I'm so into you that I can't get enough of you
Hazrick yang tadi duduk terus terbangun dan tidak tersengaja menolak bahu Raliana ke belakang dengan kasar."KAU DAH KENAPA ANA?!" Jerkah Hazrick sambil melindungi Auryn tetapi Auryn bertindak memijak kakinya menandakan dia tidak mahukan perlindungan. Auch
"AWAKLAH KENAPA? MASALAHNYA, KENAPA AWAK PROTECT PEREMPUAN TU?!" Meroyan Raliana sambil membaling semua peralatan tulis yang berada di meja berdekatannya.
"Dia tak perlu nak protect aku pon, Raliana. Tak perlu, kita sama-sama perempuan. One by one cukup untuk aku kalahkan kau, ke kau nak bawak kroni kau sekali. Let's see if they really wanna be friends with you again hmm?" Auryn maju ke hadapan sambil memandang tepat ke mata Raliana.
Raliana tergamam sesekali dia melihat orang lain yang juga memandangnya jijik. Dia terus berlari keluar kelas buntu mahu apakan dengan khabar angin yang akan melandanya nanti.
Manakala Hazrick pula cuba untuk mengajak Auryn pergi ke bilik kesihatan kerana tidak tahu bagaimana si Raliana tu marah sangat sehingga ada lebam di hujung bibir Auryn.
Auryn hanya menggeleng tidak mahu.
"Eish jangan degil lah. Jom" Hazrick menarik hujung baju Auryn tetapi Auryn hanya membatu sahaja di situ.
"Aku kata taknak. Taknak ah. Kau nak cari pasal ke?" Auryn sudah siap menyinsing lengan baju jikalau mamat itu tetap berkeras.
"Degil"
"Masalah saya ke masalah anda?"
"Akak bodoh ke saya bodoh? Akak kena benda tu sebab saya, masalah saya jugaklah"
"Eh eh sedap-sedap lasagna anda memperbodohka-"
"Assalamualaikum, semua" Cikgu Sri yang masuk terus berkerut memandang mereka berdua.
"Eh kamu Auryn bukan kelas Podzol ke?"
"Eh bukan cikgu, saya kelas Aridisols. Ha ni saya jumpa.."
"Jumpa?"
"Freeduan haah Freeduan"
"Eh tak silap saya Freeduan kelas Chernozem"
KREKK
Semua memandang ke arah tuan badan yang menarik kerusinya untuk berdiri.
'Fulamak mamat nih adohh'
"Saya sebagai Ketua kelas yang hensem akan menceritakan plot cerita yang sebenar di mana mula-mula Raliana jumpa Freeduan pastu diorang gaduh tiba-tiba Auryn jadi heroin selamatkan Hazrick, pastu Auryn kene lem-" mulut Zaqri ditutup rapat oleh tangan Hazrick.
"Takde pape cikgu, menurut ramalan cuaca hari ini, ketua kelas kita demam" kata Hazrick senyum manis sambil mengangguk-ngangguk, lengannya yang lagi satu dipukul-pukul lengan Zaqri.
YOU ARE READING
HER LAUHUL MAHDFUZ : HAZRICK ARHAM
RomanceBaru sahaja empat tahun berkahwin tetapi Hazrick sudah dilanda rasa sakit kesepian atas sebab kematian isterinya, Auryn Bulan. Semuanya berlalu dengan cepat kerana bidadarinya yang memilih untuk bertemu dengan Ilahi dahulu. Akan tetapi...