03 ! yogurt shake

1.1K 140 3
                                    

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

𓆩⟡𓆪

Adlyn berjalan lesu memasuk perkarangan rumah dengan wajah tak serupa saat dia keluar dari rumah. Baba yang melihat gaya Adlyn saat pulang itu terus berkerut.

"Orang gila mana masuk rumah kita ni?"selamba komen baba membuatkan Adlyn berdecak dengan tubuh yang selamba direbahkan ke atas sofa. Bantal di sofa menutup wajah.

Baba berkerut. "Aih? Pagi tadi semangat waja sangat, balik-balik apahal macam tak ada roh dah ni?"soal ibu yang baru berjalan keluar dari dapur.

Tadi Adlyn dah okay dah, ini bila ibu tanya semula... Rasa sabdu itu muncul semula. Tak semena, Adlyn sememeh dengan tangisan yang ditahan. Tak mahu menangis di hadapan ibu dan baba.

Baba yang sedar akan perubahan emosi anak tunggalnya itu memberi isyarat mata pada ibu. "Kakak nak makan McD tak? Baba baru isi minyak motor tadi,"tutur baba lembut dengan tangan yang naik mengusap kepala Adlyn. Adlyn menggeleng. "Alyn nak makan apa ibu masak,"ucap Adlyn berbalam.

"Nak tengok Secret Life of Pets tak? Ibu masak jagung untuk jadi popcorn,"kali ini ibu pula yang memujuk.

Adlyn menggeleng. Hatinya terasa berat.

"Alyn tak nak..."perlahan dia menolak.

Ibu lirik baba, meminta bantuan agar anak kesayangan mereka tidak berlarut dalam duka berlama-lama. Adlyn yang nyatanya sangat ceria itu sangat jarang berduka, jadi sekali dia berduka... Itu sedikit membimbangkan. "Jom, makan dengan baba nak?"

Ajakan baba itu berjaya membuatkan Adlyn angkat kepala. Jelas hidungnya memerah, dan bibir memuncung. "Nak,"bak anak kecil dia mengiyakan.

"Ibu masak tomyam putih, kakak cakap semalam kakak nak makan tomyam putih kan?"ibu betulkan helaian rambut Adlyn yang berserabai. Alahai, anak dara dia ni, selekeh betul.

Adlyn diam, memejam mata. Tak mahu menangis.

"Ibu betul..."Adlyn berucap perlahan. "He cheated on me,"

Hati ibu seolah turut sama terluka saat mendengar tutur kata pasrah dari anak gadisnya itu. Terus tubuh Adlyn didekap erat. Mengusap pelan rambut Adlyn. Membuatkan air mata Adlyn terus melorot jatuh tanpa halangan.

"Sakit, ba..."adunya dengan esak kecil.

Manakala baba dah ketap geraham kuat, merasa kesal dengan lelaki yang disukai anak gadisnya itu. Dari saat Adlyn ceritakan padanya betapa lelaki itu 'bermakna' dalam hidup Adlyn lagi, dia sudah tidak gemar.

Adlyn selalu menghulur wang untuk lelaki itu, dan sebagai bapa, sudah tentu baba tak suka. Bayangkan kalau mereka berkahwin kelak, takkan lah Adlyn yang kena tampung hidup suaminya itu? Tak akan sesekali baba benarkan!

"Iya, sakit tolong jangan dekat-dekat dengan kakak ya? Kesian kakak menangis nanti,"lembut pujukan baba, menambah sebak di relung dada. "Ammar jahat!"

"Ya, Ammar jahat! Dasar jantan tak guna!"tambah Baba kesal membuatkan Adlyn ketawa seketika sebelum sambung menangis.

"Alyn rasa Alyn nak kahwin dengan duda kaya raya lah, ba. Biar- Auch! Aduh, baba!"terus Adlyn berteriak saat telinganya dipulas kesal oleh Baba. "Kenapa tarik telinga Alyn?!"

"Merapu lagi, merapu lagi!"

Adlyn memuncung, memandang ibu pula untuk meminta simpati. "Ibu..."

"Kakak kahwin dengan duda kaya raya, ibu takkan masak tomyam untuk kakak dah."

Apa?!

Tidak!

Takpelah tak ada pengganti pun, tomyam ibu mesti forever and ever ada dalam hidup Adlyn.

Gadis Untuk Tuan Putera [Hiatus]Where stories live. Discover now