Kenal

14 0 0
                                    

Daripada berbilion-bilion manusia
Ada terselit pelbagai kerenah
Pemarah, penyayang
Pendiam, peramah

Ada yang mudah terasa
Ada juga yang mulut binasa
Walau semuanya berbeza
Manusia tetap manusia

Personaliti yang berbeza
Watak yang berlainan
Tidak memberi seseorang kuasa
Untuk terus menghina

Setiap orang hidup dalam kotak yang berbeza
Membesar dengan melihat tayangan berbeza

Apabila sering dibentak
Dia membesar dengan kata yang hina
Apabila sering diabaikan
Dia menagih kasih pinta dicinta

Peganglah tangannya, ubah sikapnya
Peluklah dia, jadilah tempat ia berpaut
Janganlah dibenci dan menghakimi
Jika engkau sendiri tidak cuba untuk fahami

Tiada manusia tercipta seperti permata
Janganlah anggap diri indah jika tiada yang berkata
Engkau pun penuh hitamnya
Tapi dia diam demi menjaga kata

Jika tidak mahu memahami
Jangan pula engkau mereka cerita
Minta didengari dan rayu simpati
Seperti engkau saja yang hidup merana

Mencari maknaWhere stories live. Discover now