Ajid hanya tersenyum senyum menyaksikan anak anak jiran yang sedang bermain main di halaman rumah tersebut. Tetapi sayangnya tidak seorang pun dari mereka yang merupakan anak tuan tanah. Tanah mereka besar, halaman mereka luas, namun hanya untuk anak anak jiran sahaja yang tumpang bermain. Kerana tuan punya tanah sendiri tidak punya anak. Penghuninya seorang makcik, makcik Radiah, bersama dengan tiga orang anak perempuannya, Rika, Rita dan Rina. Semuanya sudah berkahwin, tetapi ketiga tiganya tidak punya anak. Memang pelik mengapa hingga boleh jadi begitu. Salah seorang suami dari mereka ini adalah kawan Ajid, Maman namanya suami kepada Rina. Dari Maman inilah dia telah mengenali keluarga tersebut.
Mulanya hubungan mereka hanya biasa biasa sahaja, tetapi setelah kerap Ajid datang ke rumah, hubungan mereka menjadi bertambah rapat dan semakin mesra. Kerana masing masing pun memang peramah dan mudah sangat mesra. Ajid mula berkenalan dan rapat dengan Maman kerana kebetulan mempuyai minat yang sama iaitu memancing. Tetapi Ajid tidaklah setegar Maman yang jika sehari tidak dapat memancing hidup nya bagaikan tidak sempurna. Dia memancing hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang sahaja. Sebab itupun sejak akhir akhir ini Ajid jarang mengikut Maman walaupun dia sudah datang ke rumahnya. Dia telah membiarkan Maman pergi bersendirian sementara dia hanya duduk dan berbual bual dengan keluarganya sahaja. Kerana sudah kerap berlaku, Maman pun sudah tidak kesah lagi dengan adanya Ajid atau pun tidak. Pergi dia tetap pergi.
Memang untuk mengikut rentak Maman pun Ajid tidak mampu dan tidak sanggup, yang tidak mengira masa dan keadaan. Asal hendak sahaja, dia pun pergi. Tidak mengira walaupun tengah malam dan ketika itu hari hujan. Mujur juga Maman seorang yang memahami dan tidak memaksa. Kerana dia melakukan itu semua pun hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja, yang tidak perlu melibatkan orang lain. Memang kehidupan Maman pun, Ajid lihat lebih kepada mementing kan diri sendiri. Dia seperti kurang memberi perhatian kepada tanggung jawabnya sebagai seorang suami dan rumah tangga. Dia rela berhenti kerja semata mata hanya untuk memenuhi kegilaan memancing nya. Ada juga Ajid bersuara memberi nasihat dan pandangan nya, tetapi Maman langsung tidak memberi perhatian.
Jangankan Ajid yang hanya sebagai kawan, cakap isteri dan emak mertuanya pun dia tidak mahu mendengarnya. Maka sudahnya di biarkanlah sahaja Maman dengan kehidupan dan dunianya yang tersendiri. Rina isterinya pun sudah tidak ambil peduli tentang dirinya, balik tak balik ke, makan tak makan ke, Rina sudah tidak ambil tahu lagi. Sehingga untuk mengingatinya pun sepertinya dia tidak ingin. Namun Maman tetap Maman, dia langsung seperti tidak punya apa apa perasaan. Hanya kurang pasti samada dia memang tidak perasan, atau pun memang sengaja dia buat buat tidak sedar, bahawa perangai dan tabiat buruknya itu sebenarnya tidak di sukai oleh ahli keluarganya. Malah perangainya semakin hari semakin parah bila dia sudah jarang balik ke rumah kerana mengikut kawan kawan yang sejiwa dengannya, memancing jauh jauh hingga sampai ke negeri lain.
Kerana sudah biasa dan sudah lali, hingga tidak ada siapa yang mengingatinya lagi. Bila Ajid bertemu dan bersembang dengan ahli keluarga mereka, namanya pun sudah tidak di sebut sebut lagi. Mereka lebih banyak dan lebih suka berbual bual tentang keadaan semasa dalam kehidupan di antara sesama mereka. Dalam seronok mereka berbual bual, hingga sudahnya telah terbawa bawa sama soal rumah tangga, sampai lah yang telah melibatkan pada perkara yang menyentuh tentang anak. Seperti biasa, bila sahaja menyentuh tentang anak, mereka semua pun terdiam.
" Sampai bila nak jadi macam ni, semakim hari, kita semakin tua, cuba tengok anak anak jiran tu, kata ada yang sebaya, tapi tengok anak mereka."
Kata Ajid sambil memberi nasihat, sambil memujuk, juga sambil meracun. Kerana dia memamang punya agendanya yang tersendiri.Memang sudah lama juga Ajid menunggu peluang untuk dapat bercakap cakap dengan kesemua mereka tersebut termasuk juga dengan ibu mereka sekali. Walaupun pada mulanya Ajid memang rasa keberatan untuk berterus terang, namun di gagahkannya juga. Walaupun keputusannya memang telah menghampakan. Tetapi itu bukalah bermakna sebagai satu pengakhiran buat Ajid. Ketika Ajid hendak meninggalkan sahaja kawasan perumahan tersebut untuk balik. Rina telah pun menahannya di jalan keluar. Dia menyatakan persetujuannya dengan apa yang Ajid cadangkan itu, dan meminta supaya Ajid datang esok untuk mengambil nya keluar dari kawasan perumahan tersebut, sebagai salah satu usaha bagaimana untuk menjayakan rancangan mereka itu.

YOU ARE READING
peluang yang tiidak panjang
Short StoryPeluang hadir yang tidak di duga, ruang terbuka yang tidak di sangka. Sudah di namakan peluang yang mendatang mana mungkin untuk di lepaskan, ruang pula sudah terbuka masa hendak di tinggalkan. Perkara tidak ada lagi di cari, inikan pula perkara yan...