"MORNING Ibu, abah, and abang," ucap Aulia penuh semangat. Kerusi meja makan ditarik lalu punggungnya dilabuhkan perlahan.
"Moring, sayang. Awal bangun? Tak penat ke?" tanya Puan Aisyah, ibu Aulia lembut.
"Taklah, ibu. Ini pun dah lambat sangat bangun. Lagipun Lia ada interview nanti. Sebab tu kena bangun awal-awal. Takut terlambat." Jawab Aulia lembut. Nasi goreng seafood masakan ibunya disuap kedalam mulut.
"Kenapa awal sangat cari kerja? Tak nak rehat dulu ke beberapa minggu ni? Lia kan baru aje balik dari Paris? Tak nak spend some time dengan ibu ke?" soal Puan Aisyah lagi. Kali ini ada nada tidak setuju disitu.
Aulia menelan makanan didalam mulutnya. Keluhan dilepas lalu matanya menatap mata Puan Aisyah penuh pengharapan.
"Lia memang nak rehat ibu. Tapi sekarang ni kena bersaing. Masing-masing perlukan kerja. Bukan Lia seorang aje yang baru habis belajar. Nak tak nak kena usaha sikitlah. Lagipun Lia kena panggil buat temuduga dekat salah satu syarikat yang besar dekat Malaysia ni. Jadi, Lia kena ambil peluang ni demi masa depan Lia." Jelas Aulia panjang lebar.
"Abah kan dah suruh kerja dekat syarikat abah aje? Tu syarikat abah tu ada kekosongan untuk jawatan yang Aulia nak," celah Encik Zairil, abah Aulia.
Aulia mengerutkan kening. Kepala digeleng tidak bersetuju dengan cadangan abahnya.
"Semua orang pun tahu Aulia ni anak abah. Nanti orang kata Aulia ni pakai cable pulak. Susah-susah aje Aulia belajar sampai kat luar negara. Iyalah, habis belajar aje terus ada jawatan tersedia. Sia-sia ajelah usaha Lia selama ni. Kan?" balas Aulia menolak tawaran abahnya.
"Ashriq setuju dengan Aulia, ibu, abah. Lagipun Ashriq kan ada untuk jaga company abah tu. Jangan risaulah. Ashriq yakin Aulia nak menimba pengalaman bekerja untuk persediaan bekerja dengan syarikat abah. Kan Lia?" sokong Ashriq yakin. Isyarat mata dihantar ke Aulia yang mahu menggeleng laju.
"Haah. Betul tu. Betullah apa yang abang cakap tu. He...he...he." Aulia mengiyakan selepas menahan sakit akibat tendangan abangnya.
Ashriq yang tersenyum kemenangan dijeling tajam. Kaki Ashriq disepak kembali. Ashriq mengaduh kesakitan. Aulia pula hanya mengulum senyum.
"Haih... iyalah. Abah dengan ibu setuju. Tapi lepas ni cuba pertimbangkan tawaran abah ni. Okey?" akhirnya Encik Zairil menyetujui keinginan Aulia.
"Okey, abah. Sayang abah dengan ibu," Aulia tersenyum suka. Suka kerana ibu dan abah tidak pernah tidak menyokong keputusannya.
Mereka kembali bergelak ketawa dengan kisah yang diceritakan Ashriq. Aulia suka suasana begini. Separuh kebahagiaannya sudah terlaksana. Separuh lagi masih terlihat kekosongannya. Aulia tidak mahu memikirkan soal itu buat masa sekarang. Dia tidak mahu merosakkan suasana hatinya yang bahagia.
AULIA merenung bangunan berbelas tingkat yang gah berdiri dihadapannya. Syarikat penerbangan dan penginapan terbesar di Malaysia. Hatinya yang berdebar cuba ditenteramkan. Gementar yang dirasakan membuatnya sedikit goyah dengan keputusannya. Apa tidaknya, bukan calang-calang orang yang boleh diterima bekerja disini. Hanya mereka yang benar-benar berkebolehan akan mendapat tempat.
Namun Aulia bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah. Terlalu banyak onak dan duri untuk berdiri dihadapan syarikat gergasi ini. Terlalu banyak usaha yang dia berikan untuk berjaya dipanggil sesi temuduga. Inilah impiannya sedari dulu. Impian yang hanya selangkah lagi akan tercapai. Senyuman yakin diukir lalu langkahnya diteruskan tanpa memikirkan perasaan takut.
Aulia memandang sekeliling sebelum mendekati seorang receptionist. Senyuman ramah ditayangkan.
"Hai, tumpang tanya. Sesi temuduga dimana ya?" tanya Aulia lembut.
YOU ARE READING
OUR STORY (WILL NEVER END)
RomanceHidup AULIA ZAHRA yang penuh dengan keharmonian hilang begitu sahaja apabila kembali bertentang mata dengan lelaki itu. Lelaki yang membuatnya terluka suatu ketika dulu. Lelaki yang meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Dan hadirnya lelaki itu memba...