Hari pertama kem bermula dengan sangat pantas. Aira terpaksa bangun daripada tidurnya lebih awal daripada kebiasaan untuk bersiap dan berkemas ke kem. Beg yang dibongkarnya kemarin dikemaskan dengan segera seusai dia selesai bersiap.
Aira berusaha membawa sesimple yang boleh untuk memudahkannya untuk bergerak dan berurusan namun lengkap dengan segala keperluannya. Aira adalah seorang yang sistematik dan sentiasa terkawal. Dia sangat benci bila dia tidak dapat mengawal situasi situasi yang diluar jangkaannya. Dia sampai awal setengah jap di tempat berkumpul sebelum bergerak ke kem.
"Boleh letak barang dan masuk bas!" Fasi memberikan arahan kepada pelajar-pelajar yang menyertai kem tersebut.
Aira dan pelajar yang lain turut bergerak menuju ke bas. Sesampai sahaja di kawasan kem, fasi mulai berkumpul untuk sesi memperkenalkan diri. Setiap orang perlu menyatakan nama, asal negeri dan status. Satu untuk Bujang, satu setengah untuk couple atau dua untuk sudah berkahwin. Setiap fasi juga turut memperkenalkan diri.
"Azlan, Perak, Satu." Abang fasi tersebut turut memperkenalkan diri. Aira melihatnya dengan penuh kagum. Rupanya yang kacak menarik sepenuh perhatian aira kala itu.
Setelah habis sesi memperkenalkan diri, semua pelajar diminta untuk duduk dalam kumpulan yang ditentukan. Mata aira masih lagi melilau mencari fasi yang dilihatnya tadi.
'Haa jumpaa', bisik hati kecilnya. Ditatapnya lelaki itu agak lama sepanjang fasi yang bertugas memberikan arahan seterusnya. Focusnya tertumpu pada lelaki tersebut. Lelaki tersebut agak pemalu orangnya, sentiasa aja dia menghilang dan jarang sekali dia memberi ucapan dihadapan. Itu la tanggapan aira terhadap lelaki yang baru pertama kali dia temui itu.
Lelaki itu menoleh kearahnya, aira terkesima. Cepat cepat dia mengalihkan pandangannya. Hatinya berdegup kencang, sebuah perasaan yang terasa menyenangkan. Dia menyukai lelaki tersebut, dia menyukai azlan.
Sangat sukar untuk dia mulai bicara, azlan adalah fasi dan juga merupakan senior. Hari pertama berlalu tanpa sebarang interaksi antara mereka. Namun hati aira sudah berbunga bunga melihatnya. Baginya, menyukai seseorang adalah hadiah yang terindah daripada tuhan. Perasaan yang sangat indah diamati. Segala lelahnya hilang begitu sahaja pabila matanya melihat kelibat lelaki yang disukainya itu.
...
YOU ARE READING
Crush 4H3M
RomanceAira diwajibkan untuk menghadiri Kem seperti rakan-rakannya yang lain selama 4H3M di dalam hutan. Disitu lah bermulanya kisah cinta aira dan seorang lelaki yang pertama kali dia jumpa. Love at first sight~