Bab 2

295 11 3
                                    

Amelia merebahkan tubuh ke atas katil empuk miliknya. Perjalan mereka dari lapangan terbang ke rumah mengambil masa yang agak lama. Amelia menggeliat kecil bagi membetulkan sendi-sendi yang sudah lenguh akibat duduk terlalu lama.

"Home sweet home." senyuman kecil menghiasi bibir lembap miliknya. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah kerana belajar di luar negara.

TOK, TOK.

"Ya masuk." Amelia bingkas bangun apabila bunyi ketukan menyapa telinganya. Pintu yang tadi terkatup rapat kini dengan perlahan dibuka.

Tengku Faris berdiri di tepi pintu sambil matanya menuju ke arah adiknya.
"Mama cakap suruh cepat siap. Nanti lepas solat isyak, makan sekali. Mama dah siap masak". Amelia hanya mengangguk akur.

Tengku Faris kemudian menutup kembali pintu bilik milik adiknya. Amelia dengan pantas bangun dari katil lalu mengambil tuala menuju ke bilik air.

Kang kalau lambat. Naya dia kena hadap bebelan mamanya. Biasa lah orang tua.. mana boleh lari jauh dengan membebel. Amelia segera pergi membersihkan diri. Badan pun dah melekit.


Sesudah membersihkan diri dan mengambil wudhuk, Amelia bersegera menyarungkan telekung dan bergegas ke ruangan khas untuk mereka sekeluarga solat berjemaah. Solat berjemaah merupakan perkara yang wajib dilakukan di rumah besar itu.

Papa sudah menerap anak-anaknya untuk solat berjemaah sejak kecil lagi.

"Sorry lambat.."  Amelia lantas memasuki ruangan solat itu dan mengambil tempat disebelah mama. Dengan ketibaan puteri bongsunya itu, Dato Muzaffar lantas mengambil tempat  untuk menjadi imam solat isyak pada malam ini.

Tengku Faris sudah melaungkan iqamat dengan merdu setelah semua sudah bersedia untuk melaksanakan kewajiban.

***

"Assalamualikum.. warahmatullah.." sesudah solat berjemaah, mereka bersalam-salaman. Tiba-tiba Amelia berasa sebak.. tetapi raup wajahnya dikawal agar tidak disedari ahli keluarga yang lain.

"Dah, jom kita pergi makan pulak" mama berkata sambil bangun dari duduknya. Mereka semua menganguk akur.


"Wahhh! Mama masak lauk kegemaran adik lah." Amelia lantas mengambil tempat duduk disebelah mamanya sambil mata tertumpu pada lauk kegemaranya itu. Ayam masak pedas cili api masakan mama lah selalu menjadi pilihan bagi seorang Tengku Amelia.

"Cis! masa abang masak ayam masak pedas cili api tu, adik tak suka pula." lauk itu dicedok masuk ke dalam pinggan si abang keduanya selepas yang lebih tua mengambil lauk itu.

"Alah abang buat tak sama macam mama punya"

"Ya lah, ya lah, mama selalu menang. Ikut suka hati adik lah."

Datin Maryam hanya tergeleng kecil melihat gelagat anak-anaknya. Sudah sekian lama suasana meriah sebegini tidak dapat dirasa setelah Amelia pergi menyambung pengajiannya di luar negara.

Maklumlah, si Amelia ini kan yang paling ceria dalam rumah besar itu.

"Nanti lepas makan, papa ada benda nak cakap sikit." Dato Muzaffar akhirnya bersuara setelah sedari tadi mendiamkan diri melayani karenah anak-anaknya.

Mereka mengangguk akur. Suara Dato Muzaffar kedengaran serius sewaktu mengatakan hal itu. Setelah doa dibacakan oleh Tengku Faris, mereka mula menjamu selera.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {ON HOLD}Where stories live. Discover now