PART:04

222 6 3
                                    

"Okaylah saya masuk dulu..bye assalamualaikum arjuna."

"Bye waalaikumsalam cinta..goodnight and sweet dream."

"Sweet dream too arjuna."

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Pagi ni aku bangun macam biasa..sekarang baru pukul 6 pagi so masih awal ye but it's okay..biar aku tunggu dia daripada dia kena tunggu aku. Aku baru je nak baring sambil tunggu Kahar tapi tiba-tiba pintu dorm aku diketuk. Aku pelik..yelah sebab hanya bunyi ketukan sahaja yang kedengaran. Tak ada panggilan langsung. Aku rasa curiga nak buka..tapi kalau aku tak buka, ketukan tu tak berhenti.

Aku pun bangun dan beranikan diri untuk buka pintu. Semakin dekat aku dengan pintu tu semakin berdebar rasa hati ni. Dengan lafaz bismillah,aku buka pintu tu dan..

ZAPP!

Sesuatu menusuk perutku dan kulihat perutku..darah..aku memandang kearah orang yang menikam ku.. betapa terkejut nya aku apabila mendapat tahu siapa yang menikam ku..

"I-Inara.."

"Kau memang patut mati!

Dengan pantas dia mencabut pisau yang menikam perutku lalu dia mengelar leherku..dalam seketika keadaan menjadi gelap..dalam suasana yang gelap tu tiba-tiba aku mendengar suara seseorang memanggil namaku.

"Tiara!"

Aku cuba untuk mencari tetapi tak jumpa. Dan sekali lagi panggilan itu kembali..

"Cinta! Ya allah bangun!"

ZUPPP!

Aku tersedar dari tidurku dengan peluh yang membasahi muka ku dan air mata yang mengalir..aku bersyukur itu hanya mimpi..tapi aku masih terkejut dengan mimpi tersebut..

"Cinta?" Kahar menyedarkan aku daripada lamunan.

Aku memandang dia dengan muka yang basah dengan peluh dan air mata. Dengan pantas aku memeluknya dan menangis sejadi-jadinya.

"Ya allah cinta..kenapa ni? Cinta mimpi apa sampai macam ni sekali?"

"D-Dia..dia nak bunuh saya."

"Bunuh awak? Siapa? Bagitahu saya."

"S-Saya..saya tak ingat.."

Bukannya tak nak bagitahu kebenaran nya tapi aku takut Kahar akan pergi cari si Inara tu..

"Okay-okay macam ni..awak bertenang dulu, lepastu awak pergi ambil wudhu then saya teman awak dekat sini."

"S-Sekarang pukul berapa?"

Entah kenapa aku jadi tergagap-gagap nak bercakap..mungkin sebab aku masih dalam ketakutan dan terkejut?

"Sekarang baru pukul 4 pagi cinta.."

"M-Macam mana awak boleh ada dekat sini?"

"Tadi saya pergi tandas..lepas tu saya saja lah lalu area sini..bila dah nak sampai dorm awak ni saya dengar bunyi orang menangis..saya pergi check dorm awak..and memang betul bunyi tu dari dorm awak..so saya cuba buka pintu and nasib baik pintu tak kunci..saya masuk je saya tengok awak dah berpeluh-peluh dengan mata berair nya..banyak kali saya kejut awak still tak sedar-sedar."

"S-Sorry."

"For what?"

"Sebab susahkan awak."

"It's okay lah cinta..kalau saya tak datang sini entah apa yang jadi dekat awak pun saya tak tahu."

"Thanks."

"Sama-sama..dah pergi ambil wudhu."

Dengan keadaan yang lemah aku bangun dan pergi ke bilik air. Setelah selesai ambil wudhu dan mandi, aku kembali ke katil ku yang mana masih ada Kahar disitu. Aku duduk disebelahnya lalu aku menyandarkan kepala ku dibahu nya. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni..nak tidur balik tapi aku takut mimpi tu kembali..mata pun dah tak mengantuk..

YOU'RE MINEWhere stories live. Discover now