Prolog III

728 7 2
                                    

APA nak jadi ni? Soalan itu sejak tadi lagi berlegar di dalam kepala. Kutlah dia ada jawapan. Dia sendiri juga tidak tahu!

    Dia pandang wajah di sisi. Wajah yang tiada langsung terukir rasa bersalah. Menggeleng Qadr. Pening kepala aku! Kenapalah ramai-ramai manusia dalam dunia, masalah ini hinggap kepada dia? Apa dia harus jawab kepada mama dan abahnya nanti? Mahu dibuang keluarga ini?

    "Apa kita nak buat?"

    Baru hendak bertanya, soalan itu telah menerjah pendengarannya dulu. Qadr terus alihkan pandangan. Mengurut janggut yang sudah mula tumbuh.

    "No idea..." Senang Qadr jawab kerana memang itu hakikatnya. Dia sendiri buntu.

    Lai di sisi garu kepala.

    "Aku tak harap kau tolong aku..." Memang Lai tidak berharap apa-apa daripada lelaki ini dan dia juga tidak boleh salahkan orang asing ini sepenuhnya. Mereka bukan saling mengenali.

    "Baguslah..." Qadr masih tayang wajah tenang tetapi di dalam kepala cukup serabut memikirkan perkara yang sudah terjadi ini.

    Hati Lai terbesit. Tepat keputusan dia tidak mahu berharap apa-apa. Tetapi, apa yang hendak dihairankan. Dia bukan kenal Qadr. Tidak sempat declare jadi kawan lagi pun. Dia mampu tanggung segalanya sendiri. Cumanya...

    "Aku tak nak duduk sini..." Lai pandang kawasan sekitar. Memang tidak ada suara menakutkan, tetapi dia berasa kecut. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini.

    "Tapi, aku tak ada duit," akui Lai, jujur.
   
    Namun   kejujurannya   membuatkan   Qadr menghamburkan tawa. Beberapa orang terus menjeling. Sudah buat salah boleh gelak, ya? Sudah tu, apa lagi yang mampu dia lakukan? Hendak menangis? Mahu menafikan? Siapa mahu percaya? Percutian dia hancur. Rasanya masa depan juga boleh ranap kalau diketahui keluarganya.

    "Kita ni tak perlu duit. Sign aje kejap lagi..."

    "Sign?" Terentang kerutan pada dahi licin Lai. Nak kena sign apa pula?

    "Kamu berdua, sini!" Tidak lama kemudian, ada suara menegur.

    Mereka segera bangkit dan saling berpandangan. Qadr nyata tenang. Lai juga tenang, tetapi jiwanya menangis hiba. Telinga dia bakal menerima caci maki lagi selepas ini. Entah di mana hendak letakkan mukanya. Ah, semput nafas memikirkan.

    "Sign sini!" Suara tegas itu memberi arahan.

    Qadr menurut. Lai semacam mahu membantah. Dia tidak bersalah. Tetapi rasanya itu sudah diberitahu berjuta-juta kali tadi. Dia pandang Qadr. Rasa seperti mahu menangis.

    "Aku tak salah..."

     Bibir Qadr tersungging senyuman tipis yang tajam.

     "Kau ingat aku sign tu sebab aku rasa aku salah ke?" selarnya. Dia pun tak salahla!

    "Aku sign tu sebab nak keluar dari sini, kau tau?"

    Lai ketap bibir. Pedih juga telinga apabila suara tenang ini bernada cukup tajam dan sinis. Dia angguk. Kalau tidak keluar duit, sign pun tidak mengapa. Terus dia turunkan tandatangan.

    "Dah boleh balik?" soal Lai tanpa sabar. Berlama-lama di sini, seluruh semangat dia boleh hilang nanti. Paling teruk, dia boleh histeria rasanya.

    Salah seorang pengawai mengangguk.

    "Tapi jangan lupa tarikh dalam surat tu pula." Wajahnya jelas bengis.

    Lai sambut surat yang dihulur. Terketar juga jari-jemari. Mata dia bulat melihat barisan tengah isi surat itu. Apa nak jadi ni? Akhirnya, terpaksa juga dia akur. Hal esok, dia akan fikirkan esok. Kepala dia benar-benar sesak sekarang. Setidak-tidaknya dia boleh tidur di rumah malam ini.

    Langkahnya terhenti apabila ada tangan menyentuh bahunya. Terus Lai berpaling tanpa ada rasa terkejut. Tiada apa lagi yang mampu mengejutkan dia. Apa yang terjadi hari ini sudah cukup mengejutkan.

    "Ada apa lagi?" soal Lai lemah.

    "Nama kau siapa?"

    "Lai..."

     "Lai aje ke?"

     "Kau?" Soalan itu tidak dijawab, tetapi di soal Qadr kembali.

    "Qadr..." Sepatah. Ringkas.

    "Itu aje?"

    Giliran Qadr pula tidak menjawab.

    "Nak balik dengan apa? Dah malam ni." Qadr dongak. Tiada bintang di langit. Angin pun seram sejuk saja.

    "Nak hujan kut ni!" Kemudian dia pandang semula kepada Lai.

    "Nak aku hantarkan?"

    Laju lai menggeleng.

    "Aku balik sendiri." Ah, dia tidak mahu timbulkan masalah kedua pula. Masalah tadi belum selesai, gila mahu menambah lagi.

    "Berani?"

    Tanpa jawapan, Lai angguk. Terus dia berpaling dan melangkah lemah. Qadr tidak berkata apa. Apa yang terjadi hari ini benar-benar menguji kesabaran dan kejantanannya. Surat yang ada di dalan poket dilipat kecil-kecil. Diselitkan dalam dompet moga tiada siapa tahu.

    Dia pandang pada susuk tubuh kurus Lai. Hendak salahkan diri sendiri pun, dia juga tidak bersalah. Keadaan membuatkan mereka terperangkap dalam situasi yang membingunkan. Dia buka topi yang sejak tadi menutup kepala. Membahang!

    Kesiannya dia.... Tidak tahu kenapa, rasa itu muncul dalam diri. Jika hendak dikira, dia pun wajar dikasihi juga. Aku pun mangsa! Qadr terus berlalu ke arah keretanya. Volvo merah garang itu dibuka pintunya, tetapi dia tidak jadi masuk.

    Dia berpaling semula ke pintu. Macam mana kalau Lai tidak sampai rumah dengan selamat?  Hati dia berbolak-balik. Akhirnya jawapan ditemui.

    Setidak-tidaknya.... Dia akan pastikan gadis ini selamat sampai ke rumah. Bibir dia tersenyum sinis kepada diri sendiri. Pertama kali ditemukan dengan seorang gadis yang tampak baik namun sayang, dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

    Tuhan...

    Jiwa lelaki Qadr terasa sedikit lelah. Apa nak jadilah esok hari?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seseorang Untuk Aku Where stories live. Discover now