BAB 60

809 43 11
                                    

"Tak ada cara lain ke?" Tanya maria pulak.

Aku berpusing dan duduk semula dekat katil.

"Kau ada cara lain? Kalau ada cuba bagitahu dekat aku." Ucap aku seraya memandang maria.

"J, jangan pandang mata aku j. Sumpah aku takut tengok mata kau yang merah menyalah tu."

Aku terus berpaling ke arah lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terus berpaling ke arah lain. Lambat-lambat maria duduk dekat sebelah aku.

"Sorry j. Aku bukan nak buat kau terasa hati tapi sumpah aku takut."

Aku menggelengkan kepala berkali-kali dan tersenyum.

"Tak apa lah. Aku pun tak tahu kenapa dengan mata aku jadi merah tiba-tiba. Nanti elok lah ni balik macam hari tu. Ni kau ada cara lain ke?" Tanya aku semula.

"Tak ada tu lah."

"Kalau tak ada nampaknya kita kenalah stay sini dan tolong keluarga dayat."

"Tapi."

"Tak apa lah. Sekarang ni kita tolong orang kampung. Lepas ni pulak orang tolong kita kan?"

Maria hanya diam. Tak lama tu dia mengeluh perlahan.

"Ye lah baik." Ucap maria akhirnya mengalah dalam situasi.

Aku terus naik atas katil dan baring.

"Ni kau nak tidur ke?" Tanya maria.

"Tak lah, Aku nak baring je kejap lagi aku nak mandi dan solat."

"Yelah aku pun nak baring juga lah." Ucap maria terus baring dekat sebelah aku.

Aku memandang siling sambil berfikir apa yang harus aku buat selepas ini. Takkan nak berkampung dekat rumah hidayat sampai berbulan-bulan? Aku mengiring ke kanan. Memandang maria yang tengah pejam mata. 'Kesian maria. Selalu menjadi mangsa' aku mengeluh perlahan.

Tok!! Tok!! Tok!!

Aku terus berpaling ke arah pintu. Lambat-lambat aku bangun dan menuju ke arah pintu tersebut. Tombol dipulaskan dan tombol tersebut aku tarik pelahan.

"Y...."

Aku terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Aku memandang kiri dan kanan, tak ada siapa. Aku tak salah dengar. Memang aku dengar pintu bilik tadi di ketuk kuat. Aku terus melangkah ke arah pintu depan. Ada sham dan hidayat berborak sambil isap rokok.

"Korang"

Sham dan hidayat berpaling.

"Allahuakbar!" Ucap sham terus bangun

Aku mengecilkan mata.

"Kau dah kenapa?"

"Eh j apahal mata kau merah ni?" Tanya hidayat.

Aku mengeluh perlahan. Aku terus keluar dari situ dan duduk di kaki lima bahagian luar. Kotak rokok yang ada di situ aku ambil dan aku cucuh sebatang. Perlahan-lahan aku tarik dan hembus.

"Entah lah aku pun tak tahu."

"Tadi bukan elok ke mata kau? Macam mana boleh jadi merah macam ni?" Tanya hidayat lagi.

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now