BAB 39

372 8 0
                                    

Aiman bangun dengan ceria terus mandi dan solat Subuh. Selesai solat, Aiman terus turun ke dapur untuk masa breakfast.Aiman masih tidak lupa dengan kejadian semalam di mana Tengku Aridh Adzriel memanggilnya sayang. Tanpa ia sedar, Zaf sudah berada di belakangnya lalu

"Amboi adik termenung jauh ingat dekat sapa tu. Buah hati ka"usik Zaf. Aiman yang terkejut lalu mengetuk kepala Zaf dengan senduk

"Aduh" kata Zaf lalu memegang kepalanya

"Sorry-sorry adik tak sengaja"balas Aiman lalu menggosok kepala Zaf

"Adik fikir sapa ni sampai ketuk kepala abang ni."kata Zaf lalu duduk di kerusi

"Tak da apa-apa pun." balas Aiman sambil menuang air

"Ka adik dah ada buah hati baru?"usik Zaf yang agak nakal

"Abang ni fikir ke situ pulak. Kalau ada nanti adik bagitau dekat abang"kata Aiman. Mukanya sudah merah menahan malu. Tidak lama kemudian, Aiman dapat message dari seseorang.

Aridh Adzriel: assalamualaikum awak. Tengah hari awak free tak sebab saya nak ajar awak lunch?

Aiman: waalaikumsalam. Boleh ja sebab saya free tengah hari.

Aridh Adzriel: baiklah nanti saya send location dekat awak. Bye.

Aiman: ok awak bye.

Zaf yang tengok adiknya tersenyum lalu bertanya

"Chat dengan buat hati baru ka?"usik Zaf nakal

"Mana ada lah kawan ajar keluar lunch"balas Aiman

"Abang gi keja dulu. Nanti adik kuaq kunci pintu semua" kata Zaf. Aiman salam abangnya lalu Zaf bergerak ke tempat kerjanya

Aridh Adzriel Pov

"Bosan betul. Dah lah kawan aku semua bz. Nak ajar sapa lunch."kata Aridh lalu menghembus nafas. Tiba-tiba muncul idea di fikirannya

"Aku try tanya dekat Aiman. Kot-kot dia free ka boleh aku ajar dia lunch sekali"katanya lalu membuka icon whatsapp dan mencari nama Aiman.

Aridh Adzriel: assalamualaikum awak. Tengah hari awak free tak sebab saya nak ajar awak lunch?

Aiman: waalaikumsalam. Boleh ja sebab saya free tengah hari.

Aridh Adzriel: baiklah nanti saya send location dekat awak. Bye.

Aiman: ok awak bye.

Aridh sudah gembira kerana dia ingin mengenali Aiman dengan lebih mendalam. Aridh yang sudah bersiap-siap lalu bergerak ke tempat kerjanya.

Skip

Ada lagi 30 minit sebelum waktu lunch ,Aiman sudah bersiap untuk keluar. Tapi Aiman ingin menghantar hadiah yang dibelinya kepada Nurhaqim terlebih dahulu. Sudah kunci pintu, Aiman terus ke keretanya dan bergerak ke rumah Nurhaqim. Sampai sahaja, Aiman menekan loceng rumah.

"Kejap" suara Nurhaqim dari dalam rumah.  Setelah buka pintu, muncul lah susuk tubuh yang sangat dirindui. Nurhaqim dengan gembira terus peluk Aiman dengan erat

"Bila kau balik?. Aku rindu sangat dekat kau. Sepanjang kau takda aku duk rumah ja tau"tanya Nurhaqim lalu meleraikan pelukan

"Pagi tadi aku sampai. Aku pun rindu dekat kau. Aku ada hadiah dekat kau"kata Aiman lalu memberi beg kepada Nurhaqim

"Terima kasih. Sejak kau tinggalkan Malaysia, kau makin hensem eh.Badan pun dah sado. Aku pun kalah dengan kau"puji Nurhaqim

"Aku dah tekad nak ubah penampilan diri. Kau jugak yang sarankan aku buat badan" kata Aiman

"Eh tak kan nak sembang dekat sini jom masuk dulu minum air ka" kata Nurhaqim lalu Aiman menolak dengan cara yang baik

