BAB 04

7 5 0
                                    

AULIA melipat sejadah setelah selesai solat Isyak. Telekung turut dilipat lalu diletakkan di dalam almari. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Baru sahaja tangan ingin mencapai beg laptopnya, telefonnya tiba-tiba berbunyi pendek menandakan ada notifikasi masuk. Laju dia mengambil telefonnya di atas meja solek.

Kening dikerutkan apabila nombor tidak dikenali menghantarnya sebuah pesanan di aplikasi Whatsapp. Rasa ingin tahu membuak-buak membaca pesanan tersebut.

'Hye, miss Aulia Zahra. What're you doing?'

Lama merenung telefonnya, akhirnya Aulia mengetik laju membalas pesanan itu.

'Who are you?'

Jawab Aulia tanpa berbasa-basi. Tidak lama menunggu, pesanan baru masuk lagi. Kali ini Aulia benar-benar berasa teruja. Walaupun tanpa jawapan yang jelas, dia tahu siapa yang menghantar pesanan kepadanya. Haiqal Hishaq. Ya, cinta pertamanya.

'I'm your first love.' 

Aulia merebahkan badan dengan senyuman bahagia. Muka ditekup dengan bantal menahan rasa suka. Hatinya benar-benar bahagia. Rasa marah terhadap Haiqal hilang begitu sahaja diganti dengan rindu yang begitu mendalam.

Lama melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Kelam kabut Aulia duduk kembali. Rambut yang agak serabai dikemaskan sedikit. Namun keningnya berkerut bingung melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Bukan nombor Haiqal tetapi nombor lain yang tidak dia ketahui. Walaupun ragu ingin mengangkat panggilan itu, Aulia tetap meleretkan butang hijau lalu telefon ditekapkan ke telinga.

"Hello? Siapa ni?" Tanya Aulia teragak-agak.

"I'm Hayes Aqasyah. Sorry for disturbing you, cik Aulia." Jawab Hayes dihujung talian.

"Eh, tak apa Tuan Hayes. Tak kacau pun. Kenapa call saya? Ada benda nak bincang ke?" Tanya Aulia lagi. Kali ini senyumannya mati terus. Entah kenapa dia merasakan Hayes ada kaitan dengan Haiqal.

"Aku ada hantar email pasal meeting esok. So i hope you can read it. For preparation. And one more thing, esok Isabell tak ada. So can you help me attending some project?" Tanya Hayes meminta pertolongan.

Aulia diam. Berfikir agak dalam sebelum menghela nafas kecil.

"Boleh. Esok saya jumpa Tuan Hayes." Jawab Aulia ringkas.

Setelah selesai berbincang, Aulia mematikan talian. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Sibuknya esok. Mesyuarat, perjumpaan dengan wakil syarikat lain dan beberapa perbincangan lain. Namun dia terfikir sesuatu. Benarkah Hayes Aqasyah dan Haiqal Hishaq kembar seiras? Atau hanya pelanduk dua serupa? Otaknya ligat memikir kemungkinan yang wujud.

Ting! Pantas Aulia membuka pesanan baru dari Haiqal. Senyumannya terukir lebar. Pantas dia mengetik membalas pesanan Haiqal sebelum meletakkan telefon di katil lalu membuka laptopnya. Email yang masuk dibuka lalu dibaca perlahan. Telefon yang di mute kan dibiar supaya tidak mengganggu kerjanya.

Aulia larut membaca sehingga terlupa mengenai Haiqal. Jarum jam terus bergerak menemani Aulia yang fokus dengan kerjanya.

HAYES AQASYAH meletakkan cawan kopi di atas meja kerjanya. Mata masih fokus meneliti fail-fail dihadapannya. Walaupun jam sudah berinjak ke pukul satu pagi, matanya tetap segar tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Workaholic? Ya, dia memang seorang yang kuat berkerja. Masa yang ada diisi dengan menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai. Kaca mata yang melurut dibetulkan.

Pintu yang dibuka tanpa izin mengganggu Hayes. Wajah diangkat lalu di tatap tajam Haiqal yang selamba duduk di sebuah sofa di hadapannya. Geram dengan Haiqal yang tidak menghormatinya.

OUR STORY (WILL NEVER END)Where stories live. Discover now