Two teenagers who innocently thought they would be together forever.
Would they?
There is only hope for them. The hope that faded slowly.
"Boleh janji? No matter how far we went apart from each other, you will still love me?" - Atina
"Aku janji."...
Langit mendung ditenung oleh Atina. Ini mendung atau memang gelap sebenarnya. Atina monolog dalam hatinya. Pelik betul dia, sejak tadi direnungnya langit yang terdampang di luar tingkap biliknya. Selama ini tidak mahu pula dia tenung, masa buat homework rajin pula langit tu memanggil dia.
"Ish, aku nak buat homework la. Esok dah kena hantar." Atina mendengus kemarahan. Entah siapa dimarahnya. Homework yang diberi itu sudah seminggu diperap dalam begnya sebenarnya. Dia sahaja yang suka menangguh buat kerja. Padan la muka dia.
Ting! Ting!
Phone disebelah diliriknya. Waktu ini la phonenya nak berbunyi. Mengganggu sungguh! Phone itu dijeling sahaja dan dicampak ke atas katil. Dijelirkan juga lidahnya ke arah phone tersebut.
"Padan muka kena campak." Bebel dirinya sendiri. Entah golongan mana la yang berani mengacau dia malam-malam ni.
"Okay done. Time to relax." Atina bangkit dari duduknya dan selamat punggungnya tiba ke atas katil. Keluhan besar dilepaskan. Sakit pinggangnya duduk lama di kerusi. Phone yang dicampak tadi dicapai. Dibelek phonenya dahulu dan diperhati sekiranya calar kerana dicampak tadi.
Notifikasi di telefon pintarnya dilihat, terdapat mesej yang dihantar rakannya namun dia hanya abaikan. Tidak guna betul Atina ni. Dia hanya akan membalas apabila dia rajin. Jika tidak memang sehingga seminggu kemudian baru dia akan buka. Sebab itu kawannya di sekolah tidak boleh dikira kerana tiada.
Aplikasi twitter dibuka. Terdapat request follow dari orang yang tidak dikenalinya. Dia mengetik profile tersebut dan hanya gambar profile kartun yang dipamerkan.
"Siapa pula ni?" Atina hanya membiarkan request tersebut dan meneruskan hidupnya. Dia tidak suka approve request dari golongan yang tidak dikenali. Followersnya juga tidak ramai dan terdiri dari keluarganya, saudara mara dan rakan di sekolah sahaja kerana baginya privasi itu penting untuk keamanan dirinya sendiri.
Mata yang ditahan sejak tadi akhirnya terlelap jua. Entah mengapa dia sanggup menahan ngantuk hanya untuk menghabiskan chapter terbaru manhwa kegemarannya. Baginya, membaca dapat membantu dirinya untuk menghilangkan tekanan hidup.
♡°☆♡•°•♡•°☆
Atina's twitter
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hasif's twitter
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.