Bab 1

21.2K 781 24
                                    

Laju sahaja tangan Dayana menaip laporan pesakit yang dijaganya sepanjang shift petang tadi. Dia sudah terlambat sebenarnya. Sebentar lagi dia perlu pass over kepada jururawat yang berkerja shift malam, tetapi satu laporan pun belum siap kerana daripada mula masuk shift tadi sehinggalah sekarang, semua pesakit dibawah jagaannya membuatkan Dayana rasa nak kerat badannya jadi lapan belas.

Sana misi, sini misi. Itu belum lagi kena hantar pesakit ke Unit Haemodialysis, Jabatan Xray, Unit Echo, pindahkan pesakit ke wad lain. Ya Allah, rasa nak tercabut kaki! Tu belum lagi cerita bab melayan ragam pesakit dan juga pelawat-pelawat. Memang hari ini adalah hari terpaling huru-hara bagi seorang Dayana Aleesa.

Rehat tak rehat pun cuma waktu solat Asar dengan Maghrib tadi je. Itupun dah hujung-hujung waktu Asar baru sempat Dayana pergi solat. Terus dia sambung solat Maghrib.

Makanan yang dibeli sebelum masuk kerja tadi pun belum sempat dijamah. Mujurlah Kak Suhaila ada berikan dia sebungkus roti tadi. Sempatlah dia makan di kaunter jururawat ni.

"Yana!"

Dayana menoleh. Dahinya berkerut apabila melihatkan wajah Suhaila yang sudah nampak cemas.

"Ya, Kak Su.."

"Yana jaga patient Bed 26 kan?"

"Haah, kenapa Kak Su?" Dayana sudah rasa tidak sedap hati. Bingkas dia bangun daripada dudk.

"Patient tak response la. Akak panggil banyak kali dia tak menyahut pun," ujar Suhaila sambil laju dia berjalan menolak mesin vital signs (mesin yang digunakan untuk mengambil bacaan tekanan darah, kadar nadi dan paras oksigen dalam darah) ke arah katil bernombor 26 itu.

"Hah? Tadi pukul 8.00 Yana ambik vital signs patient okay lagi kak.." Dayana turut mengatur langkah laju ke arah katil pesakit yang dimaksudkan Suhaila.

"Puan Asmah! Puan.. Bukak mata puan!" Kalut Dayana menepuk bahu pesakit yang sudah terbaring kaku itu.

"Kak Su, tolong panggil doktor dekat bilik MO (medical officer). Tadi Yana nampak Dr Aliff ada dalam tu," ujar Dayana. Tangan laju memeriksa tanda vital (tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan dan bacaan paras oksigen) Puan Asmah.

"Puan Asmah!" Dada wanita separuh usia itu ditekan kuat. Cuba memberi ransangan supaya wanita itu membuka mata namun masih tiada tindak balas daripada wanita itu.

"Farah, tolong ambil emergency trolly!" Laung Dayana kepada Farah yang baru tiba. Farah yang berkerja shift malam itu terus melajukan langkah apabila mendengar laungan Dayana. Sudah terbiasa, apabila emergency trolly diperlukan, itu bermakna ada seorang pesakit yang perlu diselamatkan dengan kadar segera.

"Vital signs?"

Dayana menoleh ke arah Dr Aliff yang sudah bergegas menghampiri katil pesakit itu.

"Unrecordable Dr Aliff," jawab Dayana apabila mesin vital signs tidak menunjukkan sebarang bacaan.

"Start CPR now!" arah Dr Aliff apabila nadi di jugular vein sudah tidak berjaya dirasai dengan jari.

Mendengarkan arahan Dr Aliff, salah seorang houseman yang berada di situ terus naik ke atas katil Puan Asmah. Dada wanita ditekan berulang kali mengikut rentak dan kekuatan yang sesuai.

Pantas tangan Dayana memasang ambu bag (alat bantuan pernafasan) sebelum ambu bag itu disambung ke port oxygen yang terdapat di dinding wad itu.

"IV Adrenaline dah prepared?"

"Dah, Dr Aliff.." jawab Suhaila pula.

Suasana di kubikel itu agak kelam kabut. Segala arahan yang diberikan oleh Dr Aliff cuba dilaksanakan sepantas mungkin. Sedaya upaya mereka mencuba untuk menyelamatkan Puan Asmah.

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now