Bab 32

255 12 1
                                    



Kini hujan sangat lebat. Alex menghantar aku dan Dania pulang. Alex menghantar Dania balik dulu kerana rumahnya lebih dekat berbanding rumahku. Kini aku dan Alex berdua di dalam kereta.

"Awak dah bagitahu Adrean yang awak keluar." Soal Alex.

"Belum." Jawabku.

Alex hanya diam tanpa berkata apa-apa lagi.

Apabila tiba di rumah, aku nampak kereta Adrean. Alex menghantarku betul-betul di depan rumah. Aku terus berlari keluar dari perut kereta. Hujan sangat lebat.

"Terima kasih Alex. Bye!"

"No hal lah."

Aku membuka pintu untuk memasuki rumah. Terkejut aku Adrean betul-betul berada di depan pintu.

"Pergi mana?" Soal Adrean. Dia nampak sangat marah kepadaku. Mungkin sebab aku tak bagitahu dia yang aku keluar.

"T-tadi s-saya keluar." beritahuku menggigil-gigil kesejukan.

"Kenapa tak bagitahu aku? Kau lupa ke kau masih ada suami?" Adrean lain. Nampak sangat lain. Dia tak pernah cakap kasar macam ni dengan aku. Aku ada buat salah dekat dia ke?

"S-saya minta m-maaf. Tadi saya pergi office awak." Balasku dalam ketakutan.

Kenapa Adrean berubah? Tak akan lah sebab Mia. Dia kata dia tak sayang Mia dah. Tapi yang aku nampak tadi tu apa?

"Kau buat apa dekat sana!?" Tengking Adrean. Aku terkejut.

"S-saya cari a-abanglah. D-dah seminggu k-kita tak bercakap." Jawabku dalam ketakutan.

"Aku tak nak kau datang lagi office aku!" Tengkingnya. Adrean terus meninggalkan aku.

Kenapa Adrean berubah sampai macam ni? Sejak kami kahwin, dia tak pernah marah aku sampai macam ini.

Adrean awak dah berubah.

Aku terus memasuki bilik. Tapi kini aku tidak lagi tidur sebilik dengan Adrean. Aku hanya tidur di bilik tetamu. Bagus juga, tidak perlulah aku menaiki tangga. Perut aku pun sudah mula membesar.

Tak mengapalah kalau Adrean marah sekali pun. Ini salahku juga sebab aku tak minta izinnya untuk keluar rumah. Aku pun bersalah juga.

Aku masih cuba untuk menenangkan hati.

Ting!

Telefonku mendapat notifikasi dari nombor yang aku tidak kenali.

-Unknown
Lebih baik kau jauhkan diri dari Adrean. His mine!

Terkebil-kebil mataku membaca message dari orang yang aku tidak kenali. Kenapa aku kena jauhkan diri daripada suami aku?

Aku rasa aku tahu siapa yang berani message aku macam ni. Mia. Hanya nama itu sahaja yang terlintas di kepalaku. Aku tiada niat mahu menuduh, tapi dia lah yang aku nampak siang hari tadi dengan Adrean.

Aku hanya mengabaikan sahaja message itu dan terus tidur. Buat sakit kepala aje fikir benda bukan-bukan.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now