BAB 34

390 9 0
                                    

Aiman Pov

Hujan mula membasahi bumi sama seperti kesedihan yang aku alami sekarang. Selesai solat Subuh, aku merenung ke luar tingkap dan aku lihat awan yang gelap seakan menangis.Aku rasa sama seperti awan tersebut yang seakan menangis kesakitan.Aku keluar dari bilik terus ke dapur untuk masak sarapan pagi. Siap sarapan pagi, aku ke bilik dan terus mandi untuk menyegarkan badan..

End Pov

"Morning" sapa Zaf dan Nurhaqim serentak

"Morning.Breakfast dah siap"kata Aiman sambil menghulurkan pinggan.

"Assalamualaikum"panggil seseorang dari luar

"Waalaikumsalam. Kejap"balas Aiman terus ke luar rumah

"Surat untuk adik" kata penghantar surat lalu menyerah kepada Aiman

"Thanks"balas Aiman lalu masuk semula ke rumah dan duduk di sofa...

"Surat apa tu?"tanya mereka berdua serentak

"Kejap adik buka"kata Aiman lalu membuka surat yang ada ditangannya. Aiman tidak percaya apa yang ditulis di surat tersebut..

"Kenapa adik?"tanya Zaf apabila melihat adiknya yang masih diam..

"Adik dapat tawaran sambung belajar dekat luar negara "kata Aiman dengan gembira lalu peluk abangnya dan Nurhaqim

"Congratulation"kata mereka serentak lalu peluk Aiman..

"Kos tanggungan adik siapa yang akan bayar. Kita tak mampu nak bayar"ujar Zaf

"Tentang kos pembelajaran adik abang tak perlu bayar sebab adik dapat biasiswa sepanjang adik belajar"terang Aiman

"Adik nak gi jugak ka?"tanya Zaf untuk mendapat kepastian

"Adik rasa sudah tiba masa untuk adik pergi. Adik tak nak fikir dah pasal benda tu lagi. Better adik nak hilangkan rasa perit yang masih tersisa" kata Aiman dan cuba tidak mengingat kembali kisah yang lalu

"Bila tarikh pendaftaran?"tanya Nurhaqim

"Lagi 2 bulan"balasnya

"Adik nak masuk bilik dulu nak ambik suits nak gosok"kata Aiman lalu ke biliknya terus mengambil suits dan gosok agar tidak berkedut...

Skip

Senja melabuhkan tirai dan berganti malam. Selepas aku mandi aku mula bersiap-siap. Aku mula pakai content lens dahulu sebab aku tak pakai cermin mata dan terus pakai suits pemberian ex bf aku.Aku mula rasa sedih dengan apa yang jadi.

"Kau kena kuat untuk diri kau. Kau jangan tunjuk yang diri kau tu lemah depan dia."kata hatinya

Aiman menyembur minyak wangi favouritenya lalu memakai gelang dan cincin yang Aiman beli. Cincin yang Amirul bagi Aiman masih simpan dan Aiman akan pulangkan pada masa yang sesuai.Apabila semua sudah lengkap, Aiman pun keluar dari bilik terus ke ruang tamu menunggu Nurhaqim.

"Handsome adik abang ni" puji Zaf

"Thanks abang. Ni adik Zafran Mikael lah. Ikut abang jugak kan"balas Aiman lalu diakhiri dengan ketawa.Zaf yang terdengar juga ketawa.

"Aku dah siap" kata Nurhaqim. Aiman terkaku dan terpegun dengan kekacakan Nurhaqim yang segak mengenakan suits hitam.Tubuhnya yang sado dan aura yang macho menambah lagi kekacakkan.

"Dah jom nanti lambat pulak. Abang adik gi dulu"kata Aiman lalu salam abangnya kemudian memakai kasut terus ke kereta dan mulakan perjalanan ke destinasi

Sepanjang perjalanan Aiman hanya diam. Nurhaqim melihat Aiman yang diam lalu berkata sambil memegang tangan Aiman supaya Aiman tidak gugup

"Aku harap kau kuat, tenang dan jangan fikir sangat. Lupakan cerita yang dulu dan buka buku baru. Aku nak Aiman yang kuat bukan Aiman yang lemah"pesan Nurhaqim dan memberi semangat kepada Aiman

Sampai sahaja di parking hotel,Nurhaqim membetulkan rambut dan tali leher agar kemas.Nurhaqim mengambil sesuatu lalu menyerah kepada Aiman

"Nah kau pakai topeng ni"katanya lalu memberi topeng kepada Aiman

"Buat apa nak pakai?"tanya Aiman yang agak pelik

"Semua orang pakai lah. Kau nak Amirul tau yang kau datang"kata Nurhaqim. Aiman hanya mengeleng kepala tanda tidak mahu lalu memakai topeng.Topeng itu hanya menutup bahagian mata dan hidung sahaja.

"Nanti masa buat performance kau guna nama Iman. Aku tak nak Amirul tau yang aku hadir"permintaan Aiman supaya Amirul tidak tahu

"Baiklah,dah jom keluar tak kan stay dekat sini ja"kata Nurhaqim. Kami berdua pun keluar dari kereta dan terus berjalan ke dewan yang berada di tingkat 5...

Sepanjang perjalanan ke dewan, Aiman hanya memeluk lengan Nurhaqim supaya dia dapat menenangkan diri. Setiba di dewan,Aiman  terpegun dengan kecantikkan dewan yang terhias dengan belon yang berwarna hitam dan emas. Pelajar yang lain jugak tidak kalah handsome mengenakan suits hitam dan putih.Majlis sudah hampir bermula,para tetamu yang hadir,guru dan pelajar sudah memenuhi dewan tersebut.Pengacara majlis sudah dihadapan lalu mula berucap.

Selesai sahaja lagu Negaraku,lagu Negeri dan lagu sekolah ,majlis dimulakan dengan bacaan doa. Tamat sudah bacaan doa, pengetua memberi ucapan dan terus menyampaikan sijil kepada pelajar. Pelajar bergerak ke meja yang sudah diatur lalu para pelayan mula menghidangan pembuka selera kepada semua yang hadir.

Jangan lupa vote dan comment cadangan or idea korang di bawah. Author akan cuba siapkan secepat yang mampu. See u next chapter. Bye 😘

Aku Bukan Untuk Dia Where stories live. Discover now