"Ibu! " alangkah terbuntang mata apabila sebuah lori memandu laju kearah seorang wanita yang lingkungan 30-an sambil melambai-lambai kearah seorang gadis kecil
Tidak sempat wanita itu toleh kearah lori tersebut nyawanya telah pun diambil begitu sahaja. Terduduk, biarpun orang memandangnya pelik namun dia tidak heran kerana di depannya sekarang ini adalah wanita itu atau digelar sebagai "Ibu"
Perlahan-lahan dia memegang kepala ibunya yang terang-terang berlumuran darah, air mata masih mengalir tanpa henti
"ibu... tolong jangan tinggalkan Mariam ibu... " sungguh hatinya tidak kuat bila-bila lagi ibunya meletakkan tapak telangan yang berlumuran darah itu ke pipinya
"maafkan ibu sayang" walaupun suara ibunya agak lemah tapi dia masih faham atas apa yang ibunya ingin menyampaikan, dia memeluk tubuh ibunya yang lemah dengan erat kerana dia tahu bahawa dia takkan dapat peluk tubuh ini lagi andai ibunya akan pergi begitu sahaja.
Tidak sedar dalam pelukan ibunya telah menghembus nafasnya yang terakhir sambil mengucap dua kalimah syahadah, terus membulat matanya apabila degupan jantung ibunya terhenti
Mariam meleraikan pelukan dan terus pandang kearah ibunya yang sudah pucat dengan mata yang masih terbuka sambil mengucapkan "innalilahi wa innailaihi rojiun ", perlahan-lahan dia menutupkan mata tersebut agar terpejam . Sungguh dia tidak kuat dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
Apakah daya seorang gadis remaja yang hanya berusia 14 tahun dan sudah hadapi dugaan ini, tetapi dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana dia tahu ajal maut di tangan Tuhan, sampai masa bila-bila semua yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan merasa kematian cuma kita tidak pasti bila, masa dan tempat.
Mariam duduk bersila diatas tikar yang disediakan untuk menyedekahkan bacaan Yasin dan juga Al-Fatihah atas kematian ibunya. Ditenung lama batu nisan yang berwarna putih beserta nama ibunya, Nurul Mariana kasih Binti Mohd Noor. Lantas air matanya kembali mengalir setelah membaca nama ibunya pada batu nisan, dia mengusap air matanya menggunakan ibu jarinya
Dia benci jika adik-adik nya melihat dia lemah seperti itu, sebagai anak sulung dia tidak mahu adik-adik nya tidak redha dengan kepergian ibu mereka. Dipandang ke sebelah kirinya melihat muka Maira yang hidungnya sudah merah beserta air mata tidak berhenti mengalir. Perlahan dia menepuk bahu adiknya lalu diusap.
Selepas sahaja mereka sudah menyedekahkan bacaan Yasin beserta Al-Fatihah Mariam terus menyiramkan air yang berisi serpihan bunga keatas tanah kuburan tersebut, Maira hanya meletakkan kepalanya diatas bahu Malik sambil merenung sahaja batu nisan ibunya.
Daun pintu bilik Mariam dibuka perlahan oleh ayahnya, "Mariam boleh abah masuk sekejap? " tanpa menoleh Mariam hanya angguk perlahan, abahnya juga tahu bahawa Mariam perlukan masa untuk bersendirian kerana peristiwa yang berlaku di hadapan mata anaknya itu masih fresh lagi di dalam kepala.
Tuan Ibrahim mengambil tempat di sebelah Mariam, "abah minta maaf sebab kamu perlu tengok benda macam itu di depan mata kamu sendiri, abah minta maaf abah tiada di hospital menanti bersama kamu. Abah minta maaf abah tiada di sisi kamu sewaktu kamu memerlukan sesorang untuk dipeluk, memenangkan kamu.... "
Tidak sedar air mata abahnya mengalir, karana apa?. Kerana kesal. Itu apa yang abahnya rasa apabila meninggalkan Mariam berseorangan di hospital menanti kan seorang insan yang boleh menenangkan anaknya
"kalau lah Mariam sempat lari dekat ibu, mesti ibu hidup sekarang ni"
Apa yang dia hanya boleh buat ialah menyalahkan dirinya sendiri
"Mariam kamu tidak salah, sesiapa pun tidak salah malah pembawa lori itu. Mungkin dia tidak sempat brek bila lampu isyarat bertukar"
Mariam menoleh kearah ayahnya, dia terkaku apabila air mata ayahnya mengalir
"abah jangan nangis, kalau abah nangis nanti Mariam pun nangis"
Abah hanya tertawa kecil
Mariam mengelap air mata abahnya menggunakannya ibu jari miliknya, terus tersenyum abah ketika Mariam mengelap air matanya
"Mariam percaya yang Allah lebih sayang kan ibu "
Mariam tersenyum tetapi di dalam hatinya ini masih berkecai apabila teringat balik.
Selepas menunaikan solat asar Mariam hanya duduk di luar rumah dan merenung warna langit yang bertukar
Senyum mula terukir di bibir apabila teringat memori-memori yang dibina oleh dia dan juga keluarganya sewaktu ibunya masih belum meinggalkan mereka. Senyuman semakin lebar apabila melihat bentuk awan seakan-akan merupai ibunya.Nak tak nak dia harus paksa dirinya untuk redha akan kepergian orang yang paling dia sayang.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺
Romance𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 𝐬𝐫. 𝟏 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐰 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞! "𝑲𝒂𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖" -𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐦 𝐀𝐲𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 "𝑨𝒌𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍�...