PART:01

583 13 16
                                    

"Tiara? Cepat turun sayang nanti lambat kamu nak ke sekolah."

"Kejap ibu!"

Tiara Imelda nama diberi..mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun yang tinggi. Hari ini merupakan hari pertama dia mendaftarkan diri di sekolah baru..KUDRAT. Sekolah yang di duduki oleh pelajar-pelajar lelaki. Pada mulanya Tiara tidak setuju untuk masuk ke sekolah tersebut tetapi apabila dia terfikir bahwa itu adalah permintaan ibu dan abi nya, dia akhirnya bersetuju untuk masuk ke sekolah itu.

Tiara yang sedang bersiap pun akhirnya turun dan menghampiri ibu dan abi nya di dapur.

"Morning ibu..abi."

"Morning..dah duduk..sarapan dulu."

"Okay ibu..tapi barang-barang Tiara?"

"Tak payah nak susah hati..abi dah suruh Pak Cik Wahab tolong angkatkan barang-barang kamu dan suruh dia susun dalam kereta."

"Ouhh ye ke..terima kasih abi."

"Sama-sama..dah makan cepat..abi tunggu dekat luar."

"Okay abi."

"Tiara.."

"Ye ibu?"

"Ingat pesan ibu..duduk dekat tempat orang,jaga perangai..jaga solat, jaga pergaulan..dekat sana kamu je perempuan jadi kamu kena sentiasa berwaspada..faham?"

"Faham ibu.. lagipun dekat sana kan ada Azam..ibu jangan risau okay?"

"Ibu tetap akan risau sebab Tiara satu-satunya anak ibu..anak perempuan ibu..lagipun Tiara duduk jauh dari ibu..macam mana ibu tak risau." Air mata yang ditahan akhirnya jatuh ke pipi ibu.

"Ya Allah ibu..okay macam ni..nanti bila Tiara dah duduk dekat sana.. Tiara janji yang Tiara akan call ibu dengan abi setiap minggu..lepastu kalau ada cuti, Tiara balik rumah okay? Tak nak lah sedih-sedih macam ni ibu.. Tiara nak pergi jauh ni..berat hati ni nak tinggalkan ibu..kalau macam ni Tiara tak jadi daftar kat situ lah..Tiara belajar dekat sini je."

"Eh jangan macam tu Tiara..peluang untuk kamu masuk Kudrat ni bukannya datang banyak kali Tiara..tak apa kalini ibu relakan Tiara pergi belajar jauh-jauh..tapi Tiara kena dengar pesan ibu tadi ye?"

"Ye ibu..Tiara janji akan belajar rajin-rajin untuk ibu dan abi..ibu,Tiara minta diri dulu ye? Halalkan makan minum Tiara selama Tiara membesar dekat sini..doakan semoga Tiara berjaya ye ibu? Ibu dekat sini jaga diri..jaga kesihatan..kalau ibu rindu Tiara,ibu call je Tiara..okay?"

Tiara pun bersalaman dengan ibunya.

"Hmm yelah..dah pergilah..nanti lambat pulak."

"Okay ibu..Tiara pergi dulu..bye assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam."

Skip perjalanan dari Melaka ke Taiping,Perak.

//Tiara Pov//

Kini aku berdiri dihadapan sebuah bangunan yang cantik dan gah. Di hadapannya tertulis 'Kolej Ungku Deramat'. Dapat aku lihat betapa ramainya pelajar lelaki yang berkeliaran disini..ada yang bersama kedua ibu bapa dan ada juga yang bersama dengan salah satunya. Banyak mata yang memandang ku pelik. Mungkin kerana hanya aku sahaja perempuan yang mendaftarkan diri di sini? Lama aku mengelamun dan akhirnya tersedar kerana panggilan daripada abi.

"Tiara?"

"Ye abi."

"Jom kita masuk..pendaftaran dah mula."

"Okay."

Aku dan abi pun membuka langkah masuk ke sekolah baru tersebut dengan langkah kanan. Sampai sahaja di dewan, dapat aku lihat dua orang student yang memakai blazer berwarna hitam berdiri dikiri dan kanan pintu dewan. Mungkin mereka pengawas? Apabila hendak masuk kedalam dewan, mereka berdua menegur aku dan abi.

YOU'RE MINEWhere stories live. Discover now