Mama

3 1 0
                                    

Laluan yang bertemankan semak samun di setiap kiri dan kanan jalan itu sudah terbiasa buat gadis yang bernama Najwa itu. Dia merupakan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Angkasa.

Setiap hari ketika pulang dan balik sekolah dengan berjalan kaki melintasi laluan yang boleh dikatakan sehari hanya seorang dua sahaja yang lalu disitu.

Ramai orang kata,dia pelik.Sebab apa?Sebab dia lalu jalan sunyi tu.Tapi bagi Najwa,tak ada apa yang memelikkan pun.Dia bukannya apa,laluan tu lebih dekat dengan rumahnya.Orang panggil apa?Ha shortcut!

Buat apa nak jalan jauh jauh kalau ada jalan singkat?Buatlah tindakan yang bijak ya!

Lagipun siang,bukan ada hantu pun.Mat rempit nak mengacau pun tak ada.Jalan tu memang sunyi.Najwa suka betul lalu dekat situ,tambah tambah musim sekarang.Musim sukan.Dia ada latihan bola jaring setiap petang.Jadi,bila menjelang senja,baru dia pulang ke rumah.Sambil sambil tu boleh tengok langit senja.

Cantik!

Ibunya,Puan Izati sering kali risau dengan anak gadisnya yang satu itu.Suka lalu jalan sunyi.Buatnya ada perogol bersiri,menangis tak berlagu la dia.

"Walaupun dirimu tak bersayap....ku akan percaya....kau mampu terbang bawa....diriku...."Najwa menyanyi sendiri sambil terpusing pusing di tengah laluan semak samun itu.Memang syok betul jalan sorang sorang.Dapat menari,menyanyi.Nak berjoget lambak pun tak ada siapa nak marah.

"Astafirullah Najwa!Dah nak dekat maghrib ni.Jalan cepat sikit."omel Najwa seorang diri.Dia berjalan dengan sedikit laju.Jam sudahpun menunjukkan pukul 6.45 petang.

Kalau di jalan depan sana,penuh dengan mat rempit press moto,kanak kanak berlari,makcik makcik membawang,tapi jalan ni,hanya ada bunyi haiwan bersahutan..

Tanpa rasa gentar,Najwa meneruskan langkahnya.Rumahnya tidak jauh dari situ,hanya 250 meter.

Sedang dia memulakan langkah yang laju untuk pulang ke rumah tiba tiba tidak lama kemudian....

"Brakkk"!

Sepantas kelajuan cahaya bebola mata Najwa menangkap pergerakan dan bunyi yang datang dari semak samun di sebelah kirinya itu.

Semak semak itu seakan akan bergerak gerak seperti ada sesuatu di dalamnya.

"Si- siapa tu!". Jantungnya mula berdebar debar.

"Jangan main main lah dah nak dekat maghrib ni". Jerit Najwa.
Apabila jeritannya tidak ada siapa yang menyahut dia dapat merasakan bulu romanya menaik.

Tanpa melengahkan masa dengan perasaan yang takut itu,dia memutuskan untuk terus melangkah seribu tanpa menghiraukan apa yang terjadi di dalam kerumunan semak samun itu.
Apabila sudah beberapa meter keberadaannya jauh dari semak itu tadi, barulah Najwa dapat menghirup kembali oksigen dengan normal meskipun nafasnya sedikit tercungap cungap.

Najwa kemudiannya menyelup tangannya ke dalam poket beg sekolahnya yang berwarna hitam tersebut untuk mengambil earphonenya lalu wayarnya disambungkan ke telefon untuk mendengar koleksi lagu lagu jiwang kegemarannya itu.

"Baik aku dengar lagu jelah sekurang kurangnya aku tak adalah nak dengar bunyi yang pelik pelik je macam tadi". Omelannya sendiri.

"Cinta kita di pantai merdeka. Woah woah!"~ kedengaran suara Najwa mengisi kekosongan di setiap celahan bibir bibir daun yang menghijau di situ.

Ini sajalah cara yang dapat dia buat apabila dia merasa takut.

"Nurul Najwa binti Zahran!"jerit Puan Nurul Izati kuat apabila melihat anak daranya menyanyi macam orang gila.

"Kamu ni,tak sedar ke dah maghrib?Kenapa balik lewat sangat?Bahaya tahu?Kamu tu anak dara.Sayang sikit diri kamu tu!"terus berucap panjang Puan Nurul Izati.Telinga Najwa dipulas .

MimpiWhere stories live. Discover now