16 ! aren't you afraid?

529 111 7
                                    

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

๋࣭ ⋆。 °✩

Iqbal keluar dari kereta dan matanya memincing tajam ke dalam kafe, bingung mengapa dia boleh melihat kelibat Adlyn yang sedang bekerja di dalam sana.

"Bukan ke aku suruh budak ni cuti?"gumam Iqbal sembari bergerak masuk ke dalam kafe. Benar, itu Adlyn. Fokus menguruskan kaunter dengan tangan sebelah yang berbalut. "Fokus betul..."komen Iqbal lucu.

Pintu kafe ditolak dan serentak semua staf kafe mengangkat kepala dengan senyum lebar menyambut tetamu lantas perlahan memudar saat melihat Iqbal. Namun tidak Adlyn. Gadis itu kekal tersengih dengan tangan yang melambai semangat pada lelaki itu. Tak lupa menyeru namanya,

"Hai, Ball!"

Iqbal mendekat dengan kerutan di dahi. "Bukan aku suruh kau rehat ke? Apa pasal boleh ada dekat sini?"Iqbal terus bertanya, bahkan tidak membalas lambaian dan sapaan Adlyn. "Ini, kalau luka kau ni makin teruk, nanti susah tau. Makin menyusahkan."tambah Iqbal datar.

"Aku dah bagi cuti tu, rehat je. Tengok tangan tu,"Iqbal tilik tangan Adlyn yang berbalut itu seketika. "Nanti kalau berpeluh, susah tahu tak nak basuh kapas tu. Kena pasang balik lagi..."bebel Iqbal sambil betulkan tali apron Adlyn yang berpintal dan hampir mengenai tangannya yang berbalut.

Adlyn bukannya terasa dengan kalimat Iqbal, malah siap tercebik gedik dan sedikit tersentuh dengan kalimatnya. "Alah-alah so suwittt! Kau risaukan aku ehhh?"siap dengan pakej cucuk-cucuk lengan sasa Iqbal.

Iqbal guling mata malas.

"Kau datang sini naik apa? Dah nak pukul 9 ni,"meski nadanya datar dan kedengaran 'kosong' namun tetap jua terselit rasa prihatin itu. Adlyn tahu dan Adlyn kenal Iqbal bagaimana.

"Baba hantar tadi. Aku memang tunggu kau, baru boleh tinggalkan kafe ni dekat Jul."Adlyn tanggalkan apron dengan ganas, buatkan Iqbal yang rasa macam nak tercabut jantung tengok gaya gadis itu.

"Alyn! Hati-hati lah, kan tangan kau berbalut ni..."tegur Iqbal pelan. Dia bantu Adlyn tanggalkan apron dengan dahi berkerut, takut melukai Adlyn. Usai selesai, dia perhati Adlyn yang sibuk mengemaskan pakaiannya.

"Lyn, aku nak tanya something..."Iqbal buka bicara.

"Apa dia?"Adlyn angkat kepala dengan kening terangkat berkali.

"Macam mana kau kenal Es?"soal Iqbal serius. Adlyn cerna soalan Iqbal sebentar sebelum matanya memincing tajam menatap lelaki itu. "Kenapa kau tanya aku soalan macam tu?"soal Adlyn penuh was-was.

"And macam mana kau boleh kenal Es Batu?"

Tatapan sinis Adlyn segera ditepis oleh Iqbal apabila lelaki itu jentik dahinya geram.

"Pasal engkau lah!"

Adlyn berdelik tak puas hati. "Apa pasal pulak aku?!"

Iqbal guling mata malas. Sebabkan Adlyn lah dia dapat informasi yang dia tak patut tahu. Dapat pula kawan yang dua kali lima dengan gadis itu. Hidup tenang Iqbal jadi huru-hara kerana gadis ini!

"Pergi balik lah!"halau Iqbal geram. Makin lama Adlyn di sini, makin membuak rasa ingin smackdown gadis sengal itu!

Adlyn tatap Iqbal penuh was-was.

"Kau nak pecat aku ke?"soal Adlyn was-was.

Coiiii!

"Kenapa? Kau nak aku pecat kau ke?"sinis Iqbal semula.

Terus gelengan agresif serta sengih lebar Adlyn terlihat. Gadis itu lipat apron dengan susah payah sebelum dia buka drawer di bawah kaunter buat mengambil beg tangannya.

Gadis Untuk Tuan Putera [Hiatus]Where stories live. Discover now