07

3 0 0
                                    

Selepas 14 jam penerbangan dari Rome,Italy, akhirnya mereka sampai ke Malaysia..

Tok tok tok

Nathaniel mendengar bunyi ketukan itu pun bangun, sempat juga dia melirik ke arah isterinya sebelum membuka pintu..

"Signore, è arrivato" (Tuan, sudah sampai)..

"si" Nathaniel menutup pintu dan terus naik ke katil untuk membangunkan isterinya.. Kulit putih kemerahan, pipi yang berisi tapi tak sebulat pipi anaknya, bibir merah delima yang selalu menjadi kegemarannya.. Bidadari syurganya.. Kening Belle dikucup lama, pipi Belle diusap sayang "Angel.. wake up" Nathaniel terus mencium seluruh muka Belle membuatkan tuan badan mengeliat dan kening berkerut, perlahan-lahan Belle membuka mata dan matanya bertembung dengan mata biru milik suaminya itu..

"dah sampai ke?" Nathaniel mengangkat badan isterinya duduk di atas ribanya. Dia membelai rambut isterinya "emm lepas ni kita balik mansion, mandi lepas tu baru pergi hospital" Belle hanya menganggukkan kepala..

____________________

Xander menerima panggilan dari Nathaniel yang sudah tiba di Malaysia, matanya masih melihat wajah lena Alaia kemudian tersenyum melihat kecomelan adiknya itu.. Xander melihat jam ditangan nya menunjukkan pukul 2.30 petang menandakkan waktu Alaia untuk makan ubat. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah katil Alaia. Tangannya lembut membelai rambut Alaia kemudian mengusap pipi chubby Alaia "babyy svegliati.. open your eyes.. wake up wake up" suka dia melihat wajah adiknya berkerut kerana dikacau..

"jangan la kacau Aya" bibirnya terus melengkung kebawah dan matanya berair merah menandakan dia akan menangis tak lama lagi..

Xander yang melihat perubatan adiknya terus memujuk..

"shhhh sorry sorry.. baby don't cry, abang gurau je.. janganlah menangis.."

"dah dah baby bangun dulu.. abang ada beli makanan, lepas tu baby makan ubat k.. verranno mamma e papa" 

Mata Alaia membulat terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Xander.. matanya terus berair bagai tak percaya apa yang dia dengar.. 

Dengan semangat Alaia bangun dan terus membuka mulut menerima suapan dari Xander.

Wajah Alaia ditatap dengan penuh sayang. Kesian dengan adiknya yang terpaksa hidup jauh dan berdikari. Perlahan-lahan wajah itu Xander belai dan dahi bersih Alaia di cium dengan sayang..

"Bila mama papa datang ni? Aya can't wait." rindu itu yang Alaia rasakan. 

"sab.." belum sempat Xander mejawab pertanyaan adiknya, pintu ward Alaia dibuka dari luar. 

Mata Alaia terus berkaca melihat satu pasangan yang masuk ke dalam ward itu.

"Mama..." kecil je suara Alaia memanggil Belle. Belle yang melihat anak perempuan nya menangis terus memeluk Alaia dan mengucup sayang dahi anaknya. Terlihat dua kesayangan Nathaniel menangis berpelukan melepaskan rindu.

"Hey baby girl, tak rindu papa ke?" Alaia yang mendengar suara itu pun mendongak, air matanya terus mengalir melihat wajah lelaki yang sangat dia rindukan. Nathaniel pun terus berjalan ke arah anaknya dan terus memeluk badan kecil anaknya.  

"don't cry baby, io sono qui ora" Nathaniel memeluk erat tubuh kecil anaknya. Dia melepaskan pelukan dan memegang pipi Alaia dan memberi kucupan di dahi anaknya itu.

"A papà manchi così tanto." Nathaniel mengusap lembut pipi anaknya.

"Now baby girl papa okay ke ni? ada yang masih sakit ke?" tanya ny dengan lembut. Melihat Alaia mengelengkan kepala membuatkan hatinya yang gelisah tadi tenang. 

Xander tersenyum melihat adiknya yang tadi menangis kini gembira selepas berjumpa dengan Nathaniel dan Belle. Dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat Alaia tersenyum gembira. Kini impiannya tercapai untuk memiliki keluarga yang utuh dan memiliki seorang adik perempuan walaupun dia hanya anak angkat di dalam keluarga itu tetapi keluarga itulah yang mengajar dan memberinya kebahagiaan.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

TRANSLATE:

Signore, è arrivato 
(Tuan, sudah sampai)

verranno mamma e papa
(Mum and Dad will come)

io sono qui ora
(I'm here now)

A papà manchi così tanto
(Dad misses you so much)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hayd's FlowerWhere stories live. Discover now