Bab 15

242 8 0
                                    




"Dania, rindunya dengan kau!" Aku berlari ke arah Dania dah memeluknya.

"Ish! Kau ni terkejut lah." Tu lah, sebelum ni dia selalu terkejutkan aku kan dah terkena.

"Macam mana hidup bila dah bersuami? Best tak?" Tak ada perkara lain ke nak borak. Bosan lah.

"Boleh lah. Balik ni dia nak bawak aku ke rumah baru."

Aku kalau dengan Dania semua benda nak cerita dekat dia. Ye lah kawan baik kan.

"Untunglah."

"Tak ada apa nak diuntungnya. Nanti bila kau dah bersuami pun, kau akan dapat macam aku juga."

"Dania haritu masa majlis kahwin aku tengok kau dengan suami aku borak panjang. Korang dah kenal lama ke?"

Aku tak cemburu pun. Cuma aku tak tahu pula diorang ni dah kenal. Tak ada siapa bagitahu aku.

"Eh, tak lah. Aku cuma ucapkan tahniah aje dekat dia. Lagi pun kita orang memang tak kenal antara satu sama lain."

Muka Dania berubah menjadi pucat seolah-olah dia cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

"Boleh percaya ke kau ni?" Soalku dalam nadar masih tak percaya kan dia.

"Betul lah. Tak akan aku nak menipu kau pula."

______

Adrean kata kalau nak balik call aje dia. Jadi tanpa membuang masa aku terus call dia.

"Assalamualaikum, abang. Saya dah nak balik ni."

"Waalaikummusalam, sayang tunggu abang kejap ye. Abang on the way ni."

Aku menunggu dia dekat 20 minit. Nasib ada tempat duduk yang redup. Kalau tidak memang lencun lah ketiak aku. Dengan cuaca panas terik lagi.

"Maaf abang terlewat sikit. Jom kita pergi rumah baru."

Tadi aku baru nak marah dia. Tapi bila dengar je rumah baru, terus tak jadi marah.

"Kita tak kemas barang dulu ke abang?" Soalku hairan. Dia ajakku ke rumah baru, tapi satu apa pun aku tak kemas lagi.

"Nanti kita kemas baju aje lah. Perabot semua abang dah beli." Laju ye suami aku buat kerja.

Aku hanya lebih selesa mendiamkan diri. Mengantuk sebenarnya, dah tak ada benda nak borak lebih baik aku tidur.

"Sayang abang, bangun lah kita dah sampai."

Mataku yang tadi mengantuk terus segar. Lagi terkejut dengan panggilan dia tu. Lama juga aku tidur. Adrean kata universiti dengan rumah baru tak jauh pun, tapi kenapa aku rasa macam lama?

"Ni ke rumah kita? Besarnya rumah ni, kita hidup berdua aje kan?" Soalku masih tidak percaya.

"Yelah, nanti anak-anak kita mesti ramai. So abang beli lah rumah besar siap-siap." Tak apalah biar dia berimaginasi tinggi sorang-sorang.

"Berangan aje lebih. Dah jom lah masuk, saya dah tak sabar ni."

"Assalamualaikum." Kami berdua memberi salam serentak. Masuk rumah siapa-siapa mesti kita kena beri salam kan.

Aku terkedu sekejap. Selalunya rumah sebesar ini aku tengok dalam tv aje. Tapi tak sangka rumah besar ni lah tempat tinggal aku sekarang.

"Cantiknya rumah ni abang."

"Biasalah, rumah ni khas untuk sayang." Comelnya suami aku ni. Dah lah handsome, baik, kaya, sweet pulak tu. Jangan lah puji banyak sangat, tak pasal-pasal Allah tarik balik.

"Bilik kita mana abang?"

"Bilik kita mestilah ada dekat atas. Jom, abang tunjukkan."

Entah kenapa baru beberapa hari aku berkahwin dengan dia, aku sangat sayangkan dia. Aku tak pernah rasa bahagia dengan lelaki sampai macam ni.

"Thank you abang. I love you so much." Ucapku sambil merenung matanya.

"Welcome my dear and I love you more than everything. Abang buat semua ni pun sebab abang ikhlas cintakan sayang." Sweet betul suami aku ni.

Aku hanya senyum melihat dia. Mata dia warna coklat yang menarik lagi minatku untuk tenung dia.

"Why did you stare at me like that, love?" Alamak kantoi pula. Baru nak tenung lama-lama.

"Nothing. I just like to stare at you because you're just so freaking fine."

Adrean terus menarik tubuhku merapat ke dalam dada bidangnya. Aku terkejut, tetapi aku biarkan perkara itu berlaku. Walaupun tak sampai sebulan kami kenal, tapi jujur aku sangat sayangkan dia.

Andaikan ada perempuan cuba untuk merampas Adrean dariku, aku akan pastikan perempuan itu tiada lagi harapan untuk merampas Adrean.

"Sayang, bagi abang mandi dulu ye. Lepastu kita keluar makan." Oh, lupa kami belum makan. Seronok punya pasal nak tengok rumah sampai makan pun aku lupa. Haha.

"Okay abang, mandi cepat sikit."

"Kalau nak cepat, jom kita mandi sekali." Terkedu aku dibuatnya. Tak sangka itu jawapan dia.

"Takpe lah, abang mandi lambat-lambat ajelah. Saya mandi esok pun takpe." Sindirku.

"Ada-ada je lah sayang ni. Dah lah abang mandi dulu. Sure tak nak mandi dengan abang?" Soalnya lagi sekali.

"Ish! Betul lah." Marahku.

Cepat-cepat Adrean masuk dalam bilik air dan menutup pintu. Tahu dia takut. Haha.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now