Bayangan Hitam

3 2 0
                                    

3.30 pagi.

Sesekali dijilat jari telunjuknya untuk menyelak helaian demi helaian buku yg sedang diulang kajinya itu.. Kedua bola matanya sempat menjeling jam yang tergantung di dinding biliknya.. 3.30 minit pagi..

Alahai..susahnya soalan.Syafiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal.Matanya malam ini macam ada bateri pula.Tak mengantuk.Tadi sempatlah dia tidur 2 jam.Tup tup celik balik.Jadi digunakan masa sebaik mungkin.Tapi mungkin juga Allah nak dia solat tahajud.

"Pentingkan duniawi betul kau ni.Baik kita solat dulu baru sambung belajar balik."bebel Syafiqah sendirian sambil menekan punat off pada kalkulator.Modul persamaan kimia tadi ditutup dan langkahnya dituju ke bilik air yang berada di dapur.Biliknya memang tak ada kemudahan bilik air.Jadi terpaksalah menapak sikit.

Suasana rumah memang agak gelap,hanya lampu dari belakang dapur dan tandas yang menerangi ruang tamu dan dapur.

Mak ayahnya memang jenis berjimat cermat.Maklumlah bil elektrik 3 bulan lepas pun belum bayar lagi.

Selesai mengambil wudhuk,Syafiqah menghampar sejadah di ruang tamu.Dia selesa solat di situ memandangkan bilik tidurnya agak sempit dengan perabot

Lagipun tak ada siapa nak kacau.Rumah ini hanya ada dia dan kedua ibu bapanya.Kakaknya tinggal di asrama.

Seketika,rasa sejuk menyerang Syafiqah.Bulu romanya menegak.Tangannya yang sedang memakai telekung sedikit menggigil.

Baru sahaja ingin solat,ada bayangan hitam yang lalu di luar.Nampak melalui langsir buatan Nek Rosnah yang begitu nipis.Syafiqah mula terasa seram sejuk.Rumahnya terletak jauh dari rumah orang lain.Mustahil ada orang lalu lalang lagi.

Fikirannya mula ligat memikir.Nak solat ke tidak?Puas memikir.

Mencuba untuk mengentalkan jiwa raga, Syafiqah memulakan langkah setapak ke tingkap yang sedang dia hadap itu.

Hatinya sekarang ini bercampur baur dengan perasaan yang bakal membuat keberaniannya yang setipis tisu itu segera koyak rabak. Dengan lambat dia menghulurkn tangannya menyelak kain langsir yabg agak usang dan tipis itu.. Belum sempat diselak langsir tersebut, aksinya itu dipatahkan serta merta apabila ayahnya tiba tiba....

"Adik?Adik buat apa tu?"tegur ayah.Syafiqah pantas menoleh sambil memegang dada.Terkejut.

"Aaaa adik nampak macam ada orang kat luar tadi.Itu adik nak tengok.Mana tahu perompak."Syafiqah garu kepala sambil tersengih memandang si ayah.

"Adik,satu kampung ni tahu keluarga kita tak kaya mana.Siapa je nak rompak?Lawak la adik ni.Dah pergi solat."Ayah ketawa sendiri sebelum menuju ke dapur.

"Eh ayah ni.Orang cakap betul betul.Dia ketawa pula."

Baru sahaja ingin memulakan solat,sekali lagi bayangan hitam itu menganggu.Kali ini Syafiqah yakin dia perlu memejam mata bagi mengelak gangguan alam!

"Allahuakhbar."Syafiqah terkedu sejenak.Ada suara yang bagaikan mengikuti dia.Rasanya,dia tak berjemaah dengan sesiapa pun.Sejak bila pulak dia jadi imam?

"Telinga aku salah dengar kut..Tak apa Syafiqah anggap jela ni semua disebabkan kau terlampau overthinking". Gumamnya dan meneruskan solatnya sehingga selesai memberi salam.

"Prakkk!"

"Woiii kauu" Syafiqah terperanjat dengan bunyi dentuman yang kuat muncul dari ruangan dapur rumah itu. Mujur saja dia sudah selesai solat kalau tidak mahu batal solat dia disebabkan dia melatah.

Setelah membaca doa ala kadar sahaja..dia terus bingkas bangkit berdiri untuk melihat ruangan dapur yang baru sahaja dilanda dentuman yang kuat.

Ikutkan dia mahu mengejut kedua ibubapanya untuk melihat keadaan di dapur namun, dia memutuskan untuk menyiasatnya terlebih dahulu.

Sempat dicapainya juga batang penyapu yang berada sekitarnya itu. Risau juga tiba tiba ada orang yang mahu merompak, boleh lah dia ketuk kepala si perompak tu. "Adoi Syafiqah,Syafiqah, memang kuat sangat pun batang penyapu ni"

Dia mengintai sedikit sebelum terus melulu masuk ke ruangan dapur.
Hairan.tiada apa apa pun yang berlaku di sana.
Nak kata barang terjatuh,tiada pun di atas lantai. Dia memeriksa segala kelengkapan dapur dan semuanya terlihat elok sahaja.

Tanpa melengahkan masa dia pun terus kembali semula ke ruang tamu untuk membaca al quran.

Baru sahaja dia ingin membuka al quran tiba tiba dia teringat.

"Eh tadi bukan ke ayah ada dekat dapur?"

Berkerut dahi Syafiqah memikirkannya.Lantas dia mencabut lari ke dalam bilik.Rasa seram sejuk pula.Dia mengambil keputusan untuk berkelubung di dalam selimut.

Akhirnya dia terlelap hingga ke pagi.Bunyi ketukan pintu membuatkan Syafiqah menggeliat malas.Mesti ibunya nak membebel.

"Adik,bangun."suara itu seakan mendayu dayu.Syafiqah terus mencelikkan matanya.

"Eh kak?Bila balik?Eh asal kau nangis nangis ni?"soal Syafiqah pelik apabila melihat juraian air mata si kakak.

"Adik,ibu dengan ayah dah tak ada."

"Haa?Apa kau cakap ni kak?Malam tadi elok je diorang ada."Syafiqah cuba memproses kembali kejadian malam tadi.

"Ayah dengan ibu kemalangan maghrib semalam dik.Dorang keluar kan petang semalam?"

"Tak mungkin la.Dorang balik semalam.Dalam hujan."

"Dik,dorang kemalangan waktu maghrib.Memang hujan waktu tu dan dorang jatuh dalam gaung.Subuh tadi baru orang jumpa."

"Habis.....yang cakap dengan adik malam tadi tu siapa?"

Tanpa mereka berdua sedar,ada yang memerhati.

Pendek aje.Sorry guys lama menyepi.Terlampau banyak perkara yang unexpected berlaku:)

Life must go on.

Ahad:23.07.23.15:29pm.

MimpiWhere stories live. Discover now