Pang!
Sebuah tamparan hebat melekat di pipi mulus Fauziana.Tangannya terketar ketar memegang kertas peperiksaan yang bertanda merah itu.
30 markah.
Gagal.
Sekali lagi dia gagal subjek matematik tambahan.
"Bodoh!Kau tahu tak kau anak aku yang paling bodoh!Tak malu ke dekat adik kau yang dapat 90 markah tu?"mata Pak Azhar terjengil luas.Pandangan tajam itu sentiasa menakutkan Fauziana.
"Kakak minta maaf...ayah.."tersedu sedan Fauziana meminta maaf.Tangannya diusap usap perlahan.Pedih.Belum sempat pedih di tangan hilang,pipinya pula jadi sesaran.Gara gara markah 30,habis tubuh badannya sakit sakit.
Pada Fauziana,tak logik kalau ayahnya membandingkan markah matematik tambahannya dengan markah matematik adiknya yang baru darjah 3 itu.
"Ayah tak pernah tengok sekuat mana kakak usaha.Bukan kakak tak usaha,tapi mungkin masanya belum tiba.Kakak tidur lewat semata mata untuk banggakan ayah.Tapi ayah tak pernah bangga dengan kakak."detik hati Fauziana sayu.
"Dengar sini ya!Sekali lagi kau dapat markah memalukan macam ni,memang aku halau kau dari rumah ni!Faham?"ibarat petir,suara Pak Azhar memecah keheningan rumah buruk itu.
Fauziana hanya mengangguk lesu bersama linangan air mata.Kertas tadi direnyuk dan dibuang ke luar melalui tingkap.Gara gara markah itu,habis dia dimarahi.
Dia kemudian masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu tersebut. Melepaskan segala kemarahan.
Jauh di sudut hati Fauziana dia sangat berharap agar ayahnya menghargai dengan keputusan yang dia perolehi meskipun gagal kerana dia tahu dia sendiri sudah berusaha sehabis baik.
Jiwa dan emosinya terseksa. Setiap makian yang dilontarkan oleh ayahnya bagaikan pisau yang menusuk ke kalbu. Pedih. Teramat pedih untuk ditanggung.
Dia tidak kisah ditampar atau dirotan kerana dia sanggup menahannya tetapi apabila hatinya telah berkali kali dihentam dengan caci maki ayahnya itu, Fauziana sudah tidak mampu memendam lagi.
Rasa sakit di sanubarinya lebih pedih berbanding kesakitan di luaran yang dihadapi.
"Ayah dah tak sayang kakak. Ayah selalu lebihkan adik je!". Mutiara jernih mula mengalir membasahi pipi.
"Lebih baik kakak mati!"
Fauziana menjerit sekuat hati.
Sayang sekali, jeritannya itu tidak diendahkan oleh ayahnya.
Sebaliknya Pak Azhar membawa anak bongsunya yang bernama Azie itu keluar berjalan jalan meninggalkan Fauziana sendirian dalam tangisan.
Fauziana bangkit berdiri melihat cermin yang berada dihadapannya itu seraya ditumbuk sekuat hati sehingga cermin itu retak dan pecah.
Buku limanya itu secara automatik mengalirkan titisan cecair yang berwarna merah pekat. Pedih.
Dia kemudian menundukkan sedikit badannya untuk mengambil serpihan cermin yang telah retak di atas lantai akibat tumbukannya itu tadi.
Bebola matanya merenung dengan lama serpihan yang berada di telapak tangannya itu....
Segala hasutan syaitan dan iblis mula menguasi dirinya.
Pada masa yang sama kotak pemikirannya mula menerbitkan idea idea negatif..
"Tak ada siapa hargai kau Fauziana....Tak ada.Bodoh!Bodoh!Kau bodoh!"serpihan kaca tadi ditoreh toreh pada lengan kirinya.Dia tersedu sedan menangis.
YOU ARE READING
Mimpi
RandomMisteri.... Kisah demi kisah. Yang mereka hadapi. Keliru? Itu yang mereka rasa. Mimpi.