Collapse into me. Just once. I promise you'll never have to fall again.
"Auryn!" Auryn memusing kepala mencari tuan empunya badan yang memanggilnya."Ya?" Wafa yang disebelah hanya menepuk kuat bahu Auryn beberapa kali tanda dia teruja.
"Aku nak mintak something"
"Apa?"
"Aku jalan kaki balik dengan korang, a- anggap je ini balasan untuk apa yang kau buat untuk aku sebelum nih" Auryn memandang Wafa menanyakan tentang persetujuannya dan Wafa perlahan-lahan mengangguk.
"Okeyh, tapi rumah kitorang jauh and arah berlainan daripada rumah kau. Kau still nak ke?" Sampuk Wafa.
Perlahan-lahan Hazrick mengangguk.
"Okeyhlah macam tu. Saya jadi orang yang ketiga" kata Wafa sayu sambil mengelap air mata yang tiada.
Auryn yang tidak memberikan kata persetujuan atau apa-apa hanya meng-side eye Wafa.
'Budak ni kalau kena hempuk sodap aja ya'
Mereka mula berjalan melalui tempat yang sesak dipenuhi oleh kereta dan van yang menunggu murid yang lain untuk pulang.
"Auryn" terjungkit kening Auryn mengsignalkan 'apa'.
"Cikgu Sri suruh kita partner untuk projek. Even tho kita lain kelas" kata Hazrick membisik supaya Wafa yang berada di hadapan tidak mendengar.
"Ha? Cikgu Sri tak kata apa-apa pon dekat aku tadi. Lagipon projek apa?"
"Projek rumah moden, sebab cikgu baru jumpa aku tadi" kata Hazrick cuba mengukuhkan lagi penyataannya.
'Maafkan saya cikgu'
💐💐💐
"Assalamualaikum cikgu Sri"
"Waalaikumsalam, ya Hazrick ada apa jumpa saya?" Mata cikgu Sri yang lekat pada buku terus memandang Hazrick.
"Untuk projek, saya ada satu permintaan boleh?"
"Apa?"
"Saya nak partner saya kelas lain boleh untuk projek?"
"Takde sapa ke nak jadi partner awak?" Tanya cikgu Sri risau sambil membetulkan kaca matanya.
"Aa- takde cikgu" kata Hazrick senyum tawar.
"Okeyh silakan, make sure nanti bagitau nama dia ya dekat cikgu" Hazrick membalas dengan anggukan lalu beredar.
💐💐💐
'Auryn Bulan'
Nama itu tidak tahu mengapa setiap kali dilanda susah mesti munculnya nama tersebut. Haih sulit sulit..
YOU ARE READING
HER LAUHUL MAHDFUZ : HAZRICK ARHAM
RomanceBaru sahaja empat tahun berkahwin tetapi Hazrick sudah dilanda rasa sakit kesepian atas sebab kematian isterinya, Auryn Bulan. Semuanya berlalu dengan cepat kerana bidadarinya yang memilih untuk bertemu dengan Ilahi dahulu. Akan tetapi...