Bab 12

162 12 3
                                    


Surat yang terletak di atas meja solek itu ditatap lama oleh Amelia. Melihat sepucuk surat yang sudah lima hari berada di situ tanpa disentuh itu mengimbas kembali peristiwa yang mendebarkan pada lima hari yang lepas. Ya. Dia masih tidak memberitahu keluarganya tentang surat ataupun lelaki misteri itu. Bayangan lelaki misteri yang memegang pisau lipat sewaktu itu kembali segar dalam ingatan.

Amelia menyembamkan mukanya ke dalam telapak tangan lalu merengus perlahan. Lantas, dia turun dari katil dan menapak ke arah meja solek.

Surat yang terletak molek di atas meja solek itu dicapai sebelum dia membelek-belek surat itu. Amelia mengumpul keberanian untuk membaca isi surat yang diberikan lelaki misteri teesebut.

Surat itu dibuka perlahan. Mata Amelia sedikit membesar apabila membaca isi surat tersebut.


"Tengku Amelia... nampaknya kau hidup
bahagia sekarang kan?

Takpe, kau tunggu... akan ada kejutan besar buat kau nanti Amelia...

Ingat, kemana kau lari sekali pun, aku tetap akan jumpa kau."

,

Jantung Amelia mula mengepam darah dengan laju. Tangannya mula bergetar sedikit. Nafas dalam ditarik lalu dihembus bagi menenangkan diri. Surat tadi dilipat semula lalu dimasukkan ke dalam beg tangan miliknya.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena beritahu abang Ris dengan abang Him." Amelia kini mencapai iPhone miliknya lalu membuka aplikasi Whatsapp. Group 'Biul Kuasa Tiga' yang merupakan group mereka adik-beradik dicarinya.

Ruangan chat itu ditekan. Tanpa membuang masa, Amelia menaip mesej kepada abang-abangnya.

"Kumpul dekat office abang Ris. Urgent and important." butang hantar ditekan. iPhonenya dicampak masuk ke dalam beg tangan. Tanpa melengahkan masa, terus Amelia mencapai beg tangannya lalu pejabat milik Tengku Faris Aryan ditujunya.

Anak tangga dituruni satu per satu. Sebaik sahaja Amelia mahu menjejakkan kakinya ke luar rumah, satu suara tua menyapa koklea milik Amelia.

"Haa Mel, nak ke mana tu? Setahu mama, adik tak kerja hari ni kan?" Soal Datin Maryam sambil bercekak pinggang.

Lambat-lambat Amelia memusingkan badannya untuk memandang wajah syurganya itu.

"Oo mama rupanya, ingatkan siapa lah tadi." Amelia sudah tersengih-sengih.

"Tak payang nak 'oo' sangatlah. Nak ke mana tu?" Nak tak nak, terpaksalah juga dia memberitahu kepada mamanya.

"Takde lah, nak ke pejabat Abang Ris. Ada benda nak cakap sikit." beritahu Amelia setelah Datin Maryam menapak mendekatinya.

"Pula, kenapa tak cakap dekat rumah aje? Buat letih aje pergi ke sana."

"Takpe lah ma, lagi pun nanti adik nak pergi jalan-jalan. Mama nak ikut?"

Tolonglah tak nak, tolonglah tak nak...

Datin Maryam mencebik tidak mahu.

"Malaslah mama, kaki ni nak naik tangga itu pun dah sakit-sakit, apetah lagi nak pergi jalan. Adik pergi ajelah."

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {ON HOLD}Where stories live. Discover now