Bab 3

17.1K 863 60
                                    

Suasana riuh memenuhi kawasan rumah kampung itu. Golongan lelaki sedang melapah daging, golongan wanita pula sedang sibuk mengupas bawang, memotong sayur. Masing-masing sibuk melakukan kerja masing-masing sambil mulut riuh bersembang. Beginilah suasana setiap kali ada yang mengadakan kenduri di Kampung Sri Aman ini. Pasti semua penduduk kampung akan turun padang untuk merewang.

"Anak perempuan kamu yang kerja misi tu tak balik, Lina?" soal seorang wanita separuh abad ke arah Puan Azlina yang sedang memotong sayur kacang panjang.

"Balik Kak Ani. On the way dah tu. Dia takut kena ungkit tujuh keturunan dengan Maksu dia nanti kalau dia tak balik.."

Jawapan daripada Puan Azlina itu menyebabkan dapur itu riuh dengan gelak tawa.

"Amboi, pandai sangat budak tu nak mengata ke aku ye.." ujar Puan Rosmah setelah tawanya reda.

"Dia duduk sorang-sorang ke dekat sana tu, Lina?" Tanya Puan Mariani lagi.

"Dia duduk menyewa dengan kawan-kawan dia, Kak Ani. Cuma kalau berkerja lain shift tu memang tinggal sorang-sorang la dia dekat rumah tu."

"Bahaya jugak ye kalau apa-apa jadi," tambah seorang lagi wanita lain yang turut berada di dapur itu. Yang lain hanya mengangguk. Turut bersetuju.

"Itulah yang saya risaukan sangat Kak Num. Baru-baru ni, tengah-tengah malam baru sampai rumah. Kereta tak hidup dekat hospital. Mujurlah ada suami kawan dia datang menolong," ujar Puan Azlina lagi.

"Elok kamu kahwin kan aje si Yana tu, Lina. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga dia dekat sana.." Puan Anum memberi cadangan. Seperti biasa, yang lain turut mengangguk bersetuju.

"Betul tu Lina, Kak Long pun setuju dengan si Anum tu. Kalau apa-apa jadi, sekurang-kurangnya ada suami dekat sana boleh tolong tengok-tengokkan," sampuk Puan Sarinah, kakak sulung kepada Puan Azlina.

"Nak kahwinkan macam mana Kak Long, bila cakap pasal kahwin je, ada je alasan dia nak mengelak."

"Dia tak ada calon lagi ke?"

"Tak ada , Kak Long. Dia siap suruh Lina ni terima je kalau ada orang masuk meminang dia. Tu pun dia berani cakap macam tu sebab dia tahu takkan ada yang masuk meminang dia. Penat Lina nak melayan loyar buruk dia tu.."

"Kamu jangan sampai aku yang masuk meminang dia, Lina," seloroh Puan Anum pula. Mengundang tawa mereka yang berada di dapur itu.

"Kak Anum nak pinangkan untuk siapa?" soal Puan Rosmah dengan dahi berkerut.

"Si Amsyar tu lah," balas Puan Anum dengan wajah selamba. Bergema lagi gelak tawa mereka.

"Amsyar tu sekolah pun tak habis lagi Kak Anum oi," ujar Puan Rosmah selepas tawanya reda. Terbayang wajah cucu kepada Puan Anum itu.

"Tak apalah. Mungkin jodohnya menyorok lagi tu. Mana tahu bertemu jodoh dekat kenduri si Dila tu esok.." Puan Mariani kembali menyampuk.

"Aamiin.." Serentak semua yang berada di dapur itu mengaminkan kata-kata yang keluar daripada mulut Puan Mariani.

***************************************

"Yana!"

Dayana yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam rumah Maksu itu terus menoleh.

"Kak Nana!"

"Lamanya tak jumpa Kak Nana!" Laju Dayana mengatur langkah menuju ke arah Farhana yang sedang duduk bersila di atas lantai di sudut ruang tamu. Punggung terus dilabuhkan di sebelah kakak sepupunya itu.

"Yelah, Yana. Kita ni time kenduri-kenduri macam ni la baru boleh berjumpa. Kalau tak, jangan harap la nak nampak muka. Yana sihat?"

"Alhamdulillah terlebih sihat ni, Kak Nana. Kak Nana pulak?"

INDAH CINTAKU (TERBIT)Where stories live. Discover now