh pula.Kalau waktu PJ sahaja mesti menghilang ke mana.Kami cari satu sekolah tetapi tidak jumpa.

Kring.....

Masa PJ sudah pun tamat.Sangat ramah.Sebelum kami naik ke kelas ,entah seperti mana cikgu PJ itu munculkan dirinya.Dan seperti biasa memberi alasan yang munasabah seperti 'cikgu datang lambat' , 'motor cikgu rosak' dan alasan paling popular 'kenapa tak cari cikgu'.Kami sekelas pun seperti malas nak layan dan pergi ke kelas semula untuk belajar seperti biasa.

Beberapa jam kemudian.....

Semasa kami sedang belajar dengan seronoknya ,tiba-tiba lonceng yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba iaitu lonceng rehat! Tetapi saya tidak perlu risau kerana saya sudah rehat awal.Mesti anda pelik macam mana boleh rehat awal? Begini ceritanya.

20 minit sebelum rehat.....

Semasa saya sedang menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris kawan saya di belakang menepuk bahu saya seperti mahu memanggil saya.Dan apabila saya pusing ke belakang ,kawan saya mula bercakap

'Weh.Kau pergilah tanya cikgu!' tanya kawan di belakang saya

'Tanya apa' soal saya

'Kau buta ke apa.Tengok jam kau itu pukul berapa' jawab dia

Apabila saya melihat jam saya ,jam saya menunjukkan pukul 9.40.Dan baru teringat tentang itu.Selepas itu saya berkata

'Kaulah tanya' balas saya

'Aku pulak kaulah' balas dia

'Asyik aku je kau lah pulak.Gilir-gilirlah' cakap saya kepada dia

'Ok kita 'osom' jom.Sapa kalah dia tanya' tanya dia

Saya mula segan kerana daripada saya kecil lagi saya selalu kalah bermain 'osom'.Tapi saya tidak boleh mengalah kerana saya lelaki.Jadi saya terima cabaran dia.

'Sedia' soal dia

'Mestilah' balas saya

OSOM!

Dan......saya kalah.Saya sudah cakap saya memang selalu kalah.Jadi saya terpaksa memberitahu cikgu.Saya terus bangun dan pergi ke meja guru untuk meminta kebenaran.

Tiba-tiba sesuatu berlaku.

'Ok pengawas boleh turun rehat' cakap cikgu

Tanpa membuang masa saya pun lekas mengambil botol air saya dan turun rehat.Hari ini ialah hari bertuah saya kerana tidak perlu memberitahu cikgu turun lagi sekali.

Kembali kepada asal.....

Jadi sekarang dah tahu macam mana saya boleh rehat awal.Sekarang boleh sambung cerita

Apabila saya sudah habis makan di kantin ,saya pun menuju ke tempat jaga saya yang telah ditetepkan oleh cikgu pengawas.Saya pergi jaga tangga dengan seorang lagi kawan nama Syukri .Tetapi kami selalunya kami makan sahaja di tempat jaga kami sahaja.Ada seorang kawan kami nama Fikri yang selalu lepak dengan pengawas lain.Jadi ada dua lagi pengawas nama Hazim dan Jamid pun sukarela jaga dengan kami.Ohh lupa ,kami jaga di tangga yang berhampiran dengan tandas.Jadi jika kami mahu ke tandas tidaklah perlu lari.Tetapi selalunya saya pergi ke PSS (Pusat Sumber Sekolah) untuk meminjam komik dan empat lagi kawan saya itu akan jaga sehingga rehat.Saya pun jaga sekali.

Kring.....

Masa rehat pun sudah habis dan kami harus menuju ke dewan berbumbung untuk berkumpul.Semasa dalam perjalanan ke dewan saya melihat bahawa ada seorang budak sedang membawa surat kebenaran itu dan menuju ke bilik guru.Dan selepas itu saya pun baru teringat tentang program itu.Saya mahu mengikuti budak dan melihat dimana dia meletakkan surat itu.Tetepi aku tidak sempat mengikuti budak tersebut kerana guru bertugas sudah sampai ke dewan.Itulah guru yang ditakuti oleh murid tahan 5 dan kegemaran kerana guru itu pandai memasak.Tanpa membuang masa ,saya terus berlari dan beratur sambil memegang buku komik pinjaman dan botol air.Apabila guru itu sudah habis sepatah dua katanya ,kami diarahkan untuk naik ke kelas dengan barisan yang lurus.Apabila masuk ke kelas ,kami pun terus memulakan p.d.p.c .

Kring.....

Akhirnya bunyi lonceng telah didengari.Ia masa untuk balik.Apabila kami keluar ke kelas dan balik saya mendapati abang saya pula menunggu saya di pondok kerana kami belajar M3 (Matematik) lebih masa.Selepas itu saya dan abang saya pun jalan kaki balik rumah seperti biasa.

------------------------------------------------------------------

[Terima kasih kerana membaca 😁]
[Maaf jika ada silap kata (tertaipo)]
[Saya tulis ni sampai malam]
[Bab 3 coming soon]

Projek :Hidup BerdikariWhere stories live. Discover now