Kening Veera bekerut dengar kekecohan dekat ruang depan. Dia berpaling ke belakang memandang Awin. "Kenapa tu?"
Awin yang tengah hiaskan pudding coklat turut geleng kepala. "Tak tahu."
"Semua makanan diaorang dah hantar?" Kepala kembali fokus dengan bancuhan kek kiwi.
"Ni yang last." Awin angkat dulang Puding coklat yang dah siap dan berlalu keluar dari dapur ke depan.
Kek kiwi dah selamat di letak dalam ovan. Sekarang nak buat kek pelangi pulak. Tepung tepi almari dibawa keluar satu dan diletakkan atas meja. Bakul telur ditarik perlahan. Segala gula dan perasa turut di...
"Chef?"
Veera berpaling ke belakang.
"Fat gaduh dengan pelanggan." Wajah Awin pucat memberitahu.
Hah? Veera terkejut. Masalah apa pulak ni. Budak Fat tu pantang dicabar, apa dia buat dengan askar-askar dekat depan tu. Dia berjalan menghampiri Awin. "kenapa?"
Angkat bahu tanda tak tahu.
Veera berlalu melepasi Awin ke ruang depan. Nampak Fat tengah berlawan mulut dengan seorang lelaki yang berpakaian t'shirt hitam lambang lencana askar dekat dada kanan. Tak susah nak cam sama ada orang tu askar atau tidak. Tengok rambut pendek kemas tu dengan badan tegap, sah la tu. "Fat... kenapa ni?"
Fat dan lelaki tadi berpaling memandangnya.
"Mangkuk ni cari pasal dulu." Fat berpeluk tubuh tak puas hati.
"Kau kata aku magkuk? Kau tu sudu." Marah lelaki tadi geram.
Kelihatan beberapa kawan-kawan lelaki tadi yang masih berdiri dekat belakang sekadar memerhati, tak mahu masuk campur.
"Err.. maafkan saya encik. Tapi boleh jelaskan apa yang berlaku?"
"Ni... minah sudu ni campak kek pisang dekat atas kepala aku." Dia tunjuk kepala dia.
Baru Veera perasan masih ada sisa kek dekat rambut lelaki di depannya. Veera berpaling memandang Fat minta penjelasan.
"Siapa suruh dia kata kek pisang tu tak sedap. Kalau tak reti menghargai, biar letak dekat tempat sepatutnya." Sindir Fat.
Dahi Veera makin bekerut. Fat... dia tak akan buat rumusan secepat ni. Ini mesti ada masalah lain antara budak berdua ni. Kenal ke?
"Kau jangan nak perli-perli aku. Kau tu yang jenis tak sabar tunggu. Jangan nak salahkan aku sorang."
Veera garu kepala yang tak gatal. Apa benda diaorang cuba bualkan ini. Tak faham. "Erk... encik bawa bersabar. Kita selesaikan secara baik. Duduk dulu..." Cadang Veera.
"Tak payah." Fat keluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan hentak kotak kecil bewarna pink depan lelaki tadi.
Semua mata yang memandang terkejut dengan situasi yang semakin pelik ni.
YOU ARE READING
(C) LEO & ARIES (Bakal Terbit)
RomanceSeason 1 Leo Aries -Chef Di Hati Leftenan- (Bakal Terbit) Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved. Dilarang keras untuk menciplak karya ini. Idea 100% daripada author yunakarim. Warning : ⚠️ Aksi ⚠️Cinta...