3.1 BAHASA DAN TULISAN

28 1 0
                                    

setiap kerajaan ii ini menggunakan pelbagai jenis bahasa dan cara tulisan daripada yang lain. tapi tidak semestinya bahasa dan tulisan meraka sangat berbeza. tetapi setiap bahasa dan tulisan tersendiri unik.

Funan

-Bahasa sanskrit sebagai bahasa utama

-dibuktikan dengan penemuan batu bersurat bertarikh abad kedua.

-tulisan yang berasas dariada tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.

Champa 

-menutur menggunakan bahasa melayu Champa dan bahasa sanskrit. dibuktikan dengan penemuan batu bersurat dalam kedua-dua bahasa.

-menggunakan tulisan palava dan tulisan Champa Kuno. dibuktikan dengan penemuan inskripsi bertarikh abad ke-6 yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman.

-sejak persebaran agama islam di kerajaan champa, Bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama dengan perkembangan tulisan jawi.

Srivijaya

-menggunakan bahasa melayu yang menerima pengaruhan daripada bahasa sanskrit sebagai bahasa utama dalam pentadbiran dan kehidupan seharian.

-dibuktikan dengan penemuan batu ii bersurat seperti Kedudukan bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo di sumatera bertarikh abad ke-7

-Batu bersurat Talang Tuwo ditulis dalam bahasa melayu pengaruh bahasa sanskrit dalam tulisan palava

Angkor

-menggunakan bahasa sanskrit dan khamer. dibuktikan dengan penemuan inskripsi pada dinding candi.

-terdapat dua tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan palava dan tulisan khamer.

Majapahit

-bahasa utama masyarakat ini ialah bahasa jawa kuno manakala tulisan yang digunakan ialah tulisan kawi. Dibuktikan dengan penemuan inskripsi dan persuratan bertarikh abad ke-14.

-selepas penyebaran islam, masyarakat kerajaan majapahit bermula untuk menggunakan huruf Arab bercampur dengan bahasa jawa yang dikenali sebagai tulisan pegon.

Kedah tua

-masyarakat kerajaan ini menggunakan bahasa sanskrit dan tulisan palava.

-dibukti melalui batu bersurat  di sungai Mas dan Cherok Tok Kun yang bertarikh abad ke-5

________________________

nota drpd penulis

aku tak tau nak tulis short-form or tulis perkataan full terus. kalau nak saya buat nota for subject lain boleh je... cuma kalau mcm subject bahasa or math saya tk pasti lah. Kalau setakat pen.Islam, sains & Geografi boleh lh. sebenarnya, aq buat nota ni untuk diri sendiri je tapi tak tau nak tulis kat mana. sbb kita tulis kat laptop lagipun kalau memang tengah outing atau keluar dgn keluarga susah lah nak angkut laptop. sbb tu lh kita tulis kat sini. kalau nak ulang kaji boleh je cek kat handphone. nota camni bagi kita lagi senang lagi ii waktu nak exam dah. kita lagi 3 minggu baru exam. ni pun dah kalang kabut.

nota sejarah tingkatan 2Where stories live. Discover now