Bab 10

3.3K 156 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Sudah seminggu berlalu, setakat ini belum ada tanda geng Tiger nak menyerang. Dizhwar bangun capai kunci kereta belakang pintu. "Along keluar kejap, kau orang duduk diam-diam. Malam nanti along bawak pergi jalan."

"Ingat budak kecik ke, suruh duduk diam-diam." Damara tak puas hati.

"Entah along ni, tapi kan... kenapa along yang tak duduk diam dari tadi. Rungsing apa along, bukan along tengah cuti ke ni?" Dzulfa bertanya hairan. Ini sibuk je gaya.

"Along ada kerja part time." Dia kemudian sarung jaket kulit warna hitam yang berada dekat tangan.

"Jangan pandai-pandai keluar masa along tak ada dekat rumah." Pesan nya lagi.

"Baik la along, lagipun tak ada siapa berani kacau adik along, dalam kem pulak tu." Dzulfa buka tv.

Damara tengok Dizhwar masih tak bergerak. "Ha, tercegat apa lagi. Pergi la cepat, tadi tergesa-gesa sangat."

Damara dengan Dzulfa baru sampai pagi tadi. Umi kata diaorang nak duduk sini sementara, sebelum Dzulfa mula intern dan Damara naik cuti sem 1. Dizhwar kemudian buka pintu keluar. Terpaksa tinggal sekejap. Dia kena follow Veera, hari ini gadis itu ada meeting dekat Hotel W.

Sampai saja di Hotel W, Dizhwar lihat Veera tengah berbual dengan beberapa orang perempuan dan lelaki. Dia berlindung sebalik tiang sebelah kaunter, tak nak Veera perasan. Sudah lama dia tak menelifon Veera, sengaja beri ruang untuk Veera berfikir jernih. Lagipun dia seorang yang tidak suka mendesak. Walaupun kata hati dan kepala nak sangat jadikan Veera suri hati. Tak apa, pelan -pelan. Lagipun dia tahu Veera tak akan jauh darinya. Cantik Veera hari ni berpakain baju kurung, tudung bawal dan selendang yang tersusun lipat di bahu kiri. Dah gaya macam isteri tentera yang masuk kelab BAKAT. Dia tarik senyum tanpa sedar.

"Encik, maaf. Dekat mana bilik 234?"

Dizhwar berpaling ke belakang. Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan atas kepala ada kap gambar harimau berdiri dengan kad di tangan. "Maaf, saya bukan pekerja dekat sini. Saya tak tahu."

Lelaki tersebut tunduk. "Oh, maaf encik." Dia kemudian pergi.

Dizhwar berpaling pandang ke arah Veera. Dah tiada. Sekeliling tempat mata nya melihat, namun dia tak jumpa susuk tubuh Veera. Hanya ada beberapa orang yang berbual dengan Veera saja. Dia berjalan menghampiri mereka. "Maaf, cik Veera pergi mana?" Kesemua mereka tak tahu. Kepala cepat tangkap ."Tiger!" perlahan dia meneka. Dia kembali memandang lelaki yang berlalu selepas bertanya soalan pada nya sudah hampir keluar dari lobi hotel. Ini perangkap, laju kaki Dizhwar mengejar. Lelaki tadi pakai topi lambang Tiger, macam mana dia boleh leka. Saat tangan dia dapat capai tangan lelaki tadi dia ditolak ke belakang.

"Mana Tiger bawa Veera?" Dizhwar tarik lagi sekali tangan lelaki tadi tapi kali ini dadanya ditoreh pisau. Dia tejatuh dan memegang dada. Darah mula kelihatan. Dizhwar bangun, main serang tanpa bersedia ini buat dia bengang. Dia kemudian berlari mencari Veera. Hati dia kuat mengatakan Veera dalam bahaya. Ini bukan hilang pergi tandas atau jumpa orang, ini hilang kena culik!

(C) LEO & ARIES  (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now