“sekarang kau ingat macam mana dulu? " soal Adyan lalu menoleh kearah Mariam, jelas gadis itu masih cuba untuk proses dengan apa yang diceritakan oleh Adyan sebentar tadi
“jadi maksudnya dulu kita ni kawan baik la? " soal Mariam untuk kepastian dari Adyan
“boleh dikatakan macam tu la" jawab Adyan ringkas, dia merenung wajah Mariam lalu tersenyum. Nampak kemas saja Mariam mengikat rambut yang berwarna hitam pekat itu sebagai dandan beserta sweatshirt yang berwarna krim dan juga seluar baggy jeans bewarna biru cair, simple.
Dia teringat apabila mereka masih kecil dalam anggaran berusia 5 tahun, pernah sekali itu Mariam mengambil kesempatan dan bawa Adyan keluar tanpa pengetahuan Puan Ariana untuk pergi ke pantai, tidak lupa nota di meja makan di dapur seolah-olah seperti Adyan mahu melarikan diri padahal dia sendiri yang menulis nota itu.
Tahu-tahu Puan Ariana dan juga Tuan Azriel sudah panik sambil mencari Adyan, menagis teresak-esak Puan Ariana dibuatnya. Nasib Puan Maria tahu dimana budak berdua itu kalau tidak naya lah nak mencari nya. Memang pantai sahaja di mana Mariam akan main dia tidak pandang pada taman permainan, dia hanya suka bermain di pantai sahaja sampailah sekarang.
“Habis tu Tuan nak saya panggil apa lepas ni? Tuan? Kau? Awak? Kamu? Pilih la" tergelak kecil Adyan dengan kata-kata Mariam
“ikut kau la" Mariam angguk
perlahanAdyan menengok jam kecil di tangan kirinya, jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 6 petang. Dia bangun lalu membersihkan pasir-pasir yang melekat pada seluar hitam nya, Mariam hanya memerhati langkah Adyan lalu membersihkan seluarnya yang penuhi dengan pasir-pasir pantai itu.
“kau balik naik apa? " Adyan tiba-tiba melontarkan soalan tersebut, dia bukannya apa takut jadi apa-apa dekat anak dara orang nanti dia kena bertanggungjawab. Sudahlah senja pulak mana tidaknya.
“basikal je kenapa? " jawab Mariam, memang selalunya dia akan membawa basikal itu kemana-mana, biarlah basikal itu buruk sekali pun itu adalah hadiah terakhir sebelum arwah ibu meniggalkan dia. Jadi dia menggunakan hingga sekarang walaupun sudah banyak kali rosak tetapi masih elok untuk dibawa.
“tumpang aku je, tak elok kau bawa sorang-sorang. Kau tu dah lah perempuan! Aku yang lelaki ni pun takut nak bawa basikal malam-malam " kata Adyan, dia ni kalau dah membebel mengalahkan perempuan!
“iyalah " Mariam turut mengekori Adyan sehingga ke kereta, dia sempat meminta izin supaya masukkan basikalnya itu kedalam bonet kereta. Mustahil dia akan meninggalkan basikal itu bersendirian, mahu tak tidur malam kerana asyik terfikirkan basikal itu.
Mariam memasuki perut kereta lalu duduk di passenger seat ,manakala Adyan semestinya duduk driver seat. Kalau nak Mariam drive memang accident ler nanti.
Suasana di dalam kereta semasa perjalanan balik ke rumah menjadi sepi, terasa janggal apabila Mariam akhirnya teringat bahawa Adyan adalah kawan baiknya ketika zaman tadika
“Ayyesha abah ada bagitahu apa-apa tak dekat kau? " soal Adyan tiba-tiba, dia juga mahu tahu jika Tuan Ibrahim cakap tentang itu kepada Mariam, tapi bila dilihat reaksi Mariam yang seperti terpinga-pinga cuba untuk memahami soalannya tersebut nampak sangat yang Tuan Ibrahim masih tidak beritahu perkara yang akan jadi nanti
“tidak ada pula kenapa? " kepala menoleh sedikit ke arah Mariam lalu fokus balik ke hadapan untuk memandu. Memang betul jangkaannya, Mariam memang tidak tahu apa-apa. Tetapi mungkinkah Mariam akan bersetuju dengan cadangan Tuan Ibrahim atau tidak? Dia juga ingin tahu jawapannya. Perbualan mereka terhenti samapai situ sahaja.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺
Romantik𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 𝐬𝐫. 𝟏 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐍𝐞𝐰 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞! "𝑲𝒂𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖" -𝐌𝐚𝐫𝐢𝐚𝐦 𝐀𝐲𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 "𝑨𝒌𝒖 𝒋𝒂𝒏𝒋𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍�...