"Eh takpa. Kejap lagi aku ada nak jumpa orang. Aku gerak dulu. Bye" kata Aiman lalu masuk ke dalam kereta dan mulakan perjalanan

Dalam perjalanan, Aiman dapat message dari Aridh yang telah memberi location untuk berjumpa. Aiman teruskan pemanduan ke destinasi. Sampai sahaja, Aiman mencari kelibat Aridh. Apabila sudah nampak, Aiman terus ke meja yang Aridh pilih lalu duduk

"Sorry lambat sampai sebab tadi jumpa kawan sekejap nak bagi hadiah dekat kawan saya" kata Aiman

"Eh takpa saya pun baru sampai ja. So kita oder makan dulu pastu baru borak" balas Aridh. Aiman hanya angguk kepalanya. Sudah membuat pesanan,makanan yang dipesan telah sampai. Selesai makan, Aridh mula bersuara

"Aiman ada berapa adik-beradik?"soal Aridh

"Saya yang ke 2.Saya dengan abang saya"balas Aiman

"Parents buat apa?"tanya Aridh. Aiman yang mendengar perkataan tersebut mula sedih

"Parents saya dah takda. Dah meninggal 17 tahun yang lalu akibat kemalangan langgar lagi" ujar Aiman. Aridh yang mendengar terdiam

"Sorry saya tak tahu yang parents awak dah takda. Salam takziah"kata Aridh yang agak sedih

"Takpa saya tak kisah. Sebab awak tak tahu lagi"ujar Aiman

"Aiman tengah buat apa sekarang?"tanya Aridh

"Saya sekarang tengah cari kerja tapi masih tak dapat interview lagi. Tapi saya masih mencari kerja yang lain"terang Aiman

"Awak nak kerja as model dengan agensi saya tak ?. Sebab saya perlukan model lelaki yang baru. Kalau awak setuju, saya boleh  ambil awak jadi model."terang Aridh

"Macam ni bagi saya masa untuk berfikir dulu,kalau saya dah buat keputusan saya akan message dekat awak"kata Aiman

"Boleh ja saya tak kisah. Take your time"kata Aridh.

Mereka berdua bangun untuk membuat pembayaran. Aiman ingin mengeluarkan duit tapi Aridh bertindak dengan lebih pantas. Mereka berdua menujuk ke kereta masing-masing.

"Terima kasih sebab belanja saya makan. Nanti ada masa lagi kita jumpa"ucap Aiman

"Sama-sama. Kalau ada masa datang lah office saya nanti. Boleh borak lebih lama"kata Aridh

"Kalau saya ada masa saya datang syarikat awak. Saya gerak dulu. Assalamualaikum"kata Aiman lalu mula bergerak dan meinggalkan restoran

"Waalaikumsalam"balas Aridh lalu bergerak pulang ke syarikatnya.

Skip

Malam tiba dengan penuh ketenangan, selesai solat Isyak, Aiman turun ke dapur untuk membuat air. Zaf yang sudah pulang petang tadi kini berada di ruang tamu sedang menonton tv

"Abang adik nak tanya pendapat dari abang boleh?"tanya Aiman

"Boleh ja. Nak tanya apa"lalu Zaf yang menonton tv kini beralih arah

"Macam ni kawan adik ada bagi tawaran untuk adik jadi model dekat agensi dia."terang Aiman

"Apa nama kawan adik?"soal Zaf

"Tengku Aridh Adzriel"balas Aiman membuat Zaf terkejut.

"Seriouslah. Dia tu ceo yang paling muda dan syarikat yang berada top 10 dan mempunyai agensi modeling yang hebat"terang Zaf

"Yup dia lah orangnya"balas Aiman

"Itu kira rezeki adik lah sebab dia nak jadikan adik sebagai model. Tapi abang taknak paksa adik untuk buat pilihan sebab itu masa depan adik."terang Zaf. Aiman hanya angguk tanda faham.

Adakah Aiman akan terima tawaran Aridh Adzriel untuk jadi model? Sama-sama kita nantikan. Jangan lupa comment idea korang dan jangan lupa vote. Salam jumpa lagi bye....

Aku Bukan Untuk Dia Where stories live. Discover